Islam tu Pasif, Redha, Takpalah, Biarkanlah?

Sesuatu yang diperhatikan sekian lama, yang kita rasa isu ini berlaku berzaman lamanya.

In a way, boleh dikatakan sebagai naratif/paradigma sebegini hasil daripada orang yang zalim, yang manipulasi keadaan ikut seleranya, untuk capai apa yang dia nak. Jadi dia tekankan pihak tertindas lain sebagai sesuatu yang untuk diterima dan bersabar sahaja.

Bersabar yang di sini maksudnya pasif, pasrah, dan disuruh untuk redha.

Kata kuncinya: “biarlah, sabarlah, takpalah…”

Bukan bersabar dalam menentang apa yang tak betul ikut kemampuan kita, tapi duduk diam setempat sahaja.

Ya, apa kau ingat bersabar tu maksudnya berteleku di tepi menangisi nasib diri semata?

Sedangkan ada ayat, di sana kita akan ditanya (paraphrasing) kalau dah tahu pemerintah zalim, kenapa tak lari? Yang dalam konteks ni, kalau ada kemampuan dan pilihan, kenapa tak ambil tindakan accordingly.

Sedangkan dalam Quran pun, ada berapa banyak kisah perang? Kisah tentera Muslim membalas balik yang kafir. Ada kan?

Ada mereka tak melutut merayu dekat yang kafir supaya tak berperang bila yang Muslim dah ada kemampuan untuk perang?

Bila ada kemampuan, kau buat ikut kadarnya, ikut apa yang dalam hukum, (kalau nak kepastian), ikut panduan/petunjuk yang Allah berikan. Itu pun dikira sebagai sabar. Sabar menegakkan apa yang Allah suruh. 

Sedangkan penduduk kampung yang khianat pun mereka bunuh yang lelaki, tawan yang wanita, orang tua, n budak kecil. Bunuh, sebab apa mereka buat mengkhianat dari belakang tu sesuatu yang sangat serius sampai berpotensi runtuh satu bandar yang mereka pertahankan.

Tak perlu cerita lah bagaimana dekat sebelah banda lain Allah bantu halau dengan hantar cuaca dekat kawasan tentera musyrik berkampung sampai depa kena retreat balik tempat mereka. Apatah lagi waktu tu tentera Muslim outnumbered dari yang musyrik.

Kisah dalam surah al-Ahzab.

Sapa kata Islam tu kena pasif?

Rahmat n kasih Allah yang besar, jangan diambil kesempatan dan diacu ikut tembolok sendiri, sampai buat sesuatu bukan pada tempatnya dekat orang lain. Jangan dilupa sifat menghukum Allah yang ada untuk mereka yang di pihak yang salah.


Thread yang kupas sifat Allah, antara yang Pengasih dan Penghukum. *Wat lek wat pis XD

Buat sesuatu bukan pada tempatnya = zalim.

Shai menulis sebab banyak sangat kisah yang orang buat palat macam tu dekat orang lain semudahnya. Mungkin bukan mudah, mungkin sebab dah berada dalam lubuk perbuatan dosa tu lama sangat sampai tak nampak benda betul atau salah. 

Blurred lines orang kata. 

Atau bak kata Adam Corrie, bila ada kepentingan dekat benda salah, dia akan keberatan nak stand up for what’s right.

Aish..aku tak berani aih. Sebab buat benda macam tu akan sebabkan rezeki tak melekat. Tak boleh tahan lama. Senang kata, tak sustainable.

Kan dah leceh n menyusahkan.

Never one second to brag about this, but rather bersyukur ya amat sebab kita beringat lagi benda ni salah caranya, dicatat dosanya. Jadi Shai doa sangat2 agar maintain mindset sebegini sampai mati, bukan untuk Shai ja tapi korang yang baca ni sama.

Banyak dah kes macam tu kan? Aniaya orang lepas tu sekejap ja dapat balik. Dalam Quran pun berpuluh kisah macam tu kot. Ada niat jahat dan buat, sedas ko dapat dari Allah – kisah Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Hud, Nabi Muhammad – pattern sama ja.

Kira macam soalan bocor gak lah hehe? 

Dah tu, buat apa kita nak lalui keadaan sebegitu kalau dah tahu pengakhirannya jadi haru-biru?

Tapi orang yang buat sebegitu, akan terdetik pelbagai alasan dan justifikasi tindakannya. Tapi tunggulah, bila ia berpatah balik samada dekat diri, anak, atau keluarga terdekat, hipokritlah kalau masa tu nak meroyan.

Buat lah 😀

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge