Kesan Cahaya Matahari Pada Kulit – Tak Semuanya Bagus

Cahaya matahari memang best kalau terik kalau kita ada baju yang nak dijemur, atau best bila redup bila kita nak jalan-jalan di luar. Tapi tu lah, ia atas cuaca jugak kan. Sebab yang penting, kena fikir apa kesan cahaya matahari pada kulit, sebaik sahaja ia tembus ke lapisan dalam. Dan kesannya lebih dari sekadar suburn dan kulit gelap ye.

Bagaimana Cahaya Matahari Boleh Memberi Kesan Kepada Kulit

Asasnya, cahaya matahari itu bagus ketika kena pada kulit – ia membantu untuk kulit menghasilkan vitamin D (ada kita belajar dalm subjek sains dulu), membantu

Cuma tu lah, kesan yang tak berapa baik juga tak dinafikan, dan ia menyumbang kepada peningkatan bilangan kes yang terkena kanser kulit. Serius, kalau dah teruk sangat boleh kena kanser tau.

Dalam cahaya matahari tu ada sinar UV, dan UV ni yang beri kesan tak baik kepada kulit yang dimaksudkan. Sebaik sahaja sinar tu terkena kulit, ia akan mengeringkan dan menyebabkan ‘pembakaran’ kepada lapisan atas kulit tu. Dan dari situ, akan trigger pelbagai kesan buruk.

Sebab sinar UV ni adalah salah satu bentuk radiasi, di mana ia adalah sinar yang mempunyai tenaga tinggi yang boleh beri kesan kepada apa sahaja yang dia sentuh.

Apa kesan buruk sinar UV kepada kulit? Selain kulit kering yang disebutkan (sebab kelembapan kulit dah tersejat), kulit terbakar juga berlaku dan menyebabkan lapisan luar rosak dan mengelupas.

Sebab sinar UV ni boleh tembus ke dalam kulit, ia juga akan rapuhkan fiber kolagen dan elastin, ‘koyakkan’ sedikit salur darah (yang biasa orang sunburn teruk nampak tompok kemerahan di bawah kulit), dan penghasilan pigmen melanin yang tak sekata, yang kita lihat sebagai kulit kendur, kedutan, dan kulit menggerutu lebih cepat dari usia kita, dikenali sebagai premature aging.

Kalau kena sekali mungkin takda apa dan lambat laun tubuh kita akan pulih kesan-kesan tu. Kalau yang banyak kali, memang mendapat le dan kulit pun nampaki kusam, berkedut, kering, dan menggerutu. Apatah lagi kesan yang berulang ni boleh meningkatkan risiko kanser kulit setinggi 15%.

Penyelesaian Untuk Kurangkan Kesan Cahaya Matahari Pada Kulit

Ni bukan nak kata cahaya matahari tu tak bagus; sebab zaman sekarang ni dengan pencemaran dah bersepah merata dunia, suhu Bumi dah meningkat, dan lapisan ozon pun ada yang nipis dan berlubang yang bagi lagi banyak sinar UV masuk (mujur lubang tu ada start tutup sebab kuarantin COVID hari tu, sekarang ni dah rancak balik acano?) tu buatkan kesan pendedahan pada cahaya matahari TANPA perlindungan tu tak selamat untuk diamalkan.

Yang penting, amalkan langkah perlindungan cahaya matahari sebaik mungkin, lagi-lagi waktu cahaya tu terik (dalam pukul 11am-2pm) sebab masa tu sinar UV paling kuat.

Penggunaan sunscreen pun dah jadi satu kewajipan jadi korang kena start pakai dalam skincare rutin korang. Shai ada tulis tentang cara pemilihan dan penggunaan sunscreen untuk cuaca Malaysia, di post ni. Baca tau!

Semoga post ni membantu untuk kulit korang tak cepat tua disebabkan sinar UV ni ha, macam pakcik ni

Kulit pemandu trak lepas sebelah muka dia terdedah cahaya matahari tanpa sunscreen dekat 20 tahun. Tua dok. Sumber

Cuak gak tengok.

mommylotte

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge