Memudahkan Proses Kurus, Baiki Amalan Sihat Dengan Strategi

Dalam post sebelum ini min ada kongsikan tentang idea yang dikongsikan dalam buku Atomic Habits membantu dalam proses diet dan kurus, khususnya tabiat/amalan yang membantu dalam proses tersebut.

Yelah, kalau amalan yang korang biasa buat sekian-sekian yang buat berat korang bertambah, celah mana amalan yang sama tu pun boleh buat kita kurus jjgak kan.

Jadi, tabiat/amalan yang membantu untuk capai target berat baru, adalah yang korang perlukan.

Dan paling penting kita kena ingat, nak biasakan amalan baru ni ambil masa. Biasakan yang tak biasa orang kata.

Dan dalam buku Atomic Habits ada ditunjukkan cara untuk kita biasakan dengan amalan baru, sampai ia jadi satu second nature orang kata.

Tips Atomic Habits Untuk Diet Dan Kurus

Menggunakan Habit Stacking

Habit Stacking bermaksud korang letakkan amalan baru yang korang nak, ke atas amalan yang korang dah biasa buat.

Dan untuk proses kurus ni contohnya sebelum makan, korang minum air masak segelas, atau kalau nak tengok cerita Crash Landing On You, korang kena buat rutin strength training sekali.

Senang kan?

Boleh juga korang nak buat amalan baru ke atas benda yang memang akan berlaku setiap hari. Contohnya waktu matahari terbit, korang pergi jogging sekejap, atau nak ke masjid solat Jumaat korang jalan sekian-sekian berbanding naik Grab atau kereta.

Dia macam sekali harung lah, untuk membantu korang buat dan biasakan amalan baru sampai ke tahap ia terbiasa. 😀

Catatkan Amalan Baru Setiap Kali Dibuat

Tip ini juga membantu korang dalam proses kurus, di mana korang catatkan dalam tracker setiap kali amalan baru dibuat.

Ia buatkan korang rasa bersemangat sebab nampak seketul-seketul amalan yang korang buat untuk proses kurus ni menjadi (dan pendapat min personally, ia juga membantu untuk korang check perkembangan kalau ada apa-apa yang kena adjust).

Guna dekat app, kalendar, atau dalam buku nota untuk tanda setiap kali amalan baru korang dibuat. Dan untuk permulaan, mulakan dengan 1,2 ja dulu berbanding 10 benda korang nak track, nanti pening dan cenderung untuk give up.

Kesimpulan

Dalam membiasakan apa yang tak biasa, korang kena ingat kesempurnaan tak dicapai pada peringkat awal. Setiap kali kalau ada silap sikit tak apa, esok boleh mula semula. Yang penting, korang buat selangkah dalam amalan baik tu dah boleh push korang untuk capai berat target, dari tak buat langsung. Kan?

Strategi ini juga banyak ditekankan dalam penggunaan Weightloss Workbook. Korang boleh baca sini untuk info lanjut

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge