Kalau orang tu kata dia takda stress tu dengarnya boleh, susah nak percaya rasanya. Sebab dalam satu aspek, stress itulah tanda kita alive, atau hidup. Namun kalau orang tu kata dia tak stress sebab dia kawal tekanan tersebut, barulah boleh percaya. Hehe.. yang penting, adalah cara kita lawan dan uruskan stress tersebut, agar kita boleh manipulasikan kecenderungan itu untuk sesuatu yang positif.
Ya, bagi sesetengah orang, stress itu boleh menjadi sesuatu yang positif, kerana ia akan mempengaruhi emosi dan tubuh kita untuk buat kerja dengan lebih efisien dan berkesan – ada tak korang kalau dah last minute buat kerja cantik je huhu..

Shai juga adalah sikit. Hehe..suka bebeno nak menangguh kerja +.+”
Oke, Shai nak kongsikan 5 tips yang Shai buat sendiri dalam pengurusan masa agar kita boleh keep the stress under control dan tak rasa terbeban.
5 Tips Menguruskan Stress
Adakan Satu Goal Atau Target
Dengan lebih spesifk, Shai amat rekomenkan kawan-kawan adakan target yang dipecahkan ikut seumur hidup, setiap 10 tahun, setiap 5 tahun, hinggalah ke setiap hari – di mana target dan perancangan dari hari ke tahun akan mendekatkan dan membantu kita untuk capai target seumur hidup.
Takmo stress, keep it simple setiap target tersebut dan lihat bagaimana segala perancangan anda ikut selari dengan target utama anda. ^^v
Positifkan Minda
Ini obvious sangatlah, namun agak sukar dibuat. Kenapa? Kerana minda kita cenderung untuk berfikir yang buruk, dan kadang-kadang tu disebabkan persekitaran juga.
Jika ia berlaku pada anda, solusi mudah adalah dengan berfikir baik dalam setiap perkara (walaupun ia sepatutnya buat anda sakit jiwa. Huhu..).

Anak terpecahkan jem strawberry mahal? Takpalah kurang-kurang kaki anak tak kena kaca.
Anak korek krim kesayangan ummi? Takpalah salah ummi sebab tak simpan tinggi-tinggi..huhuh..
– Shai punya personal pengalaman. Naz punya pasal. ._.
Dengan bersikap baik sangka dengan semua benda, kita tak stress sangat, dan jadikan kesilapan tersebut untuk kita jadi lebih baik dan efisien. ^^v
Dan semestinya, banyakkan solat sunat, zikir, dan doa kepada Allah untuk luahkan masalah selama mana sekalipun. Biarlah, pada Allah kita bebel mengomel sampai lega dan insya Allah kawan-kawan diberikan solusi/rezeki on the spot terus. wow!
Uruskan Masa Merancang Dari Awal
Kalau takda senarai perancangan, rasa hanyut je kan? Kerana perancangan awal akan membantu kita untuk keep on track dan ketahui progress kita dalam merancang sesuatu (walaupun sekadar beli barang dapur di pasar).
Aspek ini Shai amat tekankan dalam hidup kerana kelebihannya
- Bantu kita check perkembangan dan progres kita dalam melaksanakan sesuatu
- Tak buang masa nak memikir apa nak buat
- Nampak perancangan sebijik sebijik depan mata, boleh adjust ubah mana perlu
- Tak perlu pening kepala idea atau plan floating dalam sel-sel otak
- Sebagai safety net, dan backup plan untuk standby, jika berlaku sesuatu yang memberi kesan pada planning kita. Yelah, Allah kan adalah sebaik-baik perancang untuk kita 😀
Tapi of course lah, planning ni sebagai panduan dan tak perlu lah rigid cam ikut protokol ambil PJK depan Agong.
*ini planner yang Shai buat sendiri. hehe..unique n personalized gitew
Gaya Hidup Anda
Setkan Masa Khas Untuk Kita
Kadang-kadang kita kalut untuk hidup mereka sampaikan masa sendiri kita hanya terhad ketika waktu tidur, mandi dan solat. Normal lah tu, Shai pun camtu juga namun solusinya amat mudah, hanya setkan satu masa yang konfom anak tak ganggu (mungkin yang anak masih baby,masa dia tidur ka).
10 minit pun takpa, janji masa itulah anda gunakan sebaik mungkin untuk diri.
Sokongan Dari Orang Terdekat
Minta bantuan dan sokongan suami uruskan sebahagian tugas rumah dengan spesifik juga membantu kurangkan stress kita tau. 😉 Minta je.
Memilih Yang Pilihan Yang Baik Untuk Hidup Anda
Pastikan dalam hidup harian kita juga, kita buat pilihan yang baik untuk sihat sebaik mungkin. Contohnya bila waktu makan, kita pilih yang sihat; bersenam walau sekadar jogging; tidur yang secukup mungkin; mengamalkan jamu atau vitamin yang memberikan tenaga, serta kemudahan di rumah yang menjimatkan masa.
KLIK SINI untuk ketahui jenis senaman yang sesuai dengan bentuk tubuh, untuk rutin workout yang nampak hasil dengan cepat, sebab bersenamn pun bagi hormon gembira tau.

Selingan: jika anda rasa keletihan yang agak pelik dan semacam dari biasa, kemungkinan anda mengalami keletihan adrenal.
Tip tambahan: mengamalkan makanan yang mengurangkan dan mengawal stress juga akan membantu tau. Antaranya buah oren, teh hijau, dan juga coklat! KLIK SINI