Belakang tabir MommyLotte.com

Tentang MommyLotte

Apa khabar dan assalamualaikum kawan2, kakak2, dan sis sekalian.

Saya Shaima seorang wanita/ibu yang sangat dan super bersemangat untuk membantu kakak2, siste2 dan diri saya sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Seorang graduan Sains Nuklear  di UK(M), cita-cita saya untuk bekerja dan mendalami bidang Safety and Health (O&G), tidak kesampaian dan akhirnya berjumpa punca rezeki sebagai penulis bebas (niche Health & Beauty) dan menjadi seorang entrepreneur sejak 3 tahun lepas.

IMAG0217

Gambar pertama Ryan, 3jam selepas dilahirkan. Sekali kena masuk NICU sebab kuning+diabetic. haish

Saya sangat berminat untuk menambah ilmu dan kemahiran yang boleh dicapai kerana ilmu itu adalah sesuatu yang perlu dimuliakan kerana ia datang dari Allah.swt, apalagi passionate untuk berkongsi bersama-sama ilmu dan info dengan rakan-rakan untuk kebaikan bersama.

Apa yang Saya Minat?

Segala ilmu baru baik mengenai sains, politik, sosial, kesihatan (especially fitness) malah fesyen, dan mekap adalah sesuatu yang mnyeronokkan.

Basically anything in everything that a mom would  love to know. 🙂

Lebih-lebih sebagai seorang WAHM, apa2 sahaja hacks, tips, dan cara yang multipurpose dan menjimatkan masa, anda akan jumpa di sini untuk perkongsian bersama. 

Dan yang paling utama, saya komited untuk mencari cara yang terbaik untuk menjadi seorang SUPERMOM untuk suami dan pewaris saya, sebagai salah satu cara saya menjalankan amanah sebagai seorang isteri dan ibu.

Klik sini untuk ketahui cara mudah untuk anda kurus, seperti inspirasi saya.

Apa sahaja yang dikongsi di blog saya adalah yang menarik minat saya dan saya harap anda mendapat manfaat dari perkongsian saya yang tak seberapa ini.

Dengan rendah hati saya mengucapkan terima kasih kerana melihat2 blog saya, membaca sampai habis page ini, dan jemputlah ke sini lagi sekali untuk mendapatkan info terbaru dari mommylotte.com.

Salam cantik, sentiasa sihat. XOXO

2 Comments

  1. Asslm shaima

    Ade lagi x 2nd edition ebook utk bfeed tu? Maaflah br je terjumpe blog ni.

    Hope blh emailkan tqia

    • Assalamualaikum dan salam sejahtera sis.

      Saya minta maaf sangat2 kerana lambat membalas pm sis, kerana terlalu sibuk bebrapa ketika ini.

      Saya telah emelkan ebook tersebut, mohon check ya.

      Saya doakan sis mendapat manfaat daripada ebook ini, dan maintain berat ideal sampai bila-bila. Insya Allah. 😀

Leave a Reply to MommyLotte Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *