Beza Essence, Serum, Dan Ampoule Untuk Kulit

Beza Antara Essence, Serum, Dan Ampoule Untuk Kulit

Tak macam dulu kalau kira skincare routine korang takat tiga benda je, sekarang berlambak jenis produk yang direkomen untuk tambah dalam rutin skincare – seperti essence, serum, dan ampoule – dan kadang-kadang mesti terfikir, apa beza essence, serum, dan ampoule dan perlu ke semua benda tu?

Pada Shai mudah ja, sebab makin bertambah teknologi maknya makin banyak cara yang kita jumpa untuk penggunaan satu benda dengan lebih efisien untuk hasil yang lebih berkesan dalam masa singkat.

Jadi kalau tambah satu dua produk dalam rutin kecantikan contohnya, kalau tu boleh maintain awet muda kulit lebih lama dan lebih kuat tahan dengan pencemaran dekat luar apa salahnya kan.

Jadi macam tu juga fungsinya dengan tiga item tambahan yang kita kenal sebagai essence, serum, dan ampoule. Cuma tu lah, pening sajo baca ciri-ciri produk tersebut, jadi shai bahagikan dan jelaskan ciri-ciri umum setiap produk tersebut.

Beza Essence, Serum, Dan Ampoule Untuk Kulit

Essences

Essenece ni asasnya macam ekstrak, satu pati bahan-bahan dalam satu produk dan ia lebih pekat dari pelembap. Sebab pelembap ni fungsinya untuk tambah nutrisi dekat kulit, separuh tu juga berfungsi halang air dan minyak dari hilang, selain melindungi kulit dari pencemaran luar.

Essence ni pekat dari pelembap, maka pati bahan lagi banyak dan secara tak langsung ia takda feature pelembap untuk perlindungan kulit tu. Biasanya produk ni berasaskan air, selain sesuai untuk semua jenis kulit, ia sangat digalakkan untuk kulit kering dan sensitif.

Serum

Serum ni antara produk tambahan yang terawal diperkenalkan, dan pada mulanya ia berasaskan minyak walaupun la ni dah ada yang berasaskan air.

Serum ni produk pati juga, cuma pati dan ekstrak ni lebih kepada minyak dan nutrisi seperti vitamin C, campuran minyak dan sebagainya. Dan serum ni dia fokus kepada tujuan tertentu jadi korang pilih ikut apa isu yang korang nak rawat contoh macam jerawat batu ka, kulit kedut ka, kulit mengelupas ka dll.

Tip: kalau first time nak beli serum, boleh cuba yang vitamin C sebab dia cover hampir semua isu kulit macam kedut, tompok, parut, jerawat, dan juga kulit kusam. Multitasking giteww.

Ampoules

Yang ni jarang kita dengar sangat sebab ampoule ni bukan untuk hari-hari punya pakai, tapi untuk rawatan intensif untuk seminggu biasanya, dan packaging pun untuk kegunaan sekali.

Ampoule ni macam serum yang lebih pekat – atau booster – untuk kulit bila korang nak hasil cepat dalam masa singkat (contoh, nak kawin ke). dan ia tak sesuai untuk digunakan setiap hari sebab pekat sangat dan takut boleh iritasi, atau tak terpakai nutrien tu yang berlebihan membazir pulakk, jadi better beli serum.

Kesimpulan

Buat masa sekarang ni, shai gunakan essence ja sebab kulit muda dan elok lagi alhamdulilah (gigih weii minum minyak zaitun setiap hari). Essence yang shai guna ada di sini jadi korang boleh baca review nya ya.

Korang pakai essence, serum, ke ampoule? Share di komen untuk bertukar-tukar pandangan ya. Nak komen untuk jual produk berkaitan juga boleh di post ini (produk berkait ye. Ko letak iklan ubat kuat ko siap).

Shai ada buat ebook kecantikan yang cover semua tips dan panduan asas dalam kecantikan (jadi korang boleh customize ikut kulit dan skin goals sendiri). Percuma ja 😀 Klik sini okeh.

mommylotte

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge