Melatih Anak Menulis Dengan Kertas Laminate

melatih anak menulis, homeschool, autism, fine motor skills

Cara mudah melatih anak menulis ni idea yang Shai dapat lepas fikir taknak membazir kertas untuk rutin homeschooling dengan Naz. Sebab salah satu aspek yang Naz kena perbaiki adalah kemahiran menulis dia kena latih sampai cantik sikit.

Mana taknya, sampai cikgu bagi satu plastik grip letak dekat pensil nak bagi jari jemari kuat. Dan kemahiran menulis ni berkait dengan fine motor skills and suffice to say, thereโ€™s a lot of work to do. ๐Ÿ˜€

Naz tinggal yang has shaky/weak hands tu, itu pun dah tak obvious mcm dulu lepas jenuh drill menulis

Dalam masa sama juga Shai fikir banyak gak kertas/buku yang nak disediakan untuk praktis ni, sebab kemahiran ni dia berbentuk skill yang menggunakan tenaga jadi kena buat latih tubi sampai cantik lah, macam matematik.

Sebelum ni beli buku2 latih tubi menulis (ada kat DIY, popular..) tapi tu lah, lelah kadang2 sebab nak bawa buku tu kemana-mana untuk praktis (sebelum dia moody atau letih).

View this post on Instagram

Even with school holidays still ongoing. Ummi made me to practice or learn something every day so I stay on top with my learning skills. One of them is practicing my fine motor skills by using an activity book with tracing lines, and coloring in the traced sketches. Ummi noted my fine motor skills improving greatly but she wants me to keep practicing until I get it right. I still write most words uppercase letters, and it looks pointy unnecessarily ๐Ÿ˜… I get the activity book from @mrdiy2u. They keep a high rotation of activity books for the kids (mostly at preschool levels) so ummi regularly (and happily) visit the store to check any books that can be useful for my homeschooling๐Ÿ˜Š #finemotorskills #writingpractice #vscoloring #schoolholidays #rayahaji2019

A post shared by Naz Ryan (@lifeofnazryan) on

Jadi solusinya adalah, Shai gunakan kertas laminate supaya lepas tulis dengan whiteboard marker tu boleh dipadam dan digunakan lagi. Jimat kertas aku hehehe..

Cara Mudah Melatih Anak Menulis Dengan Kertas Laminate

Tengok cara Shai buat kertas laminate ni.

Di gambar (1) Gunting kertas yang nak, seperti Shai gunting kertas 3 baris ni sebab nak latih Naz menulis. Boleh gunakan kertas lukisan untuk bagi tebal sikit

Sediakan kertas laminate tu seperti (2), gunting ikut saiz dan bagi ruang dalam 0.5 cm di setiap sisi.

Laminate dengan mesin laminate lepas tu siap lah. Tulis dengan whiteboard marker dan padam dan boleh guna balik. Jimat kan? ๐Ÿ˜€

Masak le Naz hari2 kena praktis menulis. Nak buat macam mana tangan tak kuat lagi ikut target.

Kelebihan Menggunakan Kertas Laminate Dalam Homeschooling

Selain penggunaan kertas dapat dijimatkan, ia juga bermaksud kurang sepah kertas2 tu di rumah. Takdalah berterabur kertas tu yang lepas tu yang nak menyapu maknya juga ๐Ÿ˜›

Dengan kertas laminate kosong ni ia lebih fleksibel untuk ibu2 nak tentukan hari ni nak belajar apa.

Contohnya dengan Shai gunakan ni kertas 3 baris kan, hari ni latih tulis huruf besar huruf kecik, lepas tu perkataan mudah, lepas tu ayat pendek, ataupun boleh ja ajar anak melatih tulisan jawi. Senang gitu.

Nak menulis dengan marker warna2 pun takpa malah lebih menarik perhatian anak sebab ada kontra warna dia boleh bezakan tulisan mak atau anak. Kat DIY ada standard merah, biru, hitam, hijau, tapi beli kat Daiso ada warna kuning, pink lagi. ๐Ÿ˜€

So far so good. Senang nak latih anak menulis bila2 masa di mana2 ja, lagi2 kalau dekat meja makan atau di belakang kereta instead menonong atau main kat tablet, bagi dia buat kerja menulis ni kat belakang. Dok diam sat hehe.. Takdalah nak mengangkut buku pencil box bagai.

*Shai tengah buat satu benda untuk kegunaan anak waktu travel. Nanti dah siap Shai share. Dia gunakan kertas laminate ni juga ๐Ÿ˜€

Apa Beza Dengan Latihan Menulis Dengan App Di Tablet?

Ni pun Shai ada guna juga untuk Naz cuma tak berapa berkesan jugak sebab jari dia trace tulisan tersebut, berbanding ibu jari, jari telunjuk dll pegang pensel/pen masa nak menulis tu. Rutin tu yang akan latih dan kuatkan otot2 jari anak masa menulis jadi inshaa Allah cantik lah lepas tu.

Kita nak yang samada tripod, tripod closed sebaik mungkin; yang lain tak sesuai dan boleh letihkan jari nak menulis. Kita test pun lenguh

Boleh Saya Dapatkan Kertas Laminate Ni Juga?

Nak Shai buatkan? Untuk korang boleh ja. Satu A5 ni harganya RM1 ja (postage SM RM8, SS RM10) jadi kalau nak beli banyak2 sikit (dalam 20 keping ka) untuk jimat kos pos tu – pakat dengan member pun boleh ja. ๐Ÿ˜€

Harga mur-mur ja, takat lepas kos laminate kertas semua2 tu

Oh ya, Shai guna kertas laminate yang jenis tebal dan dialas dengan kertas tebal jadi takdalah senang koyak.

Boleh nak kertas kosong, satu baris, 1 baris atau matematik (macam dalam buku tulis sekolah tu), di satu muka atau kedua2 muka, masa wassap boleh cerita.

Wassap Shai dekat 017-9153260, bagitau nak KERTAS LAMINATE nanti kita nego-nego situ lah ya ๐Ÿ˜€

Kalau nak baca lebih banyak post tentang homeschooling journey dengan Naz di sini.

mommylotte
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge