Makanan Yang Diambil Beri Kesan Kepada Kulit. Bagaimana?

Korang tahu kan makanan yang diambil beri kesan kepada kulit kita, tapi bagaimana caranya?

Makanan Yang Diambil Beri Kesan Kepada Kulit Bukan Sekadar Di Perut

Makanan yang kita makan bukan sekadar terhenti di perut dan ditukarkan kepada tenaga dan lemak je tau; apa sahaja nutrisi yang dikeluarkan dari makanan sewaktu proses pencernaan, akan dibawa ke salur darah dan salah satunya adalah salur darah di bawah kulit tu, dan kesannya kita dapat lihat di luaran.

Contohnya dengan makan makanan yang tinggi protein bila dicernakan ia akan jadi rantai protein yang kecil dipanggil asid amino dan ini yang tubuh akan gunakan untuk segala proses yang memerlukan protein sebagai bahan.

Penyembuhan luka, menguatkan struktur dan fiber otot, malah menambah dan menguatkan struktur kolagen bawah kulit tu pun dari protein yang kita makan.

Dan haruslah, prinsip ni juga terpakai kepada nutrisi lain. Jadi kalau cukup kuota nutrisi tu, kita lihat di luaran sebagai kulit kulit tak berkedut atau kendur, otot cantik, otak cekap, serta sihat, dan kuat (baca dalam nada iklan Milo).

Kalau kita kerap dan banyak amalkan makanan yang tak bagus macam mana pula?

Yang bertentangan lah jawabnya. Makanan yang tinggi karbohidrat, gula, garam, pewarna, pengawet dan sewaktu dengannya bukan bermanfaat sebab tubuh tak boleh guna untuk keperluan proses dia.

Kalau guna pun, ia akan jadi yang tak bagus untuk kesihatan seperti karbohidrat tinggi yang berlebih-lebih tu ditukar dan disimpan sebagai lemak oleh organ hati (dah memang tu fungsinya).

Begitu juga dengan gula yang berlebihan diambil (tak kira dalam bentuk makanan atau minuman) akan hasilkan satu bentuk bahan dipanggil advanced glycation end products (atau AGE nama pendeknya) yang kerjanya rapuh dan patahkan struktu kolagen.

Tu yang orang makan banyak benda manis kulitnya cenderung kelihatan tua atau kusam sebab makanan yang diambil beri kesan kepada kulit. Lepas tu perasan bila dah diet macam glowing semacam kan? Sebab AGE ni lah.

Kesimpulannya? Pilihan di tangan anda (tak perlu cerita panjang2 ye dok) 😉

Post berkaitan: Bagaimana makanan berasid beri kesan pada tubuh kita

Sumber 1 2

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge