Personalized Gifts Dari Lovingly Signed Untuk Anak

lovingly signed, Baby, Gifts, Personalized, Personalised, Infants, Newborn, hamper gifts

Salam dan hello untuk pembaca Singapore! Ni bukan nak tegur dekat yang Singapore je pun, tapi nak share tentang satu gift service yang pada Shai sangat cute dan pastinya istimewa untuk anak (atau anak sedara ke, anak boss ke..) yang tersayang., iaitu Lovingly Signed.

lovingly signed, Baby, Gifts, Personalized, Personalised, Infants, Newborn

Lovingly Signed dari Hong Kong, dan webstore nya yang khusus di Singapura sediakan produk berbentuk barang bayi yang boleh kita personalized barangan tersebut, untuk hadiah yang lebih istimewa.

Ideanya, untuk raikan tahun pertama dekat orang baru dengan hadiah yang khas, istimewa untuk si comel.

Barulah special πŸ˜€

Sebab banyaknya permintaan ibu bapa baru untuk adakah satu hadiah khas untuk anak dalam bentuk personalized gifts ni, Lovingly Signed diwujudkan di Hong Kong, dan seterusnya bertapak di Singapura, untuk permintaan yang sama.

Shai senaraikan produk yang disenaraikan dalam Lovingly Signed, serta contoh gambarnya sekali. Serius comel.  

Barangan Bayi di Lovingly Signed

Clothing

Kategori ni pada Shai a good starting point untuk korang nak berikan hadiah untuk bayi baru, sebab ni yang akan dipakai untuk harian kan? Sesuatu yang praktikal ni yang ibu ayah baru yang pasti akan hargai. πŸ˜€

Dalam kategori ni ada baju robes (kain tuala yang dijahit berbentuk jaket labuh dan bertutup, ni senang supaya kulit bayi tak terkejut dengan suhu luaran), baju, seluar, bibs (digunakan untuk lapik waktu makan), baju tidur, malah tutu sekalipun. πŸ˜€

Cantiknya tutu ni..

Blankets and/or Towels

Kategori ni hadiah yang biasa untuk bagi dekat bayi baru – pemberian blankets atau tuala sebab yang akan digunakan dengan kerap. Tuala tu pastinya waktu nak mandi atau alas masa nak tukar lampin; tapi yang blanket ni Shai amat2 rekomen sebab ia sesuatu yang versatil untuk anak.

Blanket tu korang boleh gunakan untuk selimut anak, bedung dia, lapik segera untuk anak kalau takda bib, atau sebagai pelindung kepala anak waktu cuaca panas.

Dan korang pun tahu kan kalau benda2 multitasking ni lah yang Shai suka hehe..

Knitted fabric macam ni memang sedap dipakai untuk anak. Kita tahulah hehe πŸ˜€

Toys

Oh my mainan πŸ˜€ kat kategori ni yang Shai ralit tengok sebab mainan dia semua comel2. pastinya, ia sesuai mengikut umur (yelah takkan nak bagi lego halus dekat yang baru lahir ye dok).

Antara jenis mainan yang ada dalam kategori ini adalah mainan lembut (soft toys), beg, buku fabrik, lunch bags, dan mainan yang dibuat daripada kayu (kalau mainan jenis ni memang tahan lama).

Warna yang terang untuk tarik perhatian anak

Dan good idea untuk personalized service ni, bila ada mainan dengan nama masing2 ni rasanya takdalah anak nak berebut heheh..

Gift Hampers

Gifts ni pada Shai sesuatu yang brilliant dari Lovingly Signed. Memandangkan diorang sediakan personalized gifts, jadi hadiah berbentuk hamper ni sesuatu yang sangat istimewa dan unik.

Gift for Christmas Occasion

Dan khusus untuk waktu Krismas, lagi2 kalau yang si comel masih lagi kecil untuk musim Krismas lagilah sesuai untuk bagi hadiah berbentuk personalized gifts ni.

Review Shai

Sekali imbas, khidmat personalized gift ni satu yang special juga sebab ia buat hadiah tu rasa dekat dengan penerima. Macam korang rasa seronok dapat kad bertulis ucapan untuk kita dengan hadiah kan, macam tu lah rasa specialnya.

Selain tu barangan yang disediakan di Lovingly Signed ni dibuat dari bahan yang tinggi kualitinya jadi item tu akan tahan lama dan lasak untuk digunakan anak, serta sesuai untuk cuaca Asia; sebab bermula dari Hong Kong, lepas tu ke Singapura kan, jadi sesuai jugaklah untuk cuaca di sini.

Mana tahu kan nak pakai lama sebab selalunya kain blanket dan soft toys tu akan jadi ‘bantal busuk’ dekat anak so berbaloi lah dekat situ, dari terbiar ja. πŸ˜€

Takpun, lepas dah habis pakai boleh pass ke anak kedua, ketiga pula. Barulah alah membeli, menang memakai. πŸ˜€

Mesti yang si penerima hadiah comel peluk hadiahnya macam ni. Cute betul!

Dan lagi2 untuk anak yang baru lahir, masa excited macam ni lah sesuai kita nak bagi hadiah unik macam ni dekat mereka.

Jangan risau, untuk pembelian di website rasmi, korang akan di guide satu persatu dalam proses pembelian. Benda special kan, kenalah jaga betul2 πŸ˜€

Okey..now I really want a girl now. Naz dah 8 tahun this year so I guess now is a good timing? πŸ˜›

Nota:

Khusus untuk yang tinggal di Singapura, korang beli semua ni free delivery tau, malah percuma sekali untuk hari bekerja. Kalau yang luar kawasan Singapura kenakan caj SGD25, iaitu kalau di Malaysia RM76.

Untuk order lebih dari SGD250 (RM756), free delivery terus dapat. πŸ˜€

Nak info lanjut atau survey untuk hadiah baby baru, korang boleh klik di website rasmi Lovingly Signed, Β atau ke media sosial mereka di Facebook atau Instagram(klik link ig ni, color palette sangat lawa n soothing)

Semoga membantu!

mommylotte

P/S: Ini adalah sponsored content dari Lovingly Signed. Dan review ni memang dari Shai personally.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge