Produktiviti Dengan Video Youtube Better Ideas

Dalam blog ni korang pun tahu Shai ni semacam obsess dengan produktiviti, iaitu sentiasa cari jalan/idea untuk perbaiki sistem supaya mudahkan kerja (dan sebolehnya banyakkan masa untuk nak rehat atau buat kerja lain kalau nak). Nak jadikan cerita, salah satu video dari channel ni keluar dekat feed and what do you know, lepas tu memang hampir setiap hari tengok. Ni sebabnya.

Tak percaya Shai obsess dengan topik self-improvement/produktiviti ni? Klik tag ni.

Video Khas Yang Fokus Untuk Perbaiki Diri Dan Produktiviti

Info dan tips yang disampaikan dalam video ni selain ada lawaknya, ia straight to the point dan padat dengan pengisian (agaknya sebab tu video dia banyak pendek2 kot). Dan bagusnya info yang dikongsi tu sesuatu yang kita tak terfikir pun, dan semestinya sesuatu yang kita boleh praktikkan untuk hidup kita.

Basically, all value no filler lah video dalam channel ni.

Dalam channel ni banyak jugak video yang ada; Shai senaraikan top 5 pilihan Shai yang korang boleh tengok dan serius, top 5 ni antara yang bagi banyak impak juga dekat rutin harian, dan kita gunakan video ni dalam rutin ‘priming’ kita.

Baca sini: rutin priming dan produktiviti

Top 5 Video Better Ideas Yang Bagus

Why Your Life Is So Boring

Video ni tunjukkan bagaimana rutin harian kita yang tak berapa membantu, yang buatkan hidup kita rasa boring/tak menarik berbanding dengan orang lain. Newsflash: yang kita tengok tu dekat socmed kan? Dan video/gambar dalam socmed pun bukan realiti 100% sebab ia sekadar highlight aktiviti orang tersebut ja.

How I Tricked My Brain To Like Doing Hard Things

Video ni Shai tengok bila mula rasa malas dan takda motivasi, tu yang ras akerja mudah pun rasa berat sangat hehe..

How to quickly get out of a rut

Video ni yang pertama sekali Shai tengok masa dia lalu kat feed Youtube dan serius video ni bagus tunjukkan cara kenapa kita ada masa semangat nak buat kerja dan ada masa macam malas ya amat yang Shai adjust balik rutin produktiviti Shai. Dan ya, tips tu membantu, dengan kapasiti tempoh untuk fokus kerja semakin bertambah (ni yang actually Shai kejar sebenarnya hehe).

Why You Procrastinate So Often

Hehe..orang yang kerap procrastinate ni lah yang suka tengok video tips2 procrastinate ni. Seperti video sebelum ini, video ini juga membantu Shai untuk kurang bertangguh kerja dan kalau dikira, dah kurang secara signifikan berbanding dulu alhamdulillah.

Baca perkongsian Shai tentang ‘penyakit’ procrastinate di sini.

How To Stay Focused For Long Periods Of Time (Even On Boring Things)

Video ni Shai tengok secara berkala dan tengok tiap kali ada hari heavy-duty (hari yang Shai longgokkan kerja sekaligus untuk batching), sebagai priming untuk fokus sepanjang hari.

Kesimpulan

Itulah serba sedikit perkongsian Shai tentang channel ni. tak dibayar pun, tapi nak kongsi bagaimana ia membantu dalam rutin kerja dan harapnya bantu korang jugak. Dan ini link ke channel Better Ideas.

Korang selalu tengok video channel apa? Ada beberapa boleh kita share dan Shai start lah: selalu tengok Khairul Aming dengan Faradyable hehehe…

Share di komen ya.

mommylotte
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge