7 Penawar Segera Untuk Sakit Gastrik Yang Teruk

Sakit gastrik ni sangat azab pada siapa yang kena. Lebih kurang macam sakit sengugut, ada yang sampai kena masuk wad disebabkan menderita sakit gastrik ini. Ini dia, 7 penawar sakit gastrik, terbukti juga untuk yang dah tahap teruk.

image

7 Penawar Sakit Gastrik yang teruk

  1. Air

Penawar yang paling mudah, air akan mencairkan kepekatan asid dalam perut sehingga stabil. Cukupkan pengambilan air setiap hari agar dapat mengurangkan episod azab menderita sakit gastrik ini.

Pada masa sama, elakkan minuman berkafein, apa lagi air yang bergas kerana karbon dioksida tu lah yang akan mengeruhkan keadaan di perut tu. ^^v

  1. Air kelapa

Sebagai pemulih tambahan, boleh juga try minum air kelapa (yang asli suci murni tu). Manis semulajadi, ia juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk pulihkan keadaan perut akibat sakit gastrik ni.

image

  1. Halia

Mengandungi anti-inflamasi dan anti-bakterial yang merawat jankitan kuman dan bakteria dalam perut tu, malah mengurangkan simptom gastrik cam sakit perut, loya, dan poot poot kentut 😛

Favorite Shai juga kalau tetiba sakit perut memulas: buat teh kelat dengan hirisan kecil halia. Insya Allah dalam sejam eloklah tu. ^^v

  1. Kunyit

Satu lagi personal favorite Shai. Serbuk kuning ni mengandungi bahan dipanggil curcumin yang bersifatanti-bakteria dan juga merawat inflamasi yang legakan keperitan dan rasa terseksa gastrik. Sebagai persediaan, buat serbuk kunyit ni dalam kapsul dan telan. Karang kuning gigi pulaknya.

image

  1. Yogurt

Bahan makanan yang bagus untuk perut kerana kandungan probiotik melawan bakter H.pyolri dalam perut (benda alah tu lah yang buat sakit gastrik tu) serta melindungi tisu perut dari dirosakkan bakteria tersebut.

Amalkan dalam bentuk botol atau supplemen dengan berterusan, insya Allah bakteria tersebut dapat dibuang sepenuhnya. 😀

  1. Jus perahan kentang

Boleh cuba ni, jus potato ini bersifat antacid dan beralkali (anti asid) dan berupaya untuk memulih kecederaan yang berlaku akibat sakit gastrik yang pedih, serta stabilkan kembali kandungan asid yang sedia ada dalam perut.

Buat perahan jus ini dan minum sebelum makan, untuk melindungi perut siap-siap. ^^v

  1. ESP

Minuman protein shake yang amat mudah disediakan, ia adalah pati protein yang bersifat untuk memulih kecederaan akibat pedih gastrik, serta melegakan simptom gastrik seperti pedih hulu hati.

image

Personally, Shai rekomenkan sangat2 ESP ini kerana selain merawat masalah gastrik on the spot, ia juga menguatkan tisu perut , menahan bakteria gastrik menyerang. Malah ESP juga termasuk dalam set gastrik penuh ini. Dimana, setiap item mempunyai fungsi tersendiri untuk merawat masalah gastrik anda. 😀

image

Jangan risau, set ini hanyalah sebagai panduan, kerana perlunya Shai konsult dahulu untuk tentukan mana satu item yang sesuai dan mencukupi untuk gastrik anda. Yelah, lain orang, lain simptom dan tahap keseriusan kan? 😉

Dan jangan lupa, amalkan sekali tips khusus untuk yang mengelakkan anda sakit gastrik lagi.
image

Semoga bermanfaat untuk anda!

image

Contact Shai di 017-915 3260 atau Pm terus ke fb kita (Shai Kesihatan) untuk maklumat lanjut mengenai set gastrik ini.

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

8 Comments

  1. camne cara makan kapsul kunyit tu? berapa. kapsul kunyit sehari kena ambil?

    • Saya pernah ambil, 1 kapsul sebelum tidur. buat sendiri dengang beli kunyit timbang dari kedai rempah dan masukkan dalam kapsul plastik boleh telan tu. 😀

  2. Shai, great info! mmg tgh cari ni penawar gastrik, jumpe plak page ni.. 🙂

    • Wuhuu.. Sama2 Ayu 🙂

  3. Apa yang saya perasan, sejak akhir-akhir ni kunyit banyak betul fungsinya untuk kesihatan tubuh
    sabree hussinbaru je tulis Panduan buat duit online untuk orang yang baru nak bermulaMy Profile

    • Ya betul tu. Saya sendiri mengamalkan kapsul kunyit yang dibuat sendiri. 😀

  4. Alhamdulillah, tak pernah alami gastrik..
    emabaru je tulis Family Raya 2015My Profile

  5. Boleh cuba kaedah alami dulu kalau rajin, kalau malas dapatkan aje yang dah siap,macam ESP tu, habis cerita..
    Sanibaru je tulis Formula Menarik Rezeki Melimpah Ruah!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge