Cara Dan Langkah Buat Spa Sendiri Di Rumah

Spa di rumah serius satu benda yang memudahkan hidup kita. Bila dah jadi ibu atau isteri, masa nak manjakan diri pun jadi kurang dah sebab dah ada tanggungjawab nak setelkan. Tapi maintenance kena buat jugak nak jaga kulit tu sebab kita ada satu ja pun. Jadi nak buat macam mana? Buat dekat rumah senang, jimat masa dan belanja.

Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah

Persediaan Untuk Spa Sendiri Di Rumah

Korang cari satu hari/masa yang boleh korang spare tanpa gangguan (at kurang2 minimum gangguan tu, kot2 ada anak nak mengempeng) dalam 3 jam gitu. Dan pada masa sama, sediakan bahan2 yang korang nak dalam β€˜rawatan’ ni, seperti dalam post ni.

Peringkat Pertama

Mulakan hari dengan minum segelas air suam dengan perahan limau kasturi. Air ini akan bantu tingkatkan metabolisme dan bagi kita segar sedikit.

Berjalan di taman ambil udara pagi dalam 30 minit dan balik. Langkah ni membantu untuk metabolisme jugak, sambil kita detoks minda dengan alam semulajadi gitu, selain pelbagai manfaat senaman lain, selain kurus.

Balik rumah, kita makan tapi dengan makanan yang sihat lah untuk terapi spa ni. Cadangan makanan yang korang boleh makan

  • Roti gandum dengan telur hancur
  • Hirisan tomato bakar dengan roti
  • Teh o halia (bagus untuk buang angin) atau teh hijau (untuk tingkatkan metabolisme)
  • Jus oren
Banyakkan makanan ini sewaktu dalam terapi. Ni baru rawatan luar dalam πŸ˜€

Peringkat Kedua

Selepas makan, kita mandi pula. Mulakan dengan skrub badan untuk detoks. Skrub sebelum mandi iaiti masa kulit masih kering sebab ia akan stimulasi aliran limfatik (yang untuk sel darah putih). Paling2 basic korang boleh gunakan loofah tu dan skrub satu badan. Atau kalautakda produk skrub badan, boleh gunakan resipi ni

Antara resipi yang biasa Shai guna

Lepas skrub badan tu mandi lah macam biasa dan skrub muka sekali. Korang kalau ada skrub muka khas guna lah atau gunakan skrub yang disebut untuk muka. Kecuali serbuk kopi, bahan lain boleh ditambah sedikit ke pencuci muka korang dan jadilah skrub. πŸ˜€

Syampu rambut dan lepas tu gunakan perapi. Kalau takda produk perapi korang boleh sapu sedikit air yang dilarutkan dengan santan. Biar dalam 5 minit gitu sebelum dibilas.

Jangan dibuat gini XD

Tip: bilas rambut dengan air garam boleh mengurangkan rambut gugur tau.

Okeh, dah habis mandi. Kita keluar dan set cerita apa nak tengok sebab kena duduk diam sekejap gak ni. Berkemban alah atau pakai baju kelawar sat.

Mulakan dengan sapu masker kalau ada produknya. Kalau nak au natural, Shai rekomen campuran serbuk kunyit dengan susu tepung (letak air sedikit demi sedikit bagi dia bentuk paste) dan sapu di muka. Kunyit ada antioksidan curcumin yang bagus untuk kulit, yang susu pula ada lactic acid yang boleh bawa keluar sel kulit mati.

Sementara bagi masker kering, campur sedikit minyak panas dengan minyak zaitun dan urut lah satu badan. Masa ni korang boleh suruh anak atau suami tolong buatkan atau mengendeng ke mak urutkan badan korang hehe (kalau suami tak dan, sponsor lah ye).. sebab nak terapi ni, kena urut bersungguh satu badan.

Takda sangat, ada pelbagai alatan yang korang boleh gunakan untuk urut badan. Urutlah sambil tengok cerita yang korang nak.

Senarai movie yang kat sini Shai amat rekomen, tapi cm berat pulak kalau nak rilek2 time terapi ni. Tapi kalau taste korang, tengok tau. πŸ˜€

Peringkat Akhir

Selesai semua. Tunggu sebelum tidur pula. Selain rutin kulit malam, korang sapu sedikit minyak zaitun di rambut, dan basuh esoknya. Esok tu rambut korang elok2 ja. Sapu krim/minyak zaitun tebal2 di tapak kaki sambil urut, esok tu lembut lah sikit kulitnya.

Dalam tempoh rawatan ni, makan yang sihat2 lah sikit macam ala2 orang berpantang. Dan juga hirisan tomato dan jus buahan segar. Ketepikan sekejap boba2 tu dulu.

Kesimpulan

Selesai dah terapi. Sapa kata mahal nak buat rawatan semua ni? πŸ˜‰

Sebab Shai sendiri biasa buat rutin gini di rumah. Takda masa/tak praktikal nak asingkan khas untuk ke urut ke apa jadi buat je sendiri. Sambil terapi boleh gak tengok netflix ke, main the sims ke ehehe..

Semoga membantu ya. Amalkan rutin ni seminggu 2x ke untuk sedikit me time.

Perasan tak kenapa asyik tulis minyak zaitun je dalam post ni? Klik sini. Korang mesti nak beli sebotol gak lepas baca post tu. πŸ˜€

mommylotte
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge