Jika anda nak cari maklumat seperti:
- info pengurusan rumah, cara jimat masa dan anak,
- tips kesihatan dan kecantikan,
- cara yang sesuai untuk kurus,
Di sini lah tempatnya. mommylotte.com yang diuruskan oleh Shai. Apa khabar. ๐

Kenapa Cam Besar Sangat Niche Yang Ada Shai?
Ia dari perspektif dari Shai sendiri. Jika ada sesuatu yang berlaku atau idea datang menjelma, pastinya Shai akan menung mikir dalam diam (brooding orang kata). Dari dok diam sebegitu, apa salahnya Shai terjemahkan idea tersebut dalam blog post yang mudah dibaca ye dok.
Dan bagi Shai, apa sahaja yang Shai tahu, apa salahnya berkongsi untuk kita tahu sama-sama. Jadi insya Allah, setiap perkongsian yang ada di blog ini bukan sekadar syok sendiri tetapi lebih kepada info dan kajian yang padat, dan dimudahkan sebagai perkongsian.
Add value orang puteh kata.
Okeh, secara khusus mengenai Shai yang korang boleh tahu:
Shai suka tolong orang. Simple๐
Jadi ia diterjemahkan kepada penulisan dalam blog ini, hasil daripada pengalaman, pembacaan, dan/atau pandangan Shai mengenai sesuatu topik.
Apa Kebaikan Yang Saya Dapat Dari Blog Ini?
Tips Pengurusan Rumah Dan Cara Jimat Masa
Dan dengan kesibukan yang ada ni, harapnya melalui blog sebagai medium untuk Shai bantu orang.
Sibuk dengan urus blog ini serta 2 projek lain, selain urus anak dan rumah โ memang makan masa sampai diri sendiri takda.

Jadi anda akan perasan banyak juga perkongsian tips yang menjurus kepada jimat masa. Segala hacks untuk pengurusan ke apa memang akan di cuba jaya sampai optimized (until further modification kalau ada), dan hasilnya Shai tulis di blog ini. Dan Shai ni agak cerewet untuk isu-isu sebegini; seboleh-boleh nak jimat masa sehingga boleh buat benda yang kita inherently suka
Alhamdulillah, setakat ini menjadi. Jadi kalau korang nak baca tips2 berkaitan jimat dan urus masa klik sini.
Bila jadi ibu gini la. Masa itu satu komoditi terhad. Lelaki apa tau? ๐
Info Kecantikan Dan Kesihatan
Selain itu, pengalaman menulis secara freelance selama 5 tahun (and counting) dalam bidang health and beauty menjadikan Shai agak biasa dengan bidang ini. Jadi Shai alert dengan info yang ada dan agak cerewet dalam memiliki sesuatu benda.
Ini sebab majoriti personaliti Type A yang ada dalam diri hihi.
Serius cerewet. Nak beli satu benda Shai akan baca kaji habis2 dulu bahan serta review orang lain sebelum guna. Tak suka kalau benda dah beli tak dapat guna (kalau memang bukan rezeki tu lain lah), apalagi main taram beli lepas tu terbiar. Mahal ke murah tak kisah (opkos lah selagi dapat jumpa yang sumber murah why not kan, boleh belanja ke benda lain), janji guna betul2.
Sebolehnya alah membeli menang memakai giteww..
Info kesihatan klik sini. Kalau yang nak cantik, ke sini ya.
Fokus Kurus
Dan semestinya bila dah lama berkecimpung dalam penulisan freelance, Shai dapat menimba ilmu, khususnya aspek kurus. Apatah lagi Shai jenis berat cepat naik dan mengalami struggle juga nak kurus (lagi2 lepas beranak. Huwaaa), maka Shai cubajaya pelbagai cara sampai jumpa sistem yang Shai pakai sehingga sekarang.

Apatah lagi dalam aspek kurus pada Shai, adalah kerana nak sihat juga. Ia berbalik kepada isu badan cepat naik selain sibuk. Jadi makan pun kena cukup tenaga sahaja.
Dan update terkini, Shai berjaga-jaga sekarang ni kerana ditakuti ada Type-2 diabetes (kerana keturunan). Jadi pemakanan sihat adalah caranya. Perkongsian pelbagai aspek dalam kesihatan/kurus klik link ini.
Boleh juga dapat info terus dengan join access di grup support kurus yang Shai jaga (WANITA JA). Klik sini.
Ni juga salah satu sebab kenapa banyak artikel tentang diet dan kurus dalam blog ini, dan Shai hasilkan satu ebook khusus untuk itu. Bukan sebab kurus, tapi sebab nak kita sihat (dan cantik) sama-sama.
Hidup wanita! ๐

Takda Beza Pun Dengan Blog Lain, Shai
Ikut orang jugak yek. ๐ Sebab lain penulis lain flair artikel/konten blog dia jadi tak boleh pukul rata juga. Cuma yang pasti pada Shai; setiap tulisan datang dari hasil Shai research dan google untuk rumuskan dalam satu blog post.
Even sampai kena cari dalam jurnal sekalipun, Shai akan buat juga agar tak salah info (prinsip yang sama juga digunakan dalam blog kesihatan dan kewanitaan Shai uruskan, di mommysado.com).
Shai tak tulis sekadar nak penuhi blog ini semata-mata: tiap pengalaman, benda, sistem, malah app sekalipun yang ada Shai akan guna dulu baru cerita. Kalau betul2 perlu yang Shai tak guna, Shai akan maklumkan siap-siap. ๐
Bagaimana Pula Dengan Shaklee Yang Ada Ni Shai?
Produk yang ada tu sebagai perkongsian yunk. Jangan rasa terpaksa nak korang nak beli ya.
Ia berbalik kepada point sebelum ni iaitu Shai cerewet sebelum beli barang. Jadi shaklee ni pun salah satunya juga. Memanjang cari jurnal kesihatan (kerja freelance Shai memang ada guna jurnal, jadi dah biasa cari hehe) yang berkaitan Shaklee ni untuk semak betul2 dengan testimoni yang ada.
Lepas tu baru Shai test dan kongsi. Dan setiap benda yang Shai guna pastinya dengan rasa โcerewetโ sedikit untuk rasa yakin. ๐ Berkait dengan point sebelumnya juga.
Bukan main taram tau. No no.. Sebab apa-apa jadi nanti siapa nak tanggung?
Jadi kalau korang nak tanya lebih lanjut mengenai produk sekian-sekian, siap sedia lah Shai tulis berjela2 info yang berkaitan untuk bantu korang decide sendiri nak beli ke tak, hasil dari pembacaan dan kajian jurnal tersebut. ๐
Shai juga ada tulis sekali info lanjut tentang sistem/servis konsultasi Shai, korang baca di sini.
Fun Fact (kalau menarik bagi korang)
Antara cebisan info yang boleh korang tahu hehe:
- Dulu nak ambil Chemical Eng, namun maintain dengan minat dan belajar Sains Nuklear di UKM (no, I donโt make bombs) sebab masih selari dengan impian nak jadi consultant Safety & Health dalam O&G
- Minat sains dalam pelbagai bidang (perubatan, alam sekitar, astronomi, dan subjek kegemaran adalah Matematik Tambahan lagi-lagi statistik, Quantum Mechanics. yes, heavy stuff)
- Politik, masalah sosial, ekonomi dan isu berat, minat dari kecil. Dulu kagum giler sebab one theory Shai buat, sama sebijik2 dengan apa yang Tun M kupas dalam buku Dilema Melayu tu. Ceh, walhal buku tu tahun 1970-an kot..Ya, teori tu Shai buat masa darjah 5 hehe.. Boleh baca lanjut tentang apa saja isu-isu yang boleh kita diskusikan di sini. Manakala makluman siap2 mengenai pendapat peribadi ada dalam disclaimer sini.
- certain passion for helping woman in need (sebab tu salah satu caranya dengan blog ini). Itu sahaja.
- A self-professed nerd and proud of it. I still play NES games (Mario, Bomberman, Start Force dll). The Sims pun masih Sims 2, serta siri Tomb Raider (sebab boleh tengok pemandangan cantik sekali)
- Otak orang lama, namun tidak menghalang untuk enjoy alam ni. Bungee jumping ada je dalam wishlist.
- Suka tempat yang boleh menikmati alam sekitar seperti di Washington, Norway, dan New Zealand
- Shai suka a good coffee (Kopiko brown sugar tu best), suasana hujan, buku, gadget menarik โ traits orang Seattle. Makes sense since I was made there. heh heh
itu jelah kot. ๐
Akhir Kata

Semoga ilmu yang ada di setiap blog post ini jadi manfaat pada korang semua. Kerana itulah tujuan asal Shai tulis di blog ini, tanpa jemu.
Ada salah silap, mohon maklumkanlah untuk diperbetulkan (janganlah screenshot, buat viral ke apa pulak hehe).
Semestinya yang silap dari Shai, yang betul dan benar dari Allah swt.
Untuk makluman korang juga, segala produk digital yang ada di blog ini (yang Shai buat) harganya adalah berbaloi dengan apa yang dibayar (ni bagitau siap-siap). Tak mahal, tapi berbaloi.
Janji. Kalau tak percaya, boleh baca statement disclaimer Shai di sini.
Klik sini untuk maklumat lanjut.
*kalau korang perasan, ada beberapa aspek tu disertakan sekali dengan perkataan cerewet. Bukan nak kata Shai ni cerewet sampai tak bertolak ansur, cuma cerewet dari segi tegas ikut standard tertentu, agar boleh enjoy aspek lain.
Cerewet-cerewet ni pun, korang untung gak sebab Shai kongsikan review ke apa hasil kecerewetan tu untuk korang refer sebagai ilmu/perkongsian. ๐
UPDATE!
Laman web rasmi khusus untuk kesihatan ibu dan wanita dilancarkan dengan rasmi. Korang klik gambar ni untuk ke sana ya. Mohon like page fb rasminya sekali tau, agar update dan info terkini terus dekat fb news feed korang.
Letโs connect!
Link akaun media sosial yang Shai ada sekarang ni. Klik kat link tersebut.
Facebook personal
Facebook Page
Facebook Group (Kelab Fitness Ibu Muda Malaysia KIMS)
Insta personal, insta Naz punya, malah Insta Shai khusus untuk planner2 hehehe
Assalamualaikum! ๐
P/S: Di alu-alukan kalau nak stalk blog ini serta socmed Shai, for the benefit the knowledge Iโm sharing untuk anda ๐ Untuk tujuan lain yang (jelas terang nyata) incriminating, mohon jauhkan aura negatif anda ke sampai ke hujung Padang Mahsyar ya, as I donโt affecting you (or others out there) except for positivity, support, and sisterhood ๐
6 Comments
Assalamualaikum MommyLotte,
Saya berminat dengan e-book ni. Banyak perkongsian dari ruang ni. Boleh kongsi ke.
Semoga Allah permudahkan MommyLotte dalam segala urusan dunia dan akhirat.
Tetapi saya dah ketinggalan e-book dari edisi 1. Kalau tidak keberatan boleh kongsi dari edisi mula.
Terima kasih.
Terima kasih atas sokongan puan. Untuk makluman, hanya ebook edisi ketiga dan terakhir sahaja ditawarkan. Dan sebarang info tambahan, Shai akan masukkan dalam ebook tersebut sebagai edisi terkini yang kekal relevan ilmunya (bukan ilmu lapuk dalam ebook tu ya). Untuk dapatkan ebook ini, mohon whatsapp Shai di 017-9153260 ya
Assalam, saye baru berumur 14 tahun saye mndapat gastric bulan lepas semasa saye check kat klinik. Kalau kite rasa sakit perut berterusan walaupun dah makan ubat gastric mcm mne nak legakan gastric ini secepatnye?? Pernah sekali gastric saye sampai 6 jam hari tu saye pun dah tk tau nak buat ape muntahยฒ ajeโฆ Tolong ye
Wassalam wbt sis. Sakit juga kalau sampai 6 jam lamanya. Shai merasa 2,3 jam pun azab. :/. Penawarnya adalah sebaiknya dengan amalan pemakanan sekali tau, dan contohnya seperti dalam post ini https://mommylotte.com/2015/03/05/5-makanan-untuk-sakit-gastrik/. Semoga membantu ya
Asslm shaima
Ade lagi x 2nd edition ebook utk bfeed tu? Maaflah br je terjumpe blog ni.
Hope blh emailkan tqia
Assalamualaikum dan salam sejahtera sis.
Saya minta maaf sangat2 kerana lambat membalas pm sis, kerana terlalu sibuk bebrapa ketika ini.
Saya telah emelkan ebook tersebut, mohon check ya.
Saya doakan sis mendapat manfaat daripada ebook ini, dan maintain berat ideal sampai bila-bila. Insya Allah. ๐