TRIO Antioksidan ACE Untuk Kulit Semua Peringkat Umur

Sepanjang kajian untuk penulisan artikel kecantikan, boleh kata setiap tips atau produk kecantikan akan menggunakan salah satu atau (paling baik) ketiga-tiga jenis elemen ini, untuk pelbagai manfaat khas untuk kulit. Mengapa ya?

fruit slice buah vitamin c

Trio antioksidan yang dimaksudkan adalah vitamin A, C, E yang boleh dikatakan sebagai ‘must-have’ untuk yang mahu jaga kesihatan dan kecantikan kulit secara all out, dan seterusnya maintain agar sentiasa awet muda tanpa cela.

Fuh..ayat dah macam iklan kecantikan namun itulah khasiat ketiga-tiga vitamin ini untuk kulit kita. ^^v

Bagaimana Vitamin A, C, E Bermanfaat Untuk Kulit

Vitamin A Untuk Awet Muda

Kebiasaanya produk kecantikan jenis anti-aging menggunakan retinol dan ia adalah vitamin A sebenarnya. Vitamin jenis larut lemak ini bermanfaat untuk maintain struktur dan kondisi kulit kita (dan repair2 kalau ada rosak), selain melindungi dari radikal bebas dengan sifat antioksidannya.

katy perry vitamin
Selingan – ni vitamin yang Katy Perry ambil. O.O KLIK SINI untuk baca lebih lanjut

Pelbagai jurnal kecantikan membuktikan, pengambilan vitamin A yang cukup (dari diet dan sapuan pada kulit) akan mengurangkan kesan kedutan, kulit lebih bersih takda cela, dan berseri-seri. Malah vitamin A ini juga berfungsi sebagai skrub muka, kerana kebolehannya untuk larutkan ‘gam’ yang melekat sel kulit mati tu, untuk mudah dibuang dengan exfoliation.

Amalkan vitamin A yang cukup (tak boleh lebih sebab agak bahaya lagi-lagi mommys yang mengandung trimester pertama) melalui telur, sayur hijau, dan juga susu, serta melalui penggunaan retinol untuk kulit.

Vitamin C Untuk Kulit Glowing Dan Gebu Gebas

Vitamin C ni juga antioksidan yang berfungsi untuk bantu kulit hasilkan fiber kolagen dan elastin untuk mantapkan struktur kulit tanpa kendur, selain neutralkan bahan kotor, radikal bebas, dan toksin dari persekitaran.

Sumber asid askorbik ini, mestilah oren kan? Malah ia juga boleh didapati dari tomato, manga, malah bendi sekalipun.

vitamin c benefits

KLIK SINI untuk ketahui mengapa vitamin C yang kita ambil, tak diserap 100%

Vitamin E Untuk Kulit Moist Dan Kukuh

Hanya 400IU vitamin tocopherol larut lemak ini setiap hari dah cukup untuk melindungi sel kulit dari dirosakkan pancaran UV dan pencemaran persekitaran (malah sampai ke tahap kanser tau). Antioksidan ini bersifat memulih – maka apa yang tak kena dengan kulit akan dipulihkan dari dalaman.

oooh..I'd love to have complete range of these <3 kredit to hellbentforlipstick.com
Vitamin E yang pernah Shai guna dan review(KLIK SINI)

Selain sapu dan tepek vitamin E, ambil juga vitamin ini melalui diet untuk kesan pemulihan yang menyeluruh – minyak zaitun, kacang almond, dan sayuran hijau antaranya. 😉

Kesimpulannya..

Vitamin trio ini lah yang paling asas yang diperlukan oleh setiap kulit, tak kira jenis apa dan masalah apa (ya, yang eczema dan psoriasis lagi memerlukannya tau). Anda boleh baca lanjut di sini manfaat antioksidan trio dan juga vitamin lain untuk kulit untuk solusi yang lebih menyeluruh dan khusus untuk masalah kulit anda. 😀

signature mommylotte

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge