Diet Rendah Karbo: Review Shai Mengamalkannya

diet rendah karbo, turun berat, diet mudah, diet atkins

Post personal yang Shai review sendiri, bagaimana dan  mengapa Shai masih amalkan diet rendah karbo sehingga hari ini. Serius, tak stop dan tak rasa nak stop sampai bila-bila pun.

Asalnya Mengamalkan Diet Rendah Karbo Ni

Shai mula amalkan diet rendah karbo ini kira baru jugalah.Sebab dari kecil dah terbiasa dengan diet2 comfort foods ni, amalan makan di luar dah biasa sangat, dan kami akan makan di kedai mamak biasanya, dengan lauk-pauk yang biasa dimakan ialah nasi (sebukit satu pinggan), ayam goreng, kuah kari, dan kalau nak merasa sikit, sotong goreng.

Takda sayur sikit pun.

Di rumah pun lebih kurang sama ja lauknya, dengan sarapan atau makan malam ketika lapar; fast food diambil, sayuran dijauhi dan buah-buahan pula jarang ada kat rumah.

Dan Shai makan cara macam ni, dekat 15 tahun jugalah (tolak waktu kecik baru lahir manalah makan benda2 gini lagi hehehe).

Lauk macam ni lah yang Shai biasa makan bila di kedai mamak. Fuuhh.. Sumber: Sinar Harian

Sehinggalah sampai satu masa terjumpa ketumbuhan (rezeki sungguh), yang buat Shai panik dan seterusnya kena refer di hospital untuk appointment setiap bulan sampai conform ia sekadar ketumbuhan abnormal ja.

Alhamdulillah bukannya kanser.

Dalam tempoh berbulan2 sampai nak tunggu confirmation result tu, memang bagi impak besar dalam mindset Shai. Dan start dari appointment kedua gitu, terus mula lah nak ambil sayuran sikit dalam lauk tengah hari tu.. akhirnya. 😛

Solusi Untuk Berdiet Dengan Takda Duit Sangat

Lepas zaman tu, Shai tak dapat nak amalkan diet rendah karbo dengan sempurna sebab masa tu takda duit sangat; maklumlah baru nak menapak bina hidup. Jadi solusinya adalah Shai amalkan nasi separuh sahaja, makan jamu untuk detoks dan beri tenaga (mur-mur dekat mydin ja) dan pastikan untuk bersenam 7 hari seminggu supaya stamina dan kapasiti minda maintain.

Manfaat Diet Rendah Karbo Dari Pemakanan

Manfaat yang dimaksudkan, Shai dapat apabila tubuh telah terbiasa dengan diet ini, dan pastinya ia akan memberi manfaat untuk jangka panjang.

Tak susah mana sebab Shai amalkan diet rendah karbo yang sesuai dengan keperluan diri, iaitu atkins fasa 4 sehingga hari ini. Dan dalam level ini, dah boleh dah makan nasi, asalkan korang makan dalam kuantiti yang tak menyebabkan berat badan naik je lah.

Manfaat Diet Rendah Karbo Dari Segi Tenaga

Yang aspek ni Shai sangat2 ambil berat sebab kerja dan urusan Shai yang pelbagai memerlukan Shai untuk sentiasa bertenaga. Tak mau lemau2 sampai tak larat sangat nak buat kerja. Kalau makan terlalu laju atau banyak, sat lagi konfom mengantuk sebab blood sugar dip namanya.

Kesan blood sugar yang naik mencanak selepas makan yang jenis tinggi nilai glisemiknya. Sumber: https://drruscio.com/

Sebab itu, nasi dan segala benda manis Shai ambil sikit2 gitu lah buat lepas gian. Tak sebanyak dan sekerap macam dulu. Bagus jugalah kot, sebab rasa ketahanan kepada benda manis macam masa muda2 semula.

*aiseh..rasa gian pulak nak minum pepsi blue. Dah tak jual kan air tu haha..

Ada lagi ke air ni ek? Sumber: google

Nak buat macam mana..lebih baik sekarang pantang dan boleh merasa sampai tua, dari dapat diabetes,tak boleh makan langsung kan?

Manfaat Diet Rendah Karbo Dari Segi Kos

Dari kos pula, Shai dapati ia aspek yang kita tak terfikir sangat. Yalah, lauk-pauk nak beli agak tinggi kosnya berbanding sepinggan nasi ja kan. Jadi Shai hadkan pengambilan lauk pauk macam ayam/ikan dan sebaliknya lebihkan sayuran dan telur rebus.

Kesimpulan

Kesimpulannya, diet rendah karbo tetap menjadi pilihan kepada Shai, sebab manfaatnya lebih besar berbanding kos dan lelahnya nak berterusan berdiet cara ini sampai masuk kubur nanti, sebab rule nya amat mudah iaitu pantang karbohidrat ja.

Dan bukannya haram terus any comfort foods pun, kalau 80-90% diet sihat, baki tu apa salahnya merasa. 😀

Semoga review ini, sedikit sebanyak membantu korang untuk decide, samada diet rendah karbo ini sesuai dengan lifestyle dan bajet korang. Lagi-lagi yang ada risiko kencing manis dan/atau kanser macam Shai. Inshaa Allah ia membantu korang, macam ia membantu Shai.

Sumber: pengalaman sendiri jek. Untuk blog post yang lebih detail dana blog kesihatan Shai buat, klik sini ya (senang nak asing kan).

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge