Tak nak cerita panjang; Shai tengah mencari untuk kumpul koleksi Doraemon cerita pendek (1-45), Penyiasat Remaja yang first volum, serta Sailormon (1-18). Kalau ada nak jual, mari lah bagi Shai beli. :_)
Impian mengumpulkan komik ini dah lama sejak dulu lagi. Yelah, masa tu nak beli kena tunggu ikut bulan, dan kemudiannya kena ikat perut dengan duit rehat nak beli komik. Dan hanya 3 siri ni ja Shai aim nak kumpul.
Wishlist sejak 1999. Tolonglah sesiapa sudi untuk jualkan kepada Shai. Takda kulit pun takpa, janji dalamnya boleh dibaca, dengan harga munasabah. 😀
Cepat2 beli masa kilang Tora Aman nak tutup, itu pun tak full collection huhu
Ada shot ni. iaitu doraemon vol: 5,6,7, 24,25,,26,27,32,33,34,37,38,41,45
*penyiasat remaja pula seperti dalam gambar di atas. Untuk permulaan baru dapat vol 4, 18, 19 sahaja
*sailormoon belum lagi. nak cukupkan doraemon dan penyiasat remaja dulu
Kalau ada tolak kepada kita ya. 😀 Terima kasih tau tolong Shai capai impian mengumpulkan komik ni. Baru ada duit nak habis kat komik ni.