Jurnal Kesyukuran: Tarik Lebih Banyak Benda Untuk Disyukuri

jurnal kesyukuran

Setiap malam, Shai usahakan untuk menulis apa yang Shai bersyukur dan happy sangat2 dalam satu hari tu. Klisenya mestilah menulis yang kita bersyukur bila ada rezeki berbentuk duit atau sewaktu dengannya, tapi Shai juga ada tulis bersyukur benda sekecil macam mudah sangat dapat parking betul2 depan tesco atau ada ayam yang digoreng cantik ja walaupun tak guna nonstick pan. Sebab apa?

Sebab Shai perasan kalau Shai menulis apa yang Shai syukuri untuk hari tu, inshaa allah, esoknya boleh dapat macam-macam rezeki, dari pelbagai bentuk, yang pastinya berkat. Serius. Mashaa allah.

Pastinya ini selari dengan ayat quran 14:7. Dan memang betul pun. Berganda, macam-macam dapat, macam-macam bentuk.

Dan Shai yakin ini juga salah satu yang dikatakan sebagai law of attraction, as in what you give out, you get back. Bila kita dalam keadaan sedar dalam mode mensyukuri, allah akan berikan lebih banyak benda dekat kita, untuk disyukuri (selari dengan ayat yang 14:7 tu).

Dan ini pun, pada pendapat Shai relates dengan yang recticular activation system (ras). Kalau kita alert/suka sesuatu benda, benda tu lah yang akan kita kerap nampak di mana-mana, sebab otak kita macm dapat arahan dari kita untuk alert benda-benda kita suka tu. Tu yang selalu nampak. 

Macam kalau kita suka kereta sekian-sekian, kereta tu je lah kita nampak. Gitu..

I’m sure a lot of people would think this as hocus-pocus, something that can’t be seen/experienced by others can’t be readily accepted by others.

Tapi tu lah yang Shai alami, dan itu yang Shai amalkan sampai hari ini – simply menulis apa yang Shai syukuri setiap hari, walau sekecil mana sekalipun, Shai tetap anggap benda tu berbaloi dan ditulis sebagai satu benda untuk diraikan.

Dalam Perspektif Lain

Cuma tu lah, dalam perspektif lain, walaupun kita kebanyakkan dan kemungkinan tingginya mengharapkan rezeki berbentuk duit, sebaiknya kita takda tunnel vision fokus dekat duit semata sampai part lain tak terjaga. Yelah, apa gunanya duit berkepuk tapi otak serabut kan. Kalau duit banyak hati tenang sapa tak mau – dan itu kalau allah nak bagi, pasti akan bagi.Β 

Selingan: Shai personally percaya kalau apa yang korang nak yang jauh di sudut hati, bukan sekadar mengidam ja, somehow Shai fikir tu mungkin jentik hati yang Allah bagi nak tunjukkan yang benda tu possible untuk korang nak. Kuncinya, would you be willing to put down the work and pay the dues?

Cuma nak ditekankan sini, rezeki ada dalam pelbagai bentuk dan pada shai, ia sesuatu yang patut kita syukuri dan raikan sekali.

Bayangkan benda sekecil kalau rejeki dapat parking dekat depan pintu tesco, masa nak bayar masa tu jugak ada kaunter kosong kita boleh terus pergi ja tanpa perlu beratur lama, atau anak tak tantrum sepanjang berjalan jauh, kan best macam tu πŸ˜€

Selalunya kita tak ingat benda2 macam tu tapi bising komplen kalau benda opposite happens. Tu lah maksud Shai. πŸ˜€

Okeh, jadi bagaimana Shai menulis apa yang kita bersyukur ni

Cara Menggunakan Jurnal Kesyukuran

Dapatkan satu buku nota dan pen. Dekat daiso, kaison, atau diy banyak giler yang mur-mur dan cute dan secara tak langsung membantu kita seronok dan konsisten menggunakannya.

Set satu masa yang korang boleh asingkan dalam 10 minit gitu untuk menulis, sebaiknya waktu yang korang boleh fokus. 10 minit ja kot. Idealnya waktu malam sebelum tidur untuk menulis tapi kalau tak dan, waktu tengah hari ka, lepas semayang ka, atau masa tunggu anak nak ambil kat sekolah pun boleh. Janji tulis.

Ikut korang nak tulis bentuk format macam mana (ke korang nak tulis style karangan surat rasmi XD) tapi untuk yang nak bermula atau nak buat dengan cepat, tulis ja dalam bentuk bullet points apa yang korang bersyukur hari ni.

Tulisan tak perlu formal. Rilek2 n chill sudeh. Ni personal dan antara diri dengan Allah ja.

Contoh Shai tulis gini lah

  • Dapat makan hotdog dgn karipap ikea dengan naz sebelum beli barang dapur yang alang2 dapat kumpul 7,000 steps sekaligus
  • Senang sangat parking dekat tesco, betul2 depan pintu masuk
  • Dapat beli benda cute2 yang berkenan dekat daiso hehehe..
  • Dapat habiskan baca buku dengan konsisten (selalunya tak habis separuh)
  • Teacher puji naz behave dekat sekolah dan ikut arahan cikgu (kat rumah pandai ko mengelat nak baca buku ye)
  • Rezeki beli game yang dalam sale dalam rm30 dari harga asal rm300. Manyak diskaun woo
  • Dan boleh sedekah makanan dekat kucing

Lebih kurang macam ni lah. Benda kecik, tapi kalau fikir balik jika kita tak diberikan peluang macam ni, banyak benda terlepas/rugi kan?

Imagine tak dapat parking dekat dengan pintu masuk, imagine naz tak behave dan mengamuk2 (yang ni nauzubillah lah), imagine terlepas sale dan memang tak dapat nak beli game tu (komputer tak support pulak).. Macam tu lah, sedikit sebanyak tu rahmat allah nak bagi *sob..

Kadang-kadang, Shai gunakan jurnal ni sebagai cara nak berdoa. Ada waktu bila mode bersyukur tu kita refleksi serba sedikit mana nak kena perbaiki dan alang-alang menulis tu kita tulis apa kita perlu buat, apa yang kita nak, dsbg. Pun boleh juga tu, memandangkan Allah suka bila hambanya berdoa (paraphrase from related quranic verses)

Try lah buat. Shai dah amalkan ni dekat beberapa tahun kot dan so far, alhamdulillah yakmat so good. And i want this to stay πŸ˜€

And i want this to stay on you too. πŸ™‚

mommylotte

Nota: Ni bukan sebagai satu bentuk enabler untuk bagi peluang yang buat jahat manipulatif dekat kita. You know keadaan ni biasa: Bagi cebisan sikit dekat kita tapi nasi setalam dia sebat, lepas tu kata kita kena bersyukur. No no.. Bersyukur ni directly kepada allah ja. Dan terang2 allah tak buat macam tu dekat hambanya kan? πŸ˜‰

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge