Baiki Kulit Dengan Rutin Kecantikan Waktu Malam

Yang baca ni Shai assume kita ada skincare routine kan? Rutin kecantikan ni dah jadi satu kewajiban untuk dibuat setiap hari sebagai langkah menjaga kulit kita. Mana taknya, kulit pun ada satu kot (melainkan ada yang darah kacukan ular XD) jadi kenalah jaga elok-elok. Dan salah satunya adalah dengan buat rutin kecantikan khas untuk waktu malam.

Sebab selain penjagaan waktu siang, waktu malam punya pun ditekankan kepentingannya kalau korang serius nak maintain kulit agar dia sihat dan kuat (macam slogan Milo pulak). sebab umumnya, selain rutin waktu siang yang kita buat sebagai penjagaan dan perlindungan dari udara luar, penjagaan waktu malam pula bertujuan untuk penjaan DAN pemulihan kulit.

Sebab waktu kita tidur, tubuh kita akan baiki apa yang rosak dan topup apa yang kurang dalam tubuh, termasuklah kulit.

Dan khusus untuk rutin kecantikan waktu malam, dia pun lain lah sedikit.

Langkah Rutin Kecantikan Waktu Malam

Pencuci Muka

Yang ni haruslah untuk dibuat sebab mandi untuk malam pun bersabun, dekat muka pun kena lah dicuci dengan pencucinya jugak kan hehe. Yang ni takpa, korang guna ja pencuci muka yang sama seperti waktu siang hari.

Kalau nak topup sikit mungkin boleh guna rutin double cleansing, iaitu satu guna oil cleansing untuk tarik keluar minyak yang dah bercampur dengan debu dan udara kotor, kemudian pencuci foam untuk cuci muka seperti biasa, termasuk menanggalkan mekap.

Kalau guna micellar pun boleh juga, kalau untuk rutin malam tu korang bermekap.

Toner/Penyegar Muka

Dulu orang macam 50/50 nak guna toner ke tak sebab dulu toner dari alkohol untuk buang kotoran dan elak jerawat tapi kalau la ni, pendapat Shai jadi wajib jugak lah sebab dah ada toner tanpa alkohol yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Toner ni penting jugak sebab dia prep kulit kita untuk penyerapan pelembap dengan lebih baik dari kita terus skip ke step seterusnya.

Serum, Essence, Face Oil

Part ni yang bezakan daytime skincare routine dengan rutin kecantikan waktu malam. Langkah ini bertujuan untuk pulihkan keadaan luaran dan dalaman kulit dengan produk yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi seperti essence, serum, dan face oil.

Samada nak guna ketiga-tiga benda ini atau salah satunya adalah bergantung kepada keperluan kulit dan skincare goals yang korang nak sebab ciri-ciri produk ni lain sikit.

Serum mengandungi bahan dengan kepekatan yang tinggi (macam buku teks kimia pulak) manakala essence ni pula macam versi cair untuk serum (ada kulit tak serasi dengan serum sebab pekat sangat).

Face oil pula adalah minyak yang ada nutrisi yang disapukan ke kulit, samada jenis yang blended oil (yang ada olive coconut almond bagai tu) atau senang cerita guna ja minyak zaitun/kelapa/bunga matahari untuk masak tu (ni Shai dok buat setiap malam hehe).

Jangan ko sapu kulit dengan minyak cap buruh dah le.

Kelas face oil kau 1L. XD. Sumber: Happy Fresh

Gunakan contoh minyak ini sebagai face oil korang kalau nak

Krim Malam

Yang ni macam pelembap harian yang dipakai waktu siang hari, cuma yang ni versi malam sebab ia ada fungsi melindungi kulit dari udara luar sekali. Kalau nak ganti dengan night time face mask pun boleh ja takda masalah.

Kesimpulan

Langkah ni macam nampak renyah sebab malam pun korang kena jaga kulit tu tapi percayalah ia jadi pelaburan yang berbaloi sebab kita maksimumkan fungsi tubuh yang memang kerja dia repair waktu kita tidur.

Alang-alang sekali harung why not kan.

Bacaan lain:

mommylotte
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge