Tips Doa Mustajab Sendiri Punya

tips doa mustajab

Tips doa mustajab berkait rapat dengan post tempoh hari yang Shai tulis tentang level up. Salah satu sebabnya dari amalan yang Shai buat harian. Ni bukan bermaksud nak kata amalan ini adalah yang mutlak nak capai hajat sebab bottom line is Allah yang pegang.

Cuma, Shai nak berkongsi apa yang Shai buat, mana tau korang pun dapat idea untuk buat sama. Ye le..takkan nak simpan sendiri kot.

Dan sebagai disclaimer juga, senarai amalan sebagai tips doa mustajab ini hasil dari apa yang Shai baca dan dapat dari pelbagai sumber termasuk yang berpengalaman yang kongsikan amalan mereka, dan Shai sesuaikan untuk diri.

Lama-kelamaan ia jadi kebiasaan dan akhirnya ada beberapa amalan yang Shai suka dan serasi, jadi seronok nak buat sampai la ni.

I guess thatโ€™s the key. Doing this amalan thing that you enjoy, yang akhirnya buat kita konsisten tu yang jadi salah satu asbab doa makbul kot. After all, kan Allah suka amalan yang beterusan walaupun sedikit?

Without further ado, ni antara amalan yang Shai buat secara konsisten.

Tips Doa Mustajab Sendiri Punya

Istighfar Dan Solat Sunat Taubat Setiap Hari

Yang ni paling pertama bagi Shai yang penting untuk dibuat. Sebab ada dosa ni pun jadi salah satu reason doa tak makbul (selain tu, makan sumber haram lah, tengok benda bukan-bukan lah). Kita pun kadang tak tau gak apa benda yang kita buat dosa, tak sedar ia berlaku jadi be safe, istighfar sebanyak mungkin, dan solat sunat taubat konsisten dibuat setiap hari.

Kan ada kisah yang ada orang ni dia zikir istighfar ja. Dan dia bagitau semua hajatnya termakbul tapi satu ja tak dapat, iaitu nak jumpa imam (hambali ke bukhari, tak ingat) tapi yang bertanya hajat lelaki tu lah imam tu sendiri < tercapai gak akhirnya.

So keyword di sini, ask Allah for forgiveness everyday.

Kalau kat manusia, kenalah minta maaf depan-depan kalau dah tau salah macam mana. Naya kena setel dekat โ€˜sanaโ€™.

Sedekah Setiap Hari

Sedekah menolak bala dan menjemput rezeki.

Simple as that, jadi tips doa mustajab power ni ialah hari-hari usahakan untuk bersedekah. Tak semestinya duit pun,; share info/ilmu, tolong atau mudahkan urusan orang pun dikiran sedekah tenaga pun akan dikira oleh Allah.

Cuma ikut apa Shai belajar, sedekah tu biar padan dengan apa yang kita ada.

Ko ada RM50k gaji bulan tu ko sedekah 50sen sahaja tu kurenglah rasanya kot. Satu lagi, lepas sedekah tu let go ja, biar Allah nak bagi balik bila. Jangan sedekah sibuk kira return rate berapa atau expect tarikh nak mai (amboii..). Investment stail mcm ni special sikit, Allah ja tentukan when and where.

Tahajud Setiap Hari

Satu lagi tips doa mustajab yang Shai belajar ialah waktu tahajud ni special sebab ia waktu mustajab doa, hadiah Allah nak bagi untuk hambaNya yang tidur lepas tu paksa diri bangun pagi-pagi buta tu nak solat dan berdoa dekat Dia. Macam manalah Dia tak sayang woo..

Kalau first timers, set alarm dan tidur awal sampai tubuh otomatik boleh adjust circadian clock untuk bangun awal pagi ๐Ÿ˜€ Rugi tau kalau tak buat.

Klik sini untuk info lengkap tentang solat tahajud.

Set Satu Amalan Yang Nak Dibuat Konsisten

Yang ni very subjective sebab ni apa yang Shai alami sendiri. Sure, berlambak tips menjemput rezeki yang ada dekat internet, samada dari artikel lain mahupun tips dari jutawan tersendiri.

Pada Shai, kuncinya ialah amalan yang kita buat tu diamalkan sampai terbiasa, sampai serasi < tu yang buat kita buat dengan konsisten, dengan senang hati. Dia ada rasa vibe lain berbanding amalan yang kita ikutan sahaja.

Dan amalan ni boleh merangkumi zikir nama2 asma-ul Husna, set doa, solat-solat sunat. Ikut koranglah macam mana. Itu yang ada dhuha 2 rakaat, solat hajat 4, atau ada tahajud sampai 12 rakaat, zikir total 100 sehari, atau zikir sampai 3000x sehari. Again, ikut korang. ๐Ÿ˜‰

Klik ‘2’ di bawah untuk ke page seterusnya

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge