Tips Untuk Memudahkan Homeschool Dengan Anak

homeschool, tips homeschool, tips mudah homeschool

Tips untuk memudahkan homeschool ni banyak dikongsikan dalam banyak artikel dan pada Shai personally, ia bergantung kepada apa yang kita ada, dengan peel anak kita sendiri.

Idealnya mestilah boleh spare fulus untuk alat-alat homeschool dengan tutor di rumah ye dok; tapi takpa, dengan effort ibu bapa nak homeschool anak (tak kira dia sekolah atau tak) pun boleh bantu anak dalam akademiknya jugak. 😀

Tambahan pula, Naz ni autism jadi kena extra sikit effort nak ajar dia sampai ingat. Pada Shai sama ja macam budak2 lain, cuma for autism kids kena lebih sikit sebab wiring depa tak sama.

Dan khusus untuk naz, dia cepat tangkap pattern dalam matematik dan membaca. Dan dia suka hasilkan something dengan idea dia mahupun melalui tiruvasi. Cuma bab kefahaman/comprehension tu (as usual with most autistic kids) dia ambil secara literal.

Lambat sikit lah kot nak faham komponen sastera dekat sekolah nanti hehe.. Apalagi kalau nak berkias dengan dia. XD

Gila apa aku nak ajar anak macam style Nazi XD

That said, dalam nak homeschool anak pun tak seharusnya membuatkan kita bertambah penat. Nanti tak capai target sebab dah penat dan moody alamatnya takda mood nak mengajar anak pulak.

Diorang pulak yang bosan.

Jadi, ni antara tips yang Shai gunakan sebagai tips untuk memudahkan homeschooling dengan Naz.

Tips Untuk Memudahkan Homeschool

Adakan Plan Siap2

Paling asas, adakah sediakan satu plan (kasar dan halus) dalam homeschool anak.

Dari plan ni boleh lihat tahap topik yang senang ke susah, kenalpasti tang mana anak kena praktis lebih, dan set target ikut mingguan ke tahunan, malah waktu bila dia boleh baca buku (dan berapa lama) yang boleh sesuaikan dengan masa satu keluarga. < ni kena lain sikit ikut umur dan level anak dekat mana.

Paling penting: set berapa masa untuk anak secara tetap dan pada masa sama minimumkan masa tu sehingga yang paling optimum. Macam Naz boleh fokus one time 10 minit ja satu sesi.

Jadi Shai buat 10 minit pagi (kalau hujung minggu), tengah hari, petang, dan malam. Jadi dia tak penat, dan boleh kira 40 minit belajar dalam sehari. Tu lagi efektif dari 40 minit straight. Sambil2 tu slow2 increase the time span. 😀 Atas anak, tengok berapa lama dia boleh fokus.

Shai gunakan silibus aliran perdana (mintak cikgu whatsapp gambo buku teksnya; canggih la ni) dan gunakan sebagai baseline untuk perincikan homeschool plan Naz. Senang dah tak pening, tinggal cari dan sediakan material ja, dan tambah silibus jika ada.

Haruslah, untuk budak2 paling2 basic ialah mereka mahir kemahiran 3M: membaca, menulis, mengira. Ilmu lain akan ikut selepas tu.

Macam Shai buat, ni tracker khas untuk tengok perkembangan homeschool Naz. Nampak banyak tapi benda boleh siap dalam 3,4 minit ja. Janji dia buat dan konsisten, untuk ingat. 😀

Gabungkan Pembelajaran Selagi Boleh

Nak senangkan kerja mak pak gabungkan subjek kalau ada can. Contohnya untuk Shai, alang2 baca jawi, praktis terus tulis jawi untuk dia lebih ingat, DAN pada masa sama nak tulis jawi tu latih dia dari tulis besar2 sampai ke huruf2 kecil untuk latih motor halus dia (n tulisan cantik sikit).

Dan kebiasaanya, Shai rancang homeschool ikut apa dia belajar kat sekolah; macam jawi tadi, buat masa kat kelas ada belajar agama pagi tadi. Dapat sambung flow belajar subjek tertentu dah instead nak warmup balik hehehe..

Latih Anak Membantu Mengemas Rumah

Satu lagi tips yang akan membantu ibu bapa menguruskan homeschooling anak ni, adalah dengan melatih mereka sekali dalma aspek mengemas rumah.

Mana-mana tugas yang diorang boleh handle yang sesuai dengan umur/kapasiti mereka, minta diorang jaga part tu, sambil latih tugas lain untuk bagi lebih mahir nak uruskan rumah.

Pada Shai personally, ikut jantina dulu (sebab wiring ikut jantina pun ada berbeza) sebelum expand ke tugas yang biasanya diuruskan oleh jantina lain. Contohnya yang perempuan urus hat dapur, yang lelaki toilet. Lepas dah pandai swap sikit tugas antara dua ruang rumah tersebut. 😀

Since Shai masih anak sorang lagi, Shai bagi Naz handle beberapa tugas yang dia boleh buat, seperti simpan kasut dalam rak, letak pinggan mangkuk dia ke sinki lepas habis makan, dan tolong angkat baju.

Selain membantu mereka pandai bawa diri bila dah dewasa nanti, membantu ibu bapa mengemas juga buat dia rasa diperlukan keluarga, lagi-lagi bila ibu bapa hargai tugas yang mereka buat< Shai tak ingat baca di mana, tapi ia berkesan. 😀

Belajar Melalui Pelbagai Medium.

Bagi anak tak bosan dengan belajar melalui pelbagai medium seperti youtube, taman kat luar rumah, malah dalam video game kalau ada. Sedikit sebanyak anak akan fikir ilmu yang dipelajari ‘wujud’ dekat dunia luar dan tak terhad dekat buku ja.

Dan senang nak ingat ilmu tu sampai bila-bila. 😉

Bagi Anak Alert Dengan Rutin Baca Buku

Yang ini perlu agar anak boleh expect apa subjek homeschool kena buat hari tu, selain melatih dia untuk ikut rutin pembelajaran dengan konsisten.

Adakan Satu Hari Atau Masa Untuk Rehat

Rehat ini juga salah satu komponen wajib dalam pembelajaran, untuk rehatkan otak sat sebelum sambung belajar.

Aktiviti semudah jalan2 dekat taman ambil angin pun dah cukup. Untuk Shai, wajib setiap hujung minggu pagi2 kami keluar pergi taman, bagi Naz lari dan main tanah, so to speak. Bagi je dia lari sampai penat, berpeluh dan tangan kotor, sambil2 maknya workout berjalan laju untuk maintain kurus hehehehe..

Atau kurang-kurang kalau hari terik, lepas balik sekolah, lepas makan solat pergi kolam dekat rumah bagi Naz mandi sekali.

Nak lagi best, bawa pergi air terjun panjat bukit dan mandi. Konfom balik semua pancit. XD

Kesimpulan

Ini antara yang Shai amalkan dalam tips untuk memudahkan homeschool dengan Naz. Selain nak bagi dia cepat catch up dengan pelajaran di sekolah, alang2 boleh dia overlearn suapay dia pro dan secara tak langsung memudahkan kerja untuk dia kejar apa yang dia minat. 😀

Semoga membantu tips ini ya, pakat-pakat share untuk anak2 kita homeschool jugal. Nanti Shai boleh share pelbagai tips homeschool lain. Ada juga sedikit sebanyak share dekat ig awang ni punya, boleh klik sini. 😀

Sumber:1,2, pengalaman sendiri

Nak lagi pelbagai post tentang homeschool awang ni, klik sini ya.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge