Diastasis Recti: Isu Rahim Wanita yang Terlepas Pandang; Adakah Kita Mengalaminya?
Terdapat satu kondisi yang dinamakan sebagai diastasis recti – kondisi otot perut di tengah (core abs) yang terbuka dan longgar, biasanya berpunca daripada bersalin (otot bahagian tersebut yang mengalami regangan maksima selama 9 bulan 10 hari). Regangan ini, tidak berkesan dengan rutin senaman biasa (seperti sit ups) sebaliknya hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Antara tanda-tanda anda mengalami diastasis recti
- mudah sakit pinggang/belakang
- mudah terkencing
- kegemukan di bahagian perut bawah
- kes yang teruk, rahim jatuh kerana otot tak stabil menampung
Bolehkah diastasis recti dipulihkan?
Diastasis recti ini boleh dipulihkan dengan amalan berpantang yang betul. Sebaiknya anda sendiri boleh memastikan yang anda tidak mengalaminya dengan langkah berikut.
1) Baring dengan lutut dibengkokkan
2) Gunakan tiga jari dan tekan di atas pusat secara menegak
3) Angkat kepala, leher dan bahu anda. Dan rasa ruang kosong yang ada di atas pusat dengan jari anda tadi, dan periksa berapa lebar dan panjang ruang kosong tersebut (dengan jari anda).
4) Jika ada, tentukan kondisi diastasis recti yang anda alami yang sepadan dan dapatkan rawatan sewajarnya.
Agaknya inilah satu manfaat rutin berpantang, untuk elakkan otot kembang macam ni. Selalu ingat bertungku, berbengkung ni untuk buncit di luaran ja. o.O
Share ramai-ramai info ini untuk manfaat bersama ya. Benda ni kita tak perasan pun kan?