Asal Shai Mula Ambil Budu

Haha..apa punya entri da.. Saja-saja Shai nak kongsikan mengenai pengalaman Shai ambil budu. Yelah, kita orang Penang yang tak pernah-pernah jejak Pantai Timur (sekali je kot, pergi konvoi family dulu-dulu) Jadi bila masanya nak merasa budu kan?

Budu, dari Photo by Ivan Ng ( http://food.recentrunes.com )

Budu, dari Photo by Ivan Ng ( http://food.recentrunes.com )

Walau dah masuk matrikulasi dan berkawan-kawan dengan orang belah timur pun Shai still takda ‘kekuatan’ nak test budu. Tapi kalau sambal belacan on je. Lagi pedah sampai meleleh air mata lagi bagus. Shai ni kuat sket makan pedas dan kalau tak pedas tu rasa kureng je.

Akhirnya merasa budu

Nak dijadikan cerita, akhirnya kita cicah nasi dengan budu juga lepas kawin dengan en.somi (ore Besut tapi ngaku hok kelate. Hehe). Pertama kali makan rasa masin jugalah ^^v.

Lama-kelamaan dah terbiasa pula dengan tangy and salty flavour nya, jadi selepas tu (lebih-lebih lagi ketika duduk di Besut), kalau ada nasi ulaman tak kisah punya cicah-cicah budu ni. Janji layan. 😀

Dan sekarang juga begitu, cuma kalau ada bahan-bahan lain yang cukup resipi, Shai lebih suka buat resipi budu blended yang lebih kick dan layanzz. Alang-alang, budu ni ada antioksida kan?

Yang kelakar dulu, masa kat rumah takda kicap kan (lupa nak beli), Shai tuang suku botol budu buat kuah makan nasi dengan ayam.adoiyai.. 😛

budu

KLIK SINI untuk resipi

Kawan-kawan camna? Make budu dok?

signature mommylotte

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

2 Comments

  1. dulu tak suka juga budu.. sekali merasa dgn nasi kerabu… perghh sedapnyaaa!! sampai skerang suka budu

    • hehe..ada resipi budu blended, kita buat tu ja bg kick masa makan 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge