3 Manfaat Menggunakan Google Calendar Untuk Produktiviti

google calendar

Beberapa masa kebelakangan ni ada beberapa waktu yang Shai dapati planner fizikal tak membantu, jadi jenuh gak mencari solusi kalau tak haru lah jadinya. Ya, ada masa tu keadaan tak mengizinkan untuk kita gunakan sistem yang biasa diamalkan semaksimum mungkin, jadi kenalah adapt.

Dan iye, time berkurung pun sibuk juga,kerja hadap komputer ja cuti tak cuti sama ja ha.ha.ha *sambil kesat mata

Anyway, dalam pelbagai sistem yang Shai jumpa, akhirnya ditemukan yang boleh disesuaikan dengan semua aspek yang Shai perlu uruskan secara berterusan, dan sistem itu ialah menggunakan Google Calendar

Dan Shai jumpa sistem ini (as in, macam baru jumpa walhal servis ni Google dah lama sediakan lama dah) lepas ada video naik di feed, tentang produktiviti menggunakan calendar blocking dengan Google Calendar ni (kalau nama pendek dia orang panggil gCal, similar to iCal dekat iPhone tu).

Ini videonya, dan banyak video dari Youtuber ni Shai suka dan Shai follow lah sekali ๐Ÿ˜€

Ada Shai review video2 produktiviti lain korang boleh klik sini.

Okeh, apa yang best sangat dengan menggunakan ย Google Calendar ni.

Antara Kelebihan Menggunakan Google Calendar

Boleh Gunakan Pelbagai Warna Dalam Kalendar

Ni antara feature pertama yang buatkan Shai nak gunakan app n. Sebab warna warni ni senang sikit nak nampak jenis/kategori setiap aktiviti sekilas pandang; sangat membantu untuk mereka yang banyak nak uruskan pelbagai aspek dalam satu hari, atau kurang2 beza warna ikut keutamaan. 

Sumber

Boleh Susun Urusan/Temujanji Dengan Mudah

Kelebihan kalendar ni ialah korang boleh adjust dan susun urusan ikut korang dengan mudah – feature berguna untuk yang memerlukan diri jadi fleksibel, atau lagi2 untuk sesiapa yang kadang2 ada ja tetiba urusan yang kena diselesaikan.

Boleh Sync Kalendar Di Semua Gajet

Yang n penting dan serius memang senangkan kerja yakmat.

Kelebihan feature ni korang boleh pastikan urusan tu sync dekat semua gajet yang terlibat, khususnya antara laptop/komputer dengan henpon. Macam Shai gunakan di komputer untuk rujukan utama dan kalau nak ke mana-mana, gunakan di hp pula yang akan sync ke komputer pula.

Dan banyak lagi manfaat menggunakan Google Calendar, korang boleh klik sini.

Review Shai Menggunakan Google Calendar

Pada pendapat Shai, mengunakan  Google Calendar ni sangat membantu dan menyenangkan kerja, khususnya untuk orang yang banyak pegang pelbagai aspek dalam satu masa, dan ini tak terhad pada mak yang bekerja, mak yang anak lebih dari satu pun boleh guna. 

Sebab setiap aspek ada google account dia sendiri, jadi boleh link tugas/urusan/appointment yang perlu di setelkan ikut kalendar masing2, atau longgok dalam satu tempat dengan info lebih detail, boleh refer dekat account yang terlibat. 

Contoh macam Shai buat, personal pun ada emel sendiri, blog ni emel sendiri, malah awang kecik tu pun ada emel sendiri khusus untuk tarikh penting dan jadual homeschool dia. Longgok kat kita punya kan pening pulak, jadi senang asing2 gini dan share apa yang perlu sahaja ๐Ÿ˜€

Dan Shai link dengan google app lain iaitu Tasks dan Keep untuk senang refer apa kena buat. Pendek kata, semua dah tersedia dekat app, tinggal nak buat ja.

Lupa yang ni: Korang nak masukkan goals pun boleh (senaman, me-time ka), calendar ni tolong carikan waktu sesuai untuk korang

Planner fizikal pun masih guna lagi hehe.. Buat tulis apa kena buat hari tersebut (sebab senang nak ingat, malah terbukti dalam kajian kot) selain menulis dalam jurnal kesyukuran. Pakai tangan feel sikit beb.

Tapi tu lah, khusus untuk kerja nak fefeeling pun tak boleh gak sebab kena pantas. ๐Ÿ˜‰

Semoga membantu ya. Serius, kalau korang lalui situasi lebih kurang macam Shai, try lah gunakan Google Calendar nih.

mommylotte
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge