Review Maybelline Creamy Matte Lipstick 

lip matte, jual lip matte, maybelline creamy matte

Waktu sale Watson hari tu macam biasa shai akan meluru turun ke Watson dan belek apa-apa yang berbaloi beli masa sale (#saleislife). Mana tau yang sale tu ada dalam wishlist, takdalah rasa bersalah nak membeli sebab dah lama aim hehe..

Dan nak masuk dalam wishlist pun, lepas Shai dah fikir habis2 dan tengok kalau ada alternatif ke apa baru decide nak beli ke tak (macam teknik capsule wardrobe yang biasa shai amalkan, malah sampai sekarang).

Dan salah satu dalam wishlist adalah mencari lipstick tekstur matte untuk digunakan.

Cuma tu lah, nak pakai lipstick jenis matte ni bukan calit sebarangan je tau. Kalau tak smooth application dalam sejam gitu mulalah nak merekah ke apa dah jadi buruk dah. Sebelum sapu pun dah kena prep bibir tu elok-elok dulu agar permukaan dia smooth elok ja.

Baca sini: panduan penggunaan lip matte

Dan itu yang shai suka dengan Maybelline Creamy Matte Lipstick , sebab walaupun tekstur dia matte, dia agak ‘forgiving’ kalau application tak smooth macam lip matte biasa. Iaitu kalau merekah sikit ke apa takdalah nampak sangat, selain ia masih ada sedikit emollient (pelembab) dalam formula agar tak keringkan bibir.

*kalau yang kering merekah tu helok sangat pakai lipmatte jenis creamy matte ni (hence, the name!)

Review Maybelline Creamy Matte Lipstick 

Harga asalnya satu lipstik ni RM22 gitu, tapi sale 50% dapat le dalam RM11, Shai rembat dua-dua sekaligus hehe.. dan warna yang dipilih adalah Daringly Nude (nude with orange undertones) dan Smitten (rose pink). Tak seperti lip matte yang biasa, lipstik ni gunakan packaging jenis bullet (berbanding gloss tube) dan pada Shai takda isu; sangat mudah nak digunakan.

Cuma Shai perasan yang Smitten ni ada cermin dekat atas bekas untuk mudah nak pakai (kot2 ime ko rushing ko nak calit sikit cepat-cepat kan). Tapi yang Nude ni takda pula. Lain batch kot..

Daringly nude is nude with orange undertone, sesuai untuk kulit medium (macam Revlon nude cuma slightly darker). Klik gambar ni untuk spesifik review warna ni ya.
Oh goodness I fall in love with this shade! Very pretty mauve, rose pink ja.

Review swatches smitten pula ada di sini.

Anyway, pada pemerhatian luaran, lipstik ni berbentuk seperti lipstik bullet lain, dan ada semacam bau vanila lembut dari formula ni. Orait; a pleasant experience nak memakai jugak lah ni.

Swatch Maybelline Creamy Matte Lipstick ni dekat tangan dan Shai impressed; tekstur senang nak lalu (glide smooth) dekat kulit masa di sapu dan waktu pemakaian pun mudah. Ini secara tak langsung menunjukkan ada bahan emollient (pelembab berminyak) dalam lipstik ni untuk memudahkan sapuan.

Kalau guna terma mat saleh, dia akan kata smooth, buttery feel. And the formula hit that right.

Ini pun bermaksud: kalau sapu tu jangan tekan kuat sangat nanti patah naya ja XD.

Yang Shai suka, sekali sapu pun color payoff dia solid dan kuat: takda sememeh dan sekali sapu pun dikira good enough.

Sapu bibir atas dan bawah akan bagi solid color payoff, manakal sapu bahagian atas dan ratakan sekali dibawah, ada decent color dan tak terang (yang ni kalau pakai warna terang macam merah cili atau macam Smitten ni, boleh guna cara sapuan ni untuk muted color sikit).

Perbandingan Maybelline Creamy Matte Lipstick Dengan Superstay Matte

Dari segi ketahanan, Maybelline Creamy Matte Lipstick ni tahan dalam 3,4 jam gitu sebelum disapu semula.

Haruslah, nak dibandingkan dengan Superstay memang beza gile sebab Superstay lagi lama tahan. Tapi Superstay ni dia kering yakmat, serupa macam sapu color-tinted simen dah XD. Melainkan korang nak sekali sapu dan tahan lebih 8 jam (dan konfiden lepas sapu pun maintain the look) takda hal lah.

peeling lip matte tu memang buruk lah ghupenye

Range selepas Creamy Matte ialah Powder Matte, formula dia antara SuperStay dengan Creamy ni. Ada sedikit kering (dan lebih tahan lama), tai tak sekeras macam SuperStay ni. Kalau korang nak cuba pure lip matte tapi nak mencuba2 dulu, elok start dengan Powder Matte ni.

For me (dan orang lain yang mungkin dalam situasi yang sama dgn Shai), formula Maybelline Creamy Matte Lipstick adalah terbaik.

Obviously Shai taknak pakai lipstik ni dan upload (malu dik). Jadi korang tengok gambar swatches yang ada ni, yang Shai pilih sedekat mungkin dengan lipstik yang Shai ada ni. Nak lagi real, buka post ni dekat henpon, pergi dekat Watson/Sephora dan swipe tester sambil baca review ni 😉

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge