5 Idea Alatan Untuk Yang Bekerja (Pejabat/WAHM)

bekerja , bisnes online, lenguh badan, sakit belakang

Okeh jadi asasnya Shai kerja pada kebanyakan masa di rumah jadi boleh consider work at home mom. (WAHM) kan? Dan Shai yakin ibu yang jadi WAHM ni dah jadi sesuatu yang biasa; ibu2 balik kampung ke apa tangan tu tetap ralit menekan mesej reply whatsapp customer atau kalau canggih sikit buka whatsapp dekat laptop/komputer dan alang2 buat kerja di situ, sambil menguruskan anak.

Power kan? Itulah wanita. 😉

Dan mungkin ramai antara korang macam Shai juga, kerja di rumah dengan mengambil masa yang agak signifikan dan sedikit sebanyak kita pun merasa juga occupational hazard (risiko kesihatan di tempat kerja).

Benda kecil ja tapi kalau dibiarkan takut melarat pulak. Jadi Shai sibuk jugak mencari alatan/tips yang membantu untuk kurangkan risiko occupational hazard ni, untuk kita boleh konsisten kerja dengan produktif, dari lenguh sakit belakang memanjang.

Itu lah dia kan? Bila kita asyik kerja kebanyakkan isunya adalah disebabkan sakit belakang kan? I feel you 😀

Jadi apa kita kena buat? Shai senaraikan beberapa item/tips yang membantu korang yang bekerja keras ni. Ada yang Shai sendiri amalkan.

Alatan Yang Memudahkan Bekerja

Lumbar pillow

Serius ni bagi Shai sesuatu yang lifesaver betul. Sebab kita duduk kerusi biasa ja n mungkin silap Shai bila buat kerja macam hunch over (tunduk ke depan) dan ia beri kesan dekat tulang belakang dan keseluruhan postur, sudahnya bangun pagi lenguh je.

Kadang tu lenguh sampai ke tahap macam nak nangis pun ada sebab sakitnya sentiasa ada di belakang, tapi ko kena jugak siapkan kerja (ramai boleh relate ni). Jadi Shai jumpa penyelesaian dalam bentuk lumbar pillow ni, dan alhamdulillah ia amat membantu.

Bantal ni pelik sikit sebab bentuknya ikut curve belakang badan kita, memenuhi ruang ‘kosong’ di bahagian lower back tu, jadi macam dia ‘tampung’ lah bahagian tu semasa kita duduk bekerja.

Macam ni rupanya. Tak silap beli RM39 di Ikea

Serius lepas pakai memang takda lenguh disebabkan duduk terlalu lama ke apa – tapi tak elok jugak duduk lama, kena bangun2 jugak untuk alirkan darah ke kaki tu.

Shai nampak bantal pesen gini ada di Shopee, Kaison, DIY, malah Ikea. Sebab first time beli ni (dan tak nak membazir duit) Shai beli kat Ikea punya, lepas duduk guna bantal demo tu dekat 15 minit hehe..

Tip: cari yang jenis memory foam untuk tahan lama dan agar bantal tu maintain bentuknya.

*Shai guna juga bantal tu buat alas kepala kalau duduk dalam bas untuk balik kampung. Serius lega.

Foam roller

Ni actually benda yang pertama Shai beli untuk selesaikan isu lenguh belakang badan ni. Memang sedap, sebab foam roller yang dipilih jenis tajam sikit jadi sekali dia tekan belakang tu perghh memang lega yakmat.

Cuma tu lah, tak boleh lawan bantal tu sebab dia support masa kita buat kerja. Tapi kalau korang kerap workout, benda alah ni pun membantu jugak.

*roller ni boleh guna untuk urut bahagian tepi badan, kaki, dan tangan sekali.

Gunakan foam roller untuk urut keseluruhan badan. Ni alang2 kuatkan otot perut untuk kestabilan tau

Alatan Pengurut

Yang pengurut ni biasa kita ada kan (yang bebola bentuk angka 8 siapa ada?) tapi yang hat ni Shai rekomen sangat2 kat korang sebab ni pun macam lifesaver. Sebab hook tu ada plastik berbentuk tajam dekat hujung tu yang tekan n tolak betul2 badan kita. Sakit tu sakit, tapi lepas tu lega.

Beli kat Daiso, RM5.90 ja. Tahan lama.

Benda ni ha sebijik2 jual kat Daiso.

Koyok/minyak panas

Yang ni biasalah kan, time lenguh kita gunakan koyok/minyak panas unyuk urut2. Yang best buat lepas mandi n scrub satu badan, memang puas ko tolak angin2 tu, seperti yang Shai kongsikan dalam post tips jimat buat spa di rumah.

Teh o halia

Yang ni kewajipan Shai amalkan tiap kali rasa sebu/tak sedap badan. Ada teh o halia ni dia legakan perut (sebab Shai pernah ada gastrik sebelum ni, jadi sedikit sebanyak ia menghalang gastrik tu datang).

Baca sini: penawar segera untuk gastrik, untuk memudahkan korang bila serangan gastrik datang

Alang-alang tu, beringat lah lepas ni untuk duduk dengan betul hehehe…

Kesimpulan

Semoga tips ni membantu korang ya. Ni yang Shai amalkan dan harapnya dia membantu korang sebagaimana ia membantu Shai bekerja.

Amboiii..bukan main engko ek

Asasnya, Shai kerja 9 jam sehari, dan lebihan masa tu digunakan selain untuk uruskan rumah dan anak (especially tusyen homeschool dia), selain personal development. Kalau yang dah lama follow blog Shai ni tahulah pesen kita macam mana yang ada perfectionist sikit ni 😛

mommylotte

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge