Rutin Homeschool Untuk Anak Sebab Tak Hantar Ke Sekolah

Ceritanya sekolah diumumkan dibuka 15 Julai tempoh hari dan haruslah kita kalut-kalut nak siapkan baju n barang sekolah Naz. Tapi lepas fikir-fikir dan research (selain solat istikharah) Shai fikir takpalah kami opt out dari hantar Naz ke sekolah.

Nota: yep, kalau ada benda-benda yang tak tau nak pilih mana elok amalkan solat istikharah. Bkn masa nak kawin je yob. Boleh baca lanjut di sini.

Kenapa Tak Hantar

Simply sebab COVID punya isu ni lah. Virus yang boleh lekat melalui sentuhan pun dah buat kita on full alert (selain batuk bersin tu). sebab senang sangat virus ni transmit jadi Shai fikir untuk kurangkan peluang/risiko untuk tak hantar Naz ke sekolah. Lagipun sepanjang cuti ni pun sama ja, teruskan homeschooling di rumah lepas balik sekolah sebagai pengukuhan.

Kat sekolah tu niatnya nak Naz latih skill komunikasi, interpersonal, selain guru yang memang dah ilmunya mengajar dah. Kita tukang topup ja 😀

Ni dia, post homeschooling yang Shai buat untuk Naz di rumah kalau nak tahu macam mana Shai buat. Mana tahu membantu korang.

Bagaimana Rutin Ajar Anak Di Rumah Sewaktu Kuarantin COVID

Secara ringkasnya, rutin mengajar Naz sama seperti lepas balik sekolah, cuma dibuat sepanjang hari. Sebab banyak masa, jadi bolehlah nak cover dua subjek pada satu masa, berbanding satu subjek hari sekolah sebab tak nak dia overload.

Contoh rutin Shai buat macam ni:

  1. Bangun, makan, bagi dia main tablet kejap (set screen lock yang boleh bagi main 15 minit hehehe)
  2. Baca buku 10 minit x2 (subjek dan jenis latihan ditentukan setiap minggu). Rehat dengan main dan gomol2 dia sat, bagi tengok video kucing ke apa
  3. Bagi tengok Upin Ipin dekat youtube, untuk tambah kosa kata BM dan tengok karakter kartun interaksi dengan orang lain. Masa ni makan ke apa
  4. Baca buku, sama ja 10 min x2
  5. Latih refleksi dan gross motor skill dia. Samada mainan/alatan yang dibeli atau main dekat taman
  6. Rest, tablet dia ke apa
  7. Baca buku (lagi), 10 mins x2

Jadi waktu baca buku tu waktu pagi, petang, dan malam yang merangkumi baca teks, latihan menulis, pemahaman dsbg. Dan rutin ni diulang hampir setiap hari. Even hari yang kita jalan-jalan ka, balik kampung ka tetap kena baca buku, ikut timing 10 minit. So ok lah kan.

Salah satu alatan mengajar yang digunakan adalah kertas laminate ni. Senang sebab lepas tu boleh lap balik. Klik gambar ni untuk baca post bagaimana Shai buat

Nak bagi Naz fokus, Shai letakkan timer dan set 10 minit jadi dia tahu, memang 10 minit utk baca buku ja, instead merewang fikir bila nak habis 😛

Bagi Shai, praktis memang kena sentiasa buat tak kira anak normal atau autism. Ni skill untuk dipahat dalam otak jadi untuk masa depan punya pembelajaran, inshaa Allah boleh catch up.

Kita buat je semampu mungkin, doa-doa lah Allah mudahkan urusan bagi anak maintain rilek dan cool ja masa belajar, dengan ilmu lekat elok-elok. Doa ibu makbul hokeyy..

Baca post-post homeschool yang Shai buat di sini ya. Semoga membantu!

Korang macam mana, hantar gak anak ke sekolah tak

mommylotte

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge