Kronologi Jam Dalam Kita Intermittent Fasting

Ramai maklum tentang kelebihan intermittent fasting dan cara melakukannya dalam diet kita seharian cuma kita pasti nak tahu apa yang berlaku dekat badan masa kita berpuasa tu kan? Baca lanjut di post ini ya.

Apa Itu Intermittent Fasting

Perkongsian tentang intermittent fasting ada di post sebelum ini dan min menulis bagaimana ia bermanfaat untuk wanitaye lelaki pun boleh jugak buat IF ni cuma post tu cover skop spesifik sikit. Ni kan website khas untuk wanita hehe.. anyway, manfaat intermittent fasting ini tak dinafikan dan pastinya ia amat membantu lagi-lagi dalam isu berat berlebihan.

Cuma tu lah, apa yang tubuh tu tengah alami masa kita tahan makan tu?

Untuk baca lanjut dengan lebih terperinci tentang IF, korang boleh klik sini.

Apa Yang Berlaku Selepas Intermittent Fasting

12 Jam

Titik awal dalam IF, dan tubuh masih menggunakan glukos (dari apa yang kita makan) sebagai tenaga, dan lebihan glukos ditukar kepada lemak dan disimpan untuk kegunaan nanti (asasnya, macam biasalah). Growth hormone dihasilkan untuk membina otot.

16 Jam

Sumber glukos dihabiskan dan tubuh mula kaut2 lemak yang tersimpan untuk digunakan sebagai tenaga.

Masa ni kalau workout dalam berpuasa amat efektif untuk membakar lemak yang tersimpan.

18 Jam

Titik permulaan IF yang optimum.

20 jam

Tubuh dengan rasminya ambil lemak yang tersimpan sebagai sumber tenaga. Atau mat saleh kata ‘fat-burning machine’.

24 Jam

Manfaat2 IF berterusan dengan proses ‘autophagy’ bermula (proses sel tubuh nak reset dan kitar semula, asasnya buang yang keruh, ambil yang jernih lah).

Sumber: pinterest

Ni dia infografik tempoh IF yang dibuat untuk memudahkan korang. Save je gambar ni senang nak ingat 😀

Amacam? Nak buat IF jugak tak? 😀

Idea bacaan lanjut untuk korang:

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge