3 Cara Membantu Anxiety

Untuk orang yang alami isu anxiety, pastinya mereka akan kata ia bukan sesuatu yang boleh kita hadap hari-hari. Senang kata, tak enjoy lah. Cuma tu lah, mujur dengan zaman sekarang yang dah makin canggih DAN (yang ni penting) kesedaran orang ramai dekat isu anxiety ni kita ada peluang tinggi untuk pulih dengan lebih cepat, dan lebih selamat. Jadi, apa cara yang boleh membantu isu anxiety yang dialami?

Sebab ini dia ganggu minda kita, dan seterusnya akan terganggu pelbagai urusan harian dan pekerjaan tau (termasuklah diet, yang kemungkinan menyebabkan emotional overeating). Kalau korang, atau ada kenal sapa-sapa yang alami isu anxiety ni, kita bantu sebaik mungkin lah.

3 Cara Membantu Anxiety Yang Terbukti

Kenalpasti Isu Akar

Benda pertama yang korang boleh buat adalah kenalpasti isu akar yang buatkan korang dapat anxiety. Kalau yang boleh dikawal mungkin melalui kaedah menulis jurnal atau meditation, malah korang boleh cerita isu dengan yang pakar, agar doktor psikiatri/kaunselor boleh bantu korang kenalpasti apa isu yang sebenarnya, untuk solusi yang lebih berkesan.

Sebab ada ja kemungkinan, isu yang korang alami sekarang, berkait dengan punca lain yang berlaku masa dulu yang nampak macam tak berkaitan langsung.

Sumber Google

Menulis Dalam Buku

Macam disebutkan tadi, kaedah menulis menggunakan jurnal antara cara terbaik untuk legakan anxiety korang. Sebab korang tulis dan benda tu terang-terang nampak tertulis depan mata, berbanding perasaan tu bergelar-gelar dalam otak yang mungkin kita tak nampak apa kena buat dan jalan keluarnya.

Tulis je ikut sepuas hati korang, samada melalui kertas atau app, cuma kajian membuktikan menggunakan pen dan kertas akan melatih jari yang menulis dengan minda kita untuk bergerak sewaktu korang luahkan dekat kertas, untuk kesan yang lebih efektif.

Tapi yang pasti, luahkan tu yang paling utama ya.

Kesihatan

Korang mungkin boleh check pemakanan yang diambil yang mungkin mempengaruhi anxiety tu datang dan semakin teruk berbanding semakin hilang. Kadangkala makanan yang kita ambil tak membantu untuk fungsi/kapasiti otak kita, manakala makanan lain boleh membantu.

Contohnya, kajian ni membuktikan makanan yang boleh membantu untuk kesan-kesan anxiety.

Bagaimana pula dengan workout? Dah blog ni tentang kesihatan mesti ada nak masukkan aspek senaman kan dan sebenarnya, memang membantu pun 😀

Senaman yang dibuat secara konsisten didapati membantu untuk mengurangkan kesan-kesan anxiety sebab ia kuatkan minda dan tubuh dari aspek lain.

Bila kita bersenam (dan kita buat betul-betul push kapasiti kita), ia juga membentuk minda kita lebih kuat dan efisien dalam kemahiran selesaikan masalah dan regulate emotion sebagai salah satu cara membantu anxiety.

Anxiety tu mungkin tetap ada, tapi sekurangnya ia tak kawal hidup korang sampai apa pun tak jalan, betul tak? 😉

Bacaan lain untuk korang 😀

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge