Soda Bikarbonat Dan Minyak Zaitun: Item Wajib Waktu Bercuti

soda bkikarbonat, minyak zaitun, kegunaan

Post sebelum ni yang Shai kongsikan tentang trip ke penang tu, Shai rasa sangat memudahkan kerja dengan dua benda multitasker ni iaitu soda bikarbonat dan minyak zaitun. Korang pun tahulah pesen Shai ni kalau ada benda yang serbaguna tu lah yang Shai suka hehe.

Kegunaan Soda Bikarbonat Ketika Bercuti

  • Sebagai pencuci muka dan badan dengan manfaat skrub yang mild untuk kulit
  • Sebagai bentuk ‘dry shampoo’ untuk menyerap minyak di kulit kepala. Hanya taburkan sedikit di rambut dan gosok dan bilas. Atau alternatifnya larutkan 1 sudu kecil bikarbonat ni dalam 300ml (nisbah dia kena rendah) dan spray dekat rambut, tunggu sekejap dan bilas.
  • Sebagai ubat gigi segera (malah ia membantu untuk boost ubat gigi sedia ada, atau untuk putihkan gigi secara alami)
  • Hilangkan bau hapak kasut dengan hanya tabur sedikit dan biarkan semalaman. Yelah kot2 korang trekking dengan kasut sampai berpeluh/berlumpur kan
  • Sebagai pencuci basuhan segera, untuk buat bilas2 pakaian sikit kalau urgent tak sempat ke dobi hehe
  • Sebagai penawar segera untuk sakit gastrik yang tiba2 datang. Hanya larutkan 1 sudu kecil dalam segelas air suam dan minum.  

Untuk lebih banyak senarai penawar segera gastrik, klik sini.

Kegunaan Minyak Zaitun Sewaktu Bercuti

  • Sebagai pelembab dari hujung rambut ke hujung kaki – perapi rambut, pelembab muka, pelembab bibir, malah untuk kurangkan kesan rekahan pada kaki (sapu tebal2 dan sarungkan stokin – yang bersih le – sebelum tidur
  • Sebagai pelembab dan pelindung untuk buntut anak yang masih pakai lampin
  • Untuk cepatkan kesan sunburn hilang sebab ada vitamin e yang bersifat memulih
  • Sebagai sumber lemak sihat untuk dimakan – ia bagi tenaga sepanjang hari tanpa ganggu gula dalam darah (walaupun bebenonye masa bercuti ni lah kita mentedarah ye dok hehe)
  • Sebagai penawar segera untuk yang mengalami gastrik: Sebab minyak zaitun ni bersifat memulih yang akan melindungi sistem penghadaman dan gastrik. Baca di sini

Banyak fungsinya kan? Dan dua item ni lah peberet kita di rumah dan semestinya masa bercuti. Sebab jimat ruang kot. Masa cuti konfom banyak benda nak borong balik. 😛

Apa pendapat korang, ok tak bawak dua benda ni, atau ada benda lain yang multitasking jugak? Semoga membantu ya.

Untuk post trip ke Penang yang dimaksudkan sebelum ini, klik sini.

mommylotte
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge