Skincare Untuk Kulit Kombinasi 2020

skincare untuk kulit kombinasi

Okeh, ni review dan update skincare untuk kulit kombinasi tahun ni, sebab Shai agak intentional untuk penjagaan kulit sekarang ni. Bab skincare ni sesuatu yang Shai dah amalkan lama dah, lagi-lagi sejak dapat set skincare pertama masa umur 12 tahun hehe.. dan pesen Shai ni, cari jalan untuk jimat sebanyak mungkin sebab skincare ni kalau dikira belanja boleh tahan banyak gak kalau nak kira sampai bila-bila.

Dan salah satu caranya, beli lah time sale hehe..

Keadaan Kulit Sekarang Ni

Okeh, serba sedikit tentang keadaan kulit sekarang ni (sebab nak beli produk kena ikut kesesuaian kulit juga kan), so far lebih kurang sama sejak dulu lagi iaitu kulit kombinasi, minyak dekat T-zone iaitu di dahi ke hidung, dengan hujung hidung ni lah yang paling berminyak. Dekat kawasan lain Alhamdulillah tanda apa-apa isu, kulit normal dengan seimbang kelembapan

gituuu.

Jadi ni antara produk yang digunakan (yang sebahagian besar ni dapat masa sale :P)

Produk Untuk Kulit Kombinasi

Cleanser

Cleanser yang digunakan adalah Oxy Deep Cleansing Wash untuk kulit berjerawat. Bukan sebab jerawat banyak pun tapi formula bahan dia ada Centella Asiatica, vitamin C dan E serta salicylic acid tu yang Shai suka.

Nota: kulit berminyak/kombinasi elok dengan salicylic acid ni untuk tarik keluar kotoran dari pori tu.

Toner Untuk Kulit Kombinasi

Toner pula Aiken Tea Tree Oil yang ada salicylic acid dan aloe vera. Sejak sekolah menengah pakai toner ni masih puas hati. Mula pakai memang nala hidung pedih amat yang mungkin sebab dia bunuh kuman (tea tree oil anti bakteria juga).

Lepas tu kulit dah biasa, dan toner ni Shai fokus dekat hidung sebab situ lah tempat berminyak. Letak dalam cotton pad dan tekap dekat hidung tu haha matilah kuman tu XD

Moisturizer Untuk Kulit Kombinasi

Pelembap Shai gunakan pelbagai jenama ikut dan bila sale hehe tapi yang ni Alhamdulillah menepati ciri-ciri kulit kombinasi. Shai gunakan Garnier Light Complete sebab selain bersifat pelembab ia juga ada SPF yang boleh digunakan bila nak keluar rumah.

Sebab dia ada zinc oxide sebagai sunblock, muka nanti nampak macam putih sikit jadi tunggu pelembap tu set dekat kulit sebelum nak bermekap bagai. So far, moisturizer ni sesuai untuk kulit kombinasi dan takda apa-apa isu gunakannya.

Serum Untuk Kulit Kombinasi

Serum pula Vaseline Fresh and Radiant Rice Water, yang bagi Shai adalah heaven sent sebab dia ada air beras (bahan yang memang Shai aim dah untuk kulit) dan tengok produk yang Korea punya mahai nau nak beli untuk testing (tak boleh lah nak beli dengan nak saving bagai sekarang ni). Rezeki betul jumpa serum ni sebab RM9 ja dan Shai gunakan tiap pagi dan malam.

vaseline rice water review
link ke review di bawah ni 😀

Serum ni water-based maka ia sesuai untuk semua jenis kulit. Korang boleh baca review Shai disini.

Produk Lain

Face oil ni simple dimple guna campuran minyak zaitun dengan minyak kelapa je. Minyak zaitun tu jugalah dibuat makan untuk elak gastrik.

Face mask pula Freeman Detoxifying charcoal and black sugar dan Cleansing apple cider vinegar (bau epal sedapnyoo). Beli dua sebab sale, jadi bolehlah nak selang seli heh heh..pakai face mask dlm 2x seminggu, elok lepas scrub

Skrub muka pula St. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub with salicylic acid (again, the key acid), dipakai 1,2x ikut kulit berminyak korang macam mana. Jangan over pulak.

Tips Skincare Yang Digunakan Untuk Kulit Kombinasi

Selain minyak zaitun yang digunakan sebagai face oil, Shai juga amalkan sebagai bentuk supplemen, diambil sesudu sehari untuk jaga kecantikan kulit, selain nak elak gastrik datang balik. Tahan ke lah tekak nak telan minyak raw macam tu ha-ha..

Untuk tahu lebih lanjut bagaimana minyak zaitun membantu untuk gastrik, baca sini ya.

Dan sekarang ni Shai juga agak particular dengan penggunaan sunscreen. Tak beli yang SPF tinggi2 pun sebab balik-balik duduk rumah ja dan keluar pun dekat dalam mall je kot (Shai prefer jalan-jalan ambil angin waktu malam).

Dan paling penting Shai pegang, adalah bab skincare ni tak semestinya kena mahal dan diimport untuk confirm ia berkesan untuk kulit kita. Tak semestinya sebab apa-apa pun, balik kepada jenis kulit dan isu yang dihadapi (macam kulit ekzema ka, atau ada jerawat batu ka) lepas tu baru cari produk yang sesuai, itu yang kita cari mana yang boleh dijimatkan sebanyak mungkin (see my ‘about me’ dekat sidebar).

Kalau Shai, aim produk tu masa window shopping, dan beli lah bila sale buat stok 😉

Kesimpulan

Untuk korang yang jenis kulitnya sama/lebih kurang macam Shai, mungkin tips ini boleh jadi guide atau inspirasi untuk korang nak set skincare routine sendiri.

Korang tengok kulit jenis apa, dan produk apa yang kena ada dan bahan yang sesuai untuk kulit, dan rajin survey dekat Guardian atau Watson ya. 😀

Nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan kulit kita, korang boleh download ebook kecantikan percuma dekat sini.

Maybe Shai patut buat produk yang digunakan setiap tahun dan review secara ringkas ikut keadaan kulit waktu tu. Hmm… 😉

mommylotte

Kalau korang ada Pinterest, pin gambar ni untuk save post ini ya.

skincare untuk kulit kombinasi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge