Supplemen Untuk Mata: Review Dan Eyebright Complex Dan Carotomax

supplemen untuk mata, review, carotomax, eyebright complex

Untuk orang yang bekerja menggunakan komputer pada masa yang lama, ada waktu tu mata korang rasa pedih dan kering semacam je kan. Lagi-lagi kalau yang sedia mengalami masalah mata akan ganggu produktiviti bila buat kerja. Jadi perlukah supplemen untuk mata?

Macam shai sendiri yang kerja menggunakan skrin ni (hp, laptop, dsbg) memang mata kering jugaklah. Mula tu tak rasa sangat kesannya tapi bila dah lama tu sampai ke tahap macam cepat silau bila drive malam tu kita baru perasan and rasanya tak boleh lah nak biarkan lama2.

Jadi shai cari penyelesaian yang mudah tapi berkesan – melalui pemakanan.

Haruslah, lepas tu shai borong lobak merah macam nak ternak arnab gamaknya XD. Kurang2 makan lobak tu sedaplah jugak – boleh dibuat sebagai ulam, jus, atau bahan untuk resipi sayur campur/bakar. Serius menjadi dan nampak perubahannya juga cuma kekurangannya lambat lah sikit.

So, kalau nak kesan cepat, boleh ambil makanan tambahan kalau nak.

Review Supplemen Untuk Mata

Carotomax

Mula-mula sekali shai research supplemen Carotomax ni. Alang2 ada membership dengan Shaklee so why not lah. Dan tengok senarai kandungannya memang jenis pekat dan menyeluruh – betul2 fokus untuk vitamin A ni (untuk kes Shai, isu mata ni lah).

Sumber: Google

Cuma harganya mak aiii..masa tu beli RM70++ untuk 30 biji (stok sebulan) jadi berkira jugaklah nak membelinya. Fikirkan pengalaman sebelum ni so far so good ambil Shaklee (vitamin C, ESP, mealshake etc) jadi Shai fikir takpa kita test out lah macam mana.

Kapsul dia pun besar so ok lah tu.

Jadi sebab supplemen ni mahal sikit kenalah konsisten makan betul2 hehe.. shai maintain makan sebiji sehari dan kesannya diperhatikan dalam 2,3 minggu gitu. Itu pun terperasan semacam.

Manfaat Selepas Mengambil Supplemen Untuk Mata

  • Mata tak silau masa drive malam2 (kita suka jalan2 ambil angin waktu malam hehe)
  • Boleh buat kerja seperti biasa menghadap laptop/desktop takda masalah, guna hp pun takda apa dah berbanding masa mata cepat pedih tu memanjang hp kena guna blue filter light tu
  • Masa main game lagi lah, yang perlukan kita fokus nak tembak2 untuk masa lama pun takda hal, alhamdulillah
  • Selain maintain ambil vitamin A ni, perasan tanpa rasa perasan jugaklah kulit semacam smooth dan supple je hehehe.. Wei, untuk anti-aging diorg gunakan retinol untuk maintain awet muda tau. Retinol ni vitamin A ler.

Nota: tak boleh lebih dos ye sebab vitamin A ni bukan larut air; kalau terlebih akan disimpan dalam badan n kalau terlalu banyak boleh jadi toksik.

Kesimpulannya, mengamalkan Carotomax ni bagus sebab semua bahan dalam satu kapsul, dan manfaat untuk masalah mata dan kulit – lagi2 concern untuk anti-aging, elok sangat ambil ni.

Tapi tu lah, pada Shai mahal untuk masalah mata yang pada Shai moderate ja isunya. Likely dah umur 40+ boleh lah consider sebotol Carotomax sebab boleh target 2,3 isu sekaligus. #jimat

Eyebright Complex

Hat ni pula, supplemen untuk mata dari 21st Century dan jenama ni telah dipercayai dalam keluarga Shai (more like, mak kita dok sumbat vitamin kat kita masa kecik :P). jadi survey2 dekat Guardian tu jumpalah botol ni.

Sumber: Watson. Klik gambar ni nak ke website rasmi 21st Century ya

A quick research pasal supplemen ni:

  • LUTEIN – An antioxidant from the carotenoid family, which consists of naturally occurring fat-soluble pigments in plants.
  • BILBERRY – Improves eye health.
  • EYEBRIGHT – A traditional herb used to maintain healthy eye metabolism and is particularly valuable when combined with synergistic eye nutrients.
  • GINKGO BILOBA – Improves blood circulation

Dan bahan-bahannya didapati bagus untuk mata. Alang2 dah murah kan, Shai belilah sebotol dan buat test, iaitu waktu Shai ada tanda2 mata pedih dan silau sedikit lagi sekali. Ceh.

Satu tablet Eyebright ni diambil sebiji sehari dan konsisten selama sebulan jugaklah. So far so good, menjadi itu pasti alhamdulillah. Manfaat sama seperti ambil Carotomax juga 😀

Tapi kalau nak spesifik pada kadar keberkesanan tu haruslah Carotomax yang menang; Eyebright kurangkan silau dan lembabkan mata (untuk elak mata kering n pedih) tapi tak sepantas sebanyak macam Carotomax but hey, kalau menjadi apa salahnya kan, asalkan kita konsisten.

Kesimpulan

Kedua-dua supplemen untuk mata ni ada kelebihan dan kekurangannya, dari segi formula/kepekatan per kapsul/tablet dan ini kita bandingkan dengan harganya pula.

Cost-wise, korang ambil ja Eyebright Complex yang walaupun tak sepantas Carotomax tapi at least ada jugak, dari nak mentedarah lobak tu hehe..

Tapi….kalau untuk yang kulit ada nampak kedut DAN mata pun pedih kering silau dsbg baiklah ambil Carotomax terus buat pelaburan untuk kesihatan mata. Cepat pun cepat, setel.

Nota: lepas mata dah elok tu janganlah ko tak jaga mata tu pula. Amalkan penjagaan mata sebaik mungkin ya. Kalau tak sia-sia ja beli supplemen ni.

Sori takda gambar carotomax yang diri sendiri punya. Sebab dah beli eyebright complex ni baru terfikir nak buat review.

mommylotte

P/S: Dan satu lagi, review supplemen ini adalah hasil dari pengalaman kita 100% tanpa input sponsor ke apa; kesannya berbeza mengikut individu dan Shai sendiri personally jaga kredibiliti review ni sebaik mungkin masa nak test. 😀

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge