Diet Keto Untuk Kurus: Apa Yang Korang Kena Tahu

diet keto, diet ketogenik

Post ni khas untuk korang yang nak tahu cara diet keto dan bagaimana diet untuk kurus. Sebab selain diet Atkins, diet ketogenik juga popular dan kerap dipilih sebagai pilihan, lagi-lagi kalau yang tak boleh nak follow fasa-fasa dalam diet Atkins ni. Jadi post ni cover semua aspek dalam diet keto ni, untuk korang.

Secara ringkasnya, diet keto ini adalah diet yang menggunakan prinsip pemakanan karbohidrat yang rendah, dengan lemak yang tinggi (bukan sebarang lemak ye, tapi yang lemak jenis sihat) dan diet ini telah dibuktikan dalam kajian ia berkesan untuk kesihatan umum, selain untuk isu kesihatan serius sepeti kanser, nyanyuk, dan pastinya kencing manis.

Apa Itu Diet Keto?

Secara asasnya diet keto ini lebih kurang sama seperti diet Atkins, iaitu diet yang menggunakan prinsip pengambilan karbohidrat yang rendah, dan digantikan dengan sumber makro nutrisi yang lain – dalam kes diet keto ini – lemak sihat diambil dengan lebih sedikit.

Dari mengurangkan pengambilan karbohidrat dengan drastik ia akan memaksa tubuh menggunakan glikogen dan lemak yang tersimpan dalam tubuh sebagai tenaga (yelah kat mana nak cekau dah kan), menjadikan tubuh korang berada dalam keadaan ketosis (prinsip sama, tapi post ni fokus kepada diet Atkins).

Terdapat pelbagai variasi diet keto ni namun prinsipnya sama ja, iaitu mengurangkan karbo untuk badan korang jadi ketosis – fat burning machine orang kata hehe..

Contoh variasi diet keto yang ada termasuklah diet keto secara kitaran (macam 2,3 hari korang diet keto, hari lain korang makan macam biasa), diet keto secara target iaitu adjust pemakanan ikut waktu bersenam (sebab kalau nak bersenam secara efektif pun karbo kena ada sikit). tapi pusing-pusing pun dia asalnya diet ketogenik standard juga.

Manfaat Diet Keto Untuk Kesihatan

Seperti diet atkins juga diet ketogenik ini terbukti bagus untuk kesihatan seperti yang telah dibuktikan dengan pelbagai kajian.

Antara manfaat diet ketogenik kepada kesihatan termasuklah mengurangkan kesan insulin resistance dan mengurangkan kadar gula dalam darah (penyebab kencing manis), mengurangkan kesan darah tinggi dan faktor berkaitan sakit jantung, membertulkan hormon (didapati ia amat membantu mengurangkan risiko PCOS), malah meningkatkan kapasiti otak dan mengurangkan kesan berkaitan otak (neurological factors) seperti Alzheimer’s dan epilepsi.

Dan haruslah, untuk kuruskan badan tu melalui pembakaran lemak dalam fasa ketosis hehe..

Cara Diet Keto Diamalkan

Makanan Untuk Diet Keto

Cara diet keto ni asasnya ikut makanan yang diambil sewaktu berdiet dan makanan yang dibolehkan termasuklah:

  • Sumber protein seperti daging, telur, dan ikan (digalakkan untuk kerap ambil ikan yang tinggi lemak sihat seperti tuna, sardin, dan mackerel)
  • Lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, atau buahan yang tinggi lemak sihat macam avokado
  • Sayuran yang rendah-sederhana kandungan karbohidrat: yang jenis daun hijau tu bagus manakala yang jenis berkanji macam kentang dan keladi elakkan
  • Keju, kekekacang, dan perisa makanan seperti sedikit garam, rempah, dan herba

Makanan yang lain seperti yang berkarbohidrat dan bergula tinggi hadkan terus seperti nasi, mi, mihun, kuih bertepung, air manis, buahan, sayuran berkanji juga.

Resipi lain korang boleh tengok di sini.

Contoh Diet Keto Untuk Malaysia

Kalau orang kita nak amalkan diet keto yang kena dengan selera kita macam mana? Boleh amalkan idea resipi seperti di bawah ni:

  • Ayam goreng atau ayam bakar (boleh juga untuk daging dan ikan)
  • Telur rebus, hancur, dadar
  • Sayur campur (hati-hati perencah kalau ada), sup sayur dsbg
  • Kopi O, teh O
  • minyak zaitun 1 sudu sehari
  • Nasi takda ye; kena ganti dengan nasi bunga kubis (akan cover dalam post lain) 😀

Kesimpulan

Post ini akan dikembangkan dengan pelbagai aspek diet ketogenik jadi stay tune ya. Ada pertanyaan komen ja di post ni dan min akan jawab ya.

Untuk bacaan lain, korang boleh refer kat bawah ni:

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge