Tips Alami Untuk Rawat Rambut Gugur

tips rambut gugur, rambut luruh

Isu yang Shai alami kebelakangan ini, rambut gugur meraban sampai leceh nak menyapu. Rambut yang gugur tu sebenarnya normal, kalau takat sehelai dua sehari tapi kalau berpuluh yang luruh dan senang tercabut dari akarnya bila kita sikat tu masalah namanya. Tu lah, likely sebab sibuk bekerja kebelakangan ini (perasan tak Shai tak update setiap isnin sebelum ni?)

Jadi punyalah nak cari solusi Shai google dan pinterest untuk apa-apa tip DIY/natural yang boleh diamalkan. Shai punya pesen ni, sebolah-boleh nak buat sendiri tanpa rely kepada produk (entah, rasa seronok buat sendiri punya kalau boleh). akhirnya, Shai jumpa solusi yang mudah, menggunakan bahan-bahan yang dah sedia ada di rumah.

Rawat Rambut Gugur Dengan Minyak Alami

Resipi yang dimaksudkan adalah campuran minyak zaitun, kelapa, dan juga minya castor. Perfect! Shai cerita serba sedikti kebaikan tiap minyak yang digunakan ni:

Minyak kelapa ni ada sifat melembutkan dan ada komponen anti-bakteria yang membantu untuk kuatkan akar dan struktur rambut, dan bunuh kuman yang menyebabkan kita kelemumur dan gatal kulit kepala.

Minyak zaitun pula memang sifatnya memulih, anti-inflamasi, dan nourishing dekat rambut. Jadi apa-apa yang tak kena dekat rambut tu, dia pulihkan lah.

Minyak castor pula, sifatnya juga nourishing (umumnya semua minyak begitu), selain sifatnya sebagai carrier oil, untuk menghantar nutrisi ke rambut dengan efektif. Alang-alang ada Shai tambahkan je lah dekat sebatian ni hehe.

Dah macam iklan rambut gamaknya penjelasan kebaikan minyak ni. XD


Cara Penyediaan Minyak Anti Rambut Gugur

Shai tak ingat nisbah/kuantiti sebenar sebab jujurnya, main campur ja dekat botol yang ada. Sebagai guide, guna nisbah 1:2:0.5 untuk minyak kelapa:zaitun:castor. Kalau rambut korang banyak kelemumur/gatal sangat, double ja lah minyak kelapa tu.

Minyak castor tu wajib ke?

Tak wajib, memadai dua minyak pertama tu, yang lebih penting dalam selesaikan isu rambut gugur berlebihan ni.

Cara Penggunaan Minyak Anti Rambut Gugur

Shai gunakan waktu malam, lepas mandi, syampu rambut (sebaiknya syampu anti-kelemumur tu) dan keringkan rambut tu, lurutkan minyak ke rambut, cover setiap helaian dari kulit kepala sampai ke hujung. Gunakan minyak sikit2 (nak elak membazir) dan tambah bila perlu. Urut kulit kepala tu sekali.

Tidur.

Esok tu syampu sikit rambut tu buang minyak yang dilumurkan. Elakkan biar seharian sebab minyak berlebihan, dengan minyak semulajadi kulit kepala kita, bercampur dengan kuman yang ada, udara dll, makin gatal kepala tu.

Amalkan selang dua hari. Hasilnya, struktur rambut lebih kukuh dan lembut beralun (baca ikut ayat iklan).

Serius, tu yang dapat lepas amalkan minyak campuran ni. Rambut gugur kembali ke kadar asal ja, tiada masalah.

Ada orang nak marketkan resipi ini? Buat lah tau serius menjadi, inshaa Allah. Shai rekomen tambah rosehip utk extra boost kepada rambut. Takda rosehip sebab supplier tak hantar, hanya minyak kelapa ja heh hehe.

Lupa, satu lagi dalam merawat rambut gugur, gunting rambut sekali secara berkala untuk trim split ends dan bagi dia behave elok2 rambut tu. Baca di sini tips gunting rambut layer sendiri dengan mudah 😀

Tambah sekali EO dalam resipi ini utk manfaat tambahan 😀

Semoga membantu!

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge