Post tutorial mekap cepat untuk yang sibuk ni, khas untuk korang yang rasa ada keperluan untuk bermekap. Sebab untuk perempuan, nak bermekap itu adalah satu kewajipan, kurang-kurang dengan pakai bedak dan sedikit tinted lip balm pun dah cukup. Bukan apa, tak pakai mekap nanti nampak pucat dan sememeh tak elok pula. Good impression still penting uolls.
Jadi yang bermekap ni bukan sekadar nak melawa dan perabis pelbagai produk mekap ya. Bak kata Bobbi Brown – pengasa natural makeup look masa 90-an:
Makeup should be enhancing your features.
Without further ado; Shai kongsikan tips mekap yang simple, yang Shai juga sendiri amalkan (sebab sibuk dengan kerja, rumah, dan anak kot). 😀
Tips Untuk Mekap Cepat Untuk Yang Sibuk
Penggunaan Pelembap, Primer, Sunscreen
Langkah paling2 penting adalah pastikan kulit dah prepare betul2 dengan penggunaan pelembap selepas cuci muka tu. Pelembap ni berfungsi untuk bagi kulit cukup air dan kelembapan – kalau tak kulit jadi kusam dan kering. Macam kita kena minum air lah, cuma kelembapan ini datang dari luar, dengan kita sapu pada kulit kita.
Rule paling utama, pastikan moisturizer yang korang pakai sesuai dengan jenis kulit korang, dan ratakan pada keseluruhan kulit sehingga serap sepenuhnya sebelum langkah kedua (biasanya dalam 30 saat gitu serap habis lah). Baca post dari Huda Beauty , atau Shai baru tulis tentang pemilihan jenis pelembap yang sesuai ya.
Pengunaan primer bergantung jika perlu iaitu samada ada banyak tanda cela yang jelas atau nak cepat dan sekaligus boleh gunakan primer yang ada sekali formula moisturizer. Suncreen pula amatlah wajib untuk perlindungan dari cahaya matahari; walaupun produk mekap korang ada sunscreen pun, ia tak berapa efektif ya.
Penggunaan Concealer, Bedak Asas
Gunakan bedak asas sebagai bedak seluruh muka. Dan bergantung kepada jenis foundation yang korang pakai, mungkin memerlukan bedak debu sekali untuk lapisan seterusnya (foundation jenis cecair atau stick melekit kot).
Concealer juga wajib, digunakan sebelum bedak asas sebab formula dia lebih pekat (kalau dah kalut sangat nak pakai satu muka pun boleh, tapi kena sapu nipis yang amat lah). jangan risau, yang tutorial mekap yang pakai concealer satu muka, ia salah satu teknik contour ja. Kita nak mekap cepat, tak perlu nak contour2 sangat. 😛
Begitu juga dengan pelembap, wajib gunakan jenis foundation yang sesuai dengan jenis kulit ya.

Penggunaan Alat Berus
Walaupun penggunaan berus macam nampak renyah, tapi kalau nak mekap elok dalam sekali application, elok pakai berbanding span yang tersedia dalam bedak compact tu.
Letak berus2 tu tempat senang dicapai setempat ja, balik baru basuh. 😀

Untuk post lebih terperinci berkaitan penggunaan berus mekap, klik sini ya.
Penggunaan lipstick
Pendapat Shai khusus untuk mekap yang cepat ini adalah penggunaan lipstick yang warnanya sesuai, cukup untuk highlight feature muka dengan quick. Serius, kalau nak cepat hanya swipe sedikit lipstick pun cukup.
Nak highlight feature mata pula makan masa, mana nak sapu base eyeshadow, mana nak pakai eyeliner lagi kan.
Senang, hanya pilih liptsick yang jenis biasa twist tu (berbanding jenis berus2 ambil masa nak buka, pakai, dan simpan), warna yang sesuai dengan kulit dan ikut mood korang dah setel. 5 saat boleh siap.
Alternatif terbaik selain creamy lipstick jika takda, tinted lipbalm adalah yang terbaik. Boleh baca sini resipi tinted lipbalm Shai buat sendiri.

Penggunaan Mekap Lain Seperti Blusher, Bronzer
Untuk tambahan seperti blusher, bronzer, malah highlighter; kalau sempat, pakai lah. Simple. 😀
Practice!
Haruslah, jika ada masa boleh luangkan dalam 10 minit gitu untuk berlatih mekap dan tentukan nak mekap di mana dan cara simpanannya. Masa nak kalut baru nak practice atau cuba sesuatu yang baru tu idok lah, memang tempah nahas namanya XD
Video Tutorial Mekap Simple
Untuk memudahkan korang lagi, Shai kongsikan video mekap yang boleh dipakai dalam 5 minit ja. Shai dah tengok sampai habis video2 yang ada, dan ini antara yang terbaik. Sebab senang dan produk yang digunakan biasa dicari ja (kat watson berlambak).
Video ini cover keseluruhan muka, termasuklah nak kemaskan bulu kening etc sekali. 😀
Yang ni fokus kepada muka ja. Jadi lepas tu calit lipstick kira complete terus dah. 😀
Semoga membantu korang dalam mekap cepat2 ini ya. 5 minit pun boleh setel punya, and still masih melawa. Jangan buat macam gif bawah ni dah lah; melawa bukan main, dalam mimpi ja. XD

Pakat2 share untuk manfaat kawan2 sekerja atau geng yang sentiasa sibuk ya. 😀
Sumber: 1
4 Comments
Dulu sebelum reti nak mekap2 ni..k.fiezz guna bedak kompek & lipstick je..tapi lepas dah pandai sikit2 main conteng2 ni..tu diaaa, barang mekap..kemain berderet nak pakai sebelum keluar gi kerja atau jenjalan..haha…ngan primer la, moisturizer la..pas tu loose powder, pensil untuk kening, eyeliner, eyeshadow, blusher..pfffttt..bila dah terjebak dengan mekap ni,kalau tak mekap time keluar..rasa muka cam tak siap je..haha
Best mekap2 ni😬kita takat hadam teknik/ilmu ja lah dulu. Tunggu banyak masa sikit berlambak lah palette kita borong
wow menarik..dh lama teringin nak belajar makeup..biasa sapu bedak dgn liptick je..hehe
ciktombaru je tulis PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA TERBAIK DI MALAYSIA
Sama lah kita Hehe..rupanya boleh ja, dlm 5 minit pun boleh setel semua step mekap