Post ini juga sedikit sebanyak untuk kongsikan planner setup yang Shai gunakan sekarang ini iaitu planner saiz A6, berbeza dengan saiz regular mahupun A5 sebelum ini. Dah berapa lama pakai ni best pulak, jadi Shai kongsikan ikut pengalaman sendiri, sedikit sebanyak boleh bantu korang buat pilihan untuk tentukan saiz planner korang sendiri.
Mengapa Planner Saiz A6 Adalah Yang Terbaik
Saiz Yang Tak Terlalu Besar, Mahupun Kecil Untuk Kegunaan Harian
Saiz kertas A6 ni dikira sebagai planner saiz kecil, kategori sama dengan saiz pocket, personal, passport, mahupun mikro (ada tak orang pakai saiz cinonet ni?), cuma ia at the end of the spectrum lah.
Saiz ini tak besar mana, tak kecil mana menjadikan ia sesuai untuk digunakan untuk harian (yang biasa orang panggil sebagai Everyday Carry atau EDC). Boleh lah nak tulis secukupnya apa yang nak dibuat dalam seminggu tu, melainkan tulisan korang sebeso font size 48. -.-

Dimensi Lebih Kepada Lebar, Dan Tidak ‘Narrow’
Kalau di ikutkan saiz A6 ni macam saiz A5 juga, dimensi panjang dan lebar dia macam nak ke segi empat sama, ada balance dekat situ, berbanding dengan saiz popular iaitu Traveler’s Notebook Regular Size yang lebih memanjang.
Jadi nak menulis pun ruangnya sedap lah sikit sebab ayat kita tulis pun dari kiri ke kanan (vice versa kalau korang tulis jawi sekali) berbanding menulis dari atas ke bawah ye dok.
Lebih Mudah Dibawa Ke Mana-Mana
Planner saiz A6 juga lebih kecil dan mudah di bawa ke mana-mana. Boleh sumbat dalam handbag tanpa ganggu ruangan lain, malah kalau korang takat guna 1 buku nota saiz tu ja, boleh selit elok dalam poket.
Boleh Dijadikan Sebagai Fungsi Wallet
Dengan planner saiz A6 ini juga korang boleh add-on ia sebagai wallet, siap dengan slot untuk kad, duit tunai dan syiling sekali dengan buku nota korang untuk mudahkan selonggok.
Macam contoh planner ni yang Shai berkenan, Foxy Fix Spice Couture ni dia ada slot duit kertas dekat belakang, dengan poket2 sekali buat selit kad.

Pesaing paling dekat adalah saiz pasport yang juga boleh dibuat sebagai dompet, diikuti saiz poket, dan saiz regular sebagai purse besar mahupun clutch. Saiz A5 buat walet tak pernah dengar lagi.
Saiz Kertas Yang Lebih Mudah Didapati Dan Juga Mudah Dibuat Sendiri
Yang paling Shai suka dengan saiz A6 ni, ialah kertasnya lebih mudah didapati dan juga boleh dibuat sendiri. Kertas A4 tu lipat ja 4x dah boleh dapat 4 muka saiz A6. Setel satu hal tak payah risau insert/buku nota saiz yang tak berapa biasa didapati di sini melainkan kedai buku (online/offline) yang khas.
Kesimpulan
Ikuti kelebihan yang ada tadi, planner saiz A6 adalah yang terbaik untuk Shai, dan pasti sesuai untuk korang juga. Untuk konfom serasi saiz/sistem planner tersebut untuk korang, beli ja buku nota saiz tersebut dan pakai untuk seminggu. Kalau mudahkan kerja korang planning and doing works, there’s your answer. 😀
Percayalah, ni dari pengalaman orang yang super cerewet sebab malas nak fikir buat kerja 2,3 kali lepas tu haha.
Untuk bacaan lanjut, korang boleh tengok link sini yang pasti membantu korang.
Planner setup Shai dengan Traveler’s Notebook regular size (masa ni excited sebab akhirnya dapat ‘planner peace’ melalui sistem TN ini)
Cara membuat Traveler’s Notebook sendiri, tanpa menggunakan banyak belanja (tak semestinya kena kulit yunk)
Perbandingan dan panduan memilih planner yang sesuai dengan keperluan diri
Sistem nota yang Shai gunakan iaitu bullet journal. Simple n ikut suka hati korang sebenarnya.
Dan juga akaun IG Shai buat khas untuk planner memplanner nih. XD Klik sini untuk follow ya.
1 Comment
Perkongsian yang menarik dan tips dalam memilih planner
aRzMoHabaru je tulis PENGALAMAN & CABARAN CIK PUTERI KANAK-KANAK 6 TAHUN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN