Ibu Introvert, Anak Extrovert

Ibu introvert, anak extrovert

Shai assume, dalam banyak2 aspek penjagaan diri (yang biasa orang panggil sebagai self-care) untuk ibu, tak banyak yang sentuh tentang diri ibu tu yang kemungkinan kontra dengan anaknya. Iaitu dalam kes ini, bila ibu tu jenis introvert, tapi anak pula extrovert. Ah sudah.

Sebab apa? Orang yang introvert atau extrovert tu berbeza cara dia interaksi dengan dunia luar, dan cara dia dapatkan ‘tenaga’ atau semangat tu. Yang introvert mungkin happy duduk diam buat hal sendiri dengan hobinya manakala kalau yang extrovert ni dia suka berborak dengan ramai orang (yang ni untunglah kalau sedara mara datang hehehe).

Nota: Tak semestinya introvert extrovert ni kita kategorikan sebagai satu jenis yang mutlak sebab biasa ja kita ada sebahagian ciri introvert dan extrovert (kalau betul2 balance antara kedua ciri tu kita panggil ambivert), ciri ni kita tengok kecenderungan utama kita dekat mana.

Beza orang introvert dan extrovert; kecenderungan ke dalam (inward) atau ke luar (outward)

Jadi bagaimana, bila si ibu introvert, tapi anak pula extrovert?

Dengan permulaan kita dah kenalpasti kecenderungan kita di mana, samada intovert atau extrovert, serta aktiviti yang kita suka untuk ‘recharge’ diri.

Bagaimana Introvert dan Extrovert Recharge diri

Umumnya, yang introvert aktivitinya lebih kepada sebarang benda yang memerlukan dia masa sendirir, manakala yang extrovert lebih kepada aktiviti melibatkan orang lain, contohnya berborak, bersosial gitu. 

Contoh Shai sendiri yang introvert, Shai perlukan satu masa untuk ‘quiet’ dan menggunakaan masa/ruang tu untuk buat hobi seperti update planner ke, main the sims ke, atau baca buku.

Untuk waktu yang Shai banyak gunakan komputer boleh jadi letih satu badan kan, Shai cari satu masa untuk pergi retreat kejap dekat mana-mana air terjun, untuk rendam kaki recharge semula. 

Macam aktiviti ni, ke Sg. Chiling untuk Shai recharge betul2. Kebetulan Naz pun jenis suka benda2 alam semulajadi ni, dua2 boleh enjoy sekali 😀 Klik gambar ini untuk baca ya. Tempat ni sesuai untuk budak2

Bagi anak pula, kita dah kenalpasti Naz agak extrovert yang dia suka berkawan jadi masa nak bersosial tu dapat dah dekat sekolah; jadi di rumah kita buat aktiviti sendiri. 

Lepas korang dah kenalpasti, korang boleh cari satu masa untuk lakukan aktiviti tersebut untuk recharge. Idealnya, setiap hari kita nak buat aktiviti recharge tapi kalau tak dapat, paling3 kurang seminggu sekali pu cukup. Janji ada buat, sebagai satu masa ‘me-time’ gitu.

Kadang2 aktiviti kita nak buat pun takdalah memerlukan persediaan besar mana pun; kita boleh curi masa waktu anak tidur ke, buat hal sendiri (khusyuk main game dekat tablet, makan depan tv, atau sedang buat kerja sekolah), pandai-pandailah cari 😛

Sebab apa aspek ini Shai highlight? Sebab kecenderungan introvert dan extrovert ni, masing2 ada cara untuk recharge yang tersendiri. Dan khusus untuk ibu yang hidupnya terikat dengan rumah dan anak, mengenal pasti kecenderungan dan tahu aktiviti yang sesuai untuk recharge,bantu kita reset sikit minda dan bagi ruang untuk diri semangat semula. Nak urus rumah n anak ni komitmen berdekad jugak kot.

Apa salahnya kita asingkan masa sejam gitu sehari untuk diri sat. 😉

Nak lagi post self-care penjagaan diri, baca post tentang buat spa sendiri di rumah . 😀

Untuk bacaan lanjut untuk tips ibu yang introvert dengan anak yang extrovert, boleh baca sini juga. Apa-apa pun, mengenal pasti diri kita dan anak jatuh dalam kategori introvert extrovert sedikit sebanyak membantu untuk jaga kesihatan minda kita.

mommylotte
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge