Review Herbal Essences: Sale Dari Watson Dan Guardian 2019

Review Herbal Essences

Tempoh hari yang Shai kongsikan tentang upgrade diri, dalam erti kata dalam hidup ada fasa yang kita kena level up, ni lah salah satu rewardnya; dengan beli apa yang aku nak masa sale hehehe….

Tak tahulah mana datang angin dan ributnya, tapi timing Allah bagi perfectand convenient for me to spend something that I love without worry (okay, slightly less worry sebab kita ni jenis asal boleh nak berjimat), dengan bertubi-tubi sale sebelum raya.

Asal Nak Tengok, Jadi Terbeli

Yang pertama tu sale dari guardian, beberapa hari trending tentang shampoo Clairol Herbal Essences untuk tiap-tiap isu rambut yang ada. Nak-nak pula sale dekat hair care collection depa yang high range, memang terliu nak beli tapi tulah, still luar price range kita bajet dan jenuh pula fikir alternatif lain untuk isu yang kita hadapi.

Asbab ‘level up’ yang kita lalui, rambut banyak giler gugur sebab letih bekerja (in a way, grateful sebab I’m happy doing it, but the energy drained jugalah). untuk diri satu hal, dan penat nak menyapu kot. XD

So, berat hati biarkan dulu lah sekejap shampoo tu, set apa yang nak beli (walaupun ikut hati aku nak borong semua sebab baunya sedap masha Allah).

Walaupun tak pernah cuba collection tu tapi kita memang trust dengan jenama ini sebab pernah pakai masa sekolah rendah, then menengah, then sekarang konsisten dengan result yang dia nak bagi (kalau purifying, dia cuci lah kulit kepala tu; hydrate amat lembutkan rambut; kalau volumizing, memang nampak added volume dekat rambut tu; tambah pula baunya ya Rabbi sedap betul tu).

Guardian Buat Sale

Anyway, nak dijadikan cerita guardian buat sale dekat semua hair care products dia termasuklah yang Herbal Essences tu. Aku apa lagi, guardian dekat bawah rumah ja terus bersiap dengan baju rumah (tudung bawal yang dijahit untuk dipakai tudung sarung) dan duduk dekat kedai tu 20-30 minit membelek setiap shampoo yang ada.

50% diskaun beb.

Shampoo dari RM30 jadi RM15, sapa tak nak. Shampoo pulak kalau pakai elok-elok tahan sampai setahun lebih (syampu anti-kelemumur yang pakai kerap pun tahan selama mcm tu, sebab tuan takat 50 sen gitu pun cukup ja, janganlah pakai secawan syampu setiap kali nak guna).

Belek punya belek (sambil terliur tengok yang moroccan argan oil shampoo tu) I settled on with Herbal Essences yang strawberry and mint (shampoo and conditioner) untuk treat nak wangi-wangi strawberi, dan argan oil conditioner utk repair sebab rambut memang kering kat hujung (udara kering dan stress), dan borong sebotol syampu anti-kelemumur sebab kerap gatal kulit kepala.

Review Herbal Essences strawberry mint argan oil
Klik untuk besarkan

Sangat2 happy sebab rezeki lebih boleh merasa syampu mahal sikit ni hehe..alhamdulillah.

Verdict Review Syampu Herbal Essences

Strawberry And Mint

Beli yang syampu dan perapi ni, benda pertama ialah bau, memang semerbak strawberi nya sampai yang white mint tu entah ke mana. Semerbak tapi tak overpowering, think like body shop punya perfume vanila ka, strawberry dia ka, kandungan baunya macam tu lah. Atau analogi lain kopi o cukup gula dan kopinya, bukan kopi o dengan gula sampai 10 sudu – tu baru jadi cloying baunya.

Review Herbal Essences strawberry mint argan oil
Sayang punya pasal, tulis tarikh mula pakai syampu nak bajat berapa lama dia tahan hehe..

Penggunaan pertama dengan syampu digosok betul hasil akhirnya memang lembut rambut lepas dikeringkan. Fungsi syampu ni clean, memang clean lah rasa kulit kepala tu dia cuci. Cuma dengan syampu, bau buah tu tak lama, kejap tu hilang dah.

Nak bagi tahan lama, berkesan dengan perapi tu, bolehlah sehari dua tahan. 😀

Kalau yang conditioner argan oil guna sekali ja saja nak test. Baunya mcm kasturi, nutty notes. Very mature in my opinion. Tak boleh review sebab tak komprehensif sangat maaf ya. Mungkin review di sini membantu untuk korang decide.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge