Review Penggunaan Cloth Diaper- Selepas 3 Tahun

cloth diaper, review cloth diaper, jimat duit belanja anak

Dalam bermonolog sekejap teringat masa dulu Shai buat keputusan untuk gunakan cloth diaper (CD) untuk naz. Walaupun masa tu takda duit sangat awal2 bersalin tu tapi Shai keras gak nak menyimpan duit sebanyak/seboleh mungkin sampai cukup bajet nak mulakan koleksi cloth diaper untuk Naz.

Jimat sampai rm1000, sapa tak nak kan? Baca lanjut sampai habis, ada link2 berkaitan untuk bacaan lanjut 😀

Bagaimana Asal Cerita Nak Gunakan Cloth Diaper

Dan tu salah satu sebab utama kenapa Shai berkeras nak belikan CD untuk Naz. Sebab fikir duit yang boleh dijimatkan tu boleh digunakan untuk banyak benda seperti mainan Naz (yang fokus pada motor skills tu lah), baju2 dia, ataupun saving untuk dia.

Pendek cerita, penjimatan jangka panjang, ala-ala investment contohnya. Tapi penggunaan CD ni memang investment pun, lagi2 untuk anak kedua, tiga dan seterusnya. 😀

Review Penggunaan Cloth Diaper

Peringkat awal menggunakan cloth diaper ni, bukan seperti lampin kain yang kita guna, ada beberapa rule tertentu yang kena ingat sebab material yang digunakan untuk cloth diaper ni lain sikit, iaitu bahagian dalam cover tu ada lapisan kalis air lepas tu baru ada lapisan fabrik fleece, siap dengan satu bukaan poket di dalam untuk letak insert.

Lebih kurang gini, umumnya struktur CD sama seperti gambar ni. Sumber

Insert ni lah yang ada bezanya di sini, iaitu kalau standard microfiber ni ada 3 lapisan, ketahanan dia rendah dibandingkan dengan yang jenis bamboo boleh dipakai sepanjang malam.

Dan satu hal lagi, ketahanan insert ni kena sesuaikan dengan tahap kencing pulak – kalau anak kerap/banyak kencing cepat penuhlah insert tu jadi kena ganti lain. Dari situ kita boleh agak berapa jenis dan kuantiti cloth diaper yang kena disediakan (tak termasuk emergency kot2 tetibe anak sembelit mencirit).

Fuh..duit habis dekat pos jugalah sebab first time beli ni kena bajet perhati Naz macam mana hehe..

Cara Shai Mengira Kuantiti Cloth Diaper Yang Diperlukan

Jadi Shai gunakan cloth diaper macam mana dekat Naz?

Untuk permulaan, Shai beli yang ada pakej 3 jenis microfiber. Bagi test pakai lepas tu setiap jam check lampin tu basah ke dok. Bolehlah satu lampin microfiber tu tahan 3,4 jam gitu (masa ni waktu malam atau jalan2 Shai bagi diaper biasa ja)

Corak solid warna mcm ni Shai beli, sbb ni yang paling murah hehe..Sumber

Okeh, dari situ agak2 untuk waktu siang, Shai bajet kena ada 6 yang microfiber. Malam pulak, memadai satu yang jenis bamboo sebab tahan lama.

Tu baru satu hari punya stok. Kalau nak elok gandakan stok tu untuk 2 hari punya jadi boleh basuh stok semalam, atau nak selesa sikit buat 3 hari stok pun okeh dah.

Yang special extra, bajet untuk emergency kot2 anak membuang, lagi2 kalau kena berjalan lama yang susah nak cari toilet. Gitu..

Itulah kuantitinya, rotatelah tiap2 hari sampai anak pandai kencing sendiri. Bonusnya cover cloth diaper pun boleh guna waktu anak mandi kolam so okay lah jimat baju mandi dia hehe, mahupun gunakan cover tu masa nak latih anak potty.

Ni yang Shai kata boleh pakai sampai anak nak potty, sebab butang tu boleh adjust ikut saiz. Sumber

Haruslah, nak power pada Shai adalah semuanya gunakan cloth diaper bamboo memang senang giler kerja.

Baca sini: bagaimana Shai latih Naz potty train. Naz dia mild autism jadi spesel sikit.

Penjagaan Cloth Diaper

Penjagaan ni banyak songeh sikit tapi lama2 korang dah biasa takda hal dah.

Strip Cleaning

Hat ni digunakan sebelum gunakan cloth diaper untuk kali pertama untuk buang apa2 ‘coating’ dekat lapisan kain dalam tu yang takut tak bagi air kencing tembus. Gunakan juga rutin ini dalam sebulan sekali untuk maintain lapisan cloth diaper telap air jugak.

Nak strip cleaning, hanya rendam dalam air suam dengan pencuci dia, lepas tu gosok dengan berus dan jemur.

Cucian Biasa

Kalau cucian biasa, hanya bilas lampin dan masukkan dalam mesin basuh dan sedikit pencuci. Setel.

Pencuci Yang Digunakan

Percaya tak Shai gunakan sunlight ja nak cuci lampin tu? Serius. Ini apa yang diajar dalam guide dari seller yang Shai beli cloth diaper tu. Guna sunlight pun cukup.

Iyeee…Sunlight je guna. (Sumber Tesco)

Nak pencuci power, yang nappikleen (tak ingat namanya), atau pencuci yang gunakan bahan organik.

Sebab apa? Pencuci lampin/detergen apatah lagi soflan yang biasa dipakai tu akan buat satu coating dekat lampin tu nanti air kencing tak diserap kat situ, tapi tembus keluar dan diserap kat kulit n baju korang hahaha (sori Shai gelak besau tulis ni).

Tu yang Shai keras nak sangat guna cloth diaper. Jimat dok?

Chup: Shai beli cloth diaper ni dekat seller sini2 aja jadi harga murah banget (anggaran RM20 satu keping termasuk 2 insert microfiber). Tak dan lah nak beli Lunatots ke apa.

Sekali ja merasa yang berjenama iaitu yang Rumparooz serius lawa dengan biru hijau color dia – kualiti pun tak dinafikan lah, memang lembut yakmat. Tapi satu cover RM69 nak oii..

Mcm yang ni lah, cuma tab dia warna hijau epal, yang tengah warna biru hijau,. Very minimal n chic

Kesimpulan

Awal2 memang sakit. Tapi dah lama guna baru nampak manfaatnya, sekitar anak dah habis potty train. Paling besar adalah penjimatan dari segi duit. Belanja lampin cut down habis dan duit tu boleh alir ke benda lain, atau besarkan koleksi cloth diaper korang.

Jadi Shai sendiri advocate untuk buat stok siap2 untuk anak sebelum bersalin. Jimat? Memang jimat.

Ada je yang kata malas nak basuh cloth diaper walaupun manfaat jimat tak dinafikan. Itu I tak boleh tolong lah sebab nak basuh pun boleh ja pakai mesin basuh (sekali sekala yang cucian tangan tu).

I don’t know, I just make everything work. Boleh ja multitasking sambil basuh lampin2 tu. 😀

Korang ada pengalaman gunakan cloth diaper? Cer share di sini di komen ya. 😀

Link2 berkaitan yang disebutkan tadi, ada di sini: 1, 2,

mommylotte
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge