3 Tips Mudah Dan Bajet Untuk Kulit Sihat

tips kecantikan bajet, murah,

Banyak produk kecantikan untuk kulit kita dan pada masa sama shai personally fikir penjagaan untuk kulit sihat pun penting juga. Sebab dari kulit sihatlah akan nampak kulit cantik kan. Dan bagusnya, nak dapatkan kulit sihat pun tak susah atau mahal mana, asalkan konsisten sampai menampakkan hasil, dan teruskan untuk maintain agar kulit kekal sihat. Caranya?

3 Tips Mudah Dan Bajet Untuk Kulit Sihat

Pemakanan

Memang jelas nyata, apa yang kita makan kesannya akan dilihat dekat kulit kita. Sebabnya makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, tubuh boleh gunakan nutrien tersebut dan khususnya untuk kulit seperti baiki, sembuhkan apa yang luka, dan merawat apa yang tak kena setiap hari.

Kalau makan fast food yang tak ada nutrisi celah mana tubuh nak cekau untuk kegunaan dia kan XD

Apatah lagi makanan yang tinggi gula, garam, dan pengawet ia akan mengeruhkan lagi keadaan dengan buatkan kulit tak sihat, kendur, bertompok dan berjerawat, serta nampak tua dari usianya.

Shai banyak kongsikan tips penjagaan kulit yang mudah (sebab ia murah dan senang nak dapat hehe), korang baca kat sini ya.

Air Yang Cukup

Yang ni pun penting sebab tubuh kita dekat 70% juga terdiri daripada air, jadi haruslah air yang cukup diperlukan tubuh.

Kurang air akan menyebabkan sel-sel tak dapat nak buang bahan buahan (detoks) dengan secepat mungkin dan tak boleh bawa nutrien ke merata tubuh ikut aliran darah dengan cepat. Sudahnya kulit kita lambat baiki dan nampak kusam atau berjerawat.

Penjagaan Kulit

Selain daripada produk skincare yang korang gunakan, amalkan sekali penggunaan sunscreen untuk melindugi kulit dari cahaya matahari, atau secara spesifiknya UV ray. UV raya ni salah satu bentuk radiasi, dan bila ia tembus ke kulit kita ia akan menghasilkan radikal bebas yang tak stabil dan kerjanya mentedarah sel lain.

Dan proses ini akan rapuhkan struktur kulit, ganggu pelbagai proses bawah kulit tu, dan ini buatkan kulit kita cepat tua.

Perbandingan pemandu trak yang separuh mukanya terdedah cahaya matahari. Beza kan? Sumber

Baca sini: Tips menggunakan sunscreen untuk cuaca sini

Tenangkan Minda

Yang ni mungkin kita tak perasan, tapi memang berlaku (dan dibuktikan dalam kajian) yangstress boleh buat kulit kita tak sihat dan nampak cepat tua.

Bila tubuh kita stress, ia akan menghasilkan hormon kortisol yang akan buatkan kulit kita dalam keadaan stress dan ia akan trigger menghasilkan minyak dan enzim yang menghasilkan keadaan tak perlu seeprti ruam atau kulit berminyak.

Stress asalnya bagus, sebab ia tingkatkan produktiviti. Yang isunya bila kita stress memanjang tu yang akan memberi kesan (selain kulit, tubuh juga akan terkesan). Jadi apa yang kita kena buat?

Uruskan stress tu agar ia lebih terkawal, dan elakkan kita alami stress yang tak perlu. Kita boleh gunakan rutin seperti senaman regangan (stretching), meditasi, malah menulis diari. 😀

Shai personally gunakan jurnal kesyukuran untuk legakan stress. Sangat membantu juga, selain rezeki bertambah alhamdulillah. Baca sini ya.

Kesimpulan

Tips yang dikongsikan di sini amat membantu untuk dapat kulit yang sihat, selain ia murah banget untuk diamalkan. Semua orang boleh dapat kulit yang sihat okey. Nak tak nak je. 😀

Bacaan lain yang mungkin membantu (sebab pesen Shai suka cari cara yang boleh kita sejimat banyak mungkin)

mommylotte

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge