16hb Mei ini, adalah genap setahun Shai join Shaklee, dan tak boleh belah, tarikh yang sama pada hari Guru. Haha.. Asalnya, pertemuan awal dengan bekas housemate en.somi nak datang melawat sebab kami dah pindah ke belah Selangor. Tak sangka pula ia membuka ke pintu rezeki dan peluang untuk Shai capai impian membantu ramai orang.
Awal Perjumpaan Dan Berkenalan Dengan Shaklee
Jumpa di Aeon Anggun Rawang, sekali dengan Fauzi dan isterinya Kak Zanaa, tambahan pula diorg suka belek2 Naz (yang masa tu sangatlah chubby) hehe.. Dulu masa kami dok kat Seremban ada beberapa kali diorg datang ke rumah, untuk berguru dengan en.somi dalam perniagaan Internet.

oh Naz yang berpipi labuh.. la ni dah jadi lanky and tinggi, pipi labuh pun hilang.. huhu..
Dipendekkan cerita, borak-borak bertanya khabar dengan kak Zanaa sambil2 perhati Naz main kat taman permainan yang disediakan tu, kak Zanaa ada cerita tentang bisnes dan potensi dengan Shaklee
Masa tu, Shai just mildly interested sebab pernah menulis artikel tentang salah satu produk Shaklee, yang AJHT tu sebelum ni (dengan fiverr.com) dan curious juga dengan produk multitasking yang Basic H tu, and anyway, so far so good lah walaupun business plan dia MLM.

Antara artikel yang pertama Shai menulis, salah satunya ialah mengenai salah satu produk Shaklee, dari pengedar USA
Macam Shai cakap, mildly interested. 😀
Menjadi Ahli Shaklee
Nak dijadikan cerita, lepas dengar dengan detail kepada kak Zanaa, kita terus agree untuk sign jadi ahli. Sebahagiannya untuk suka-suka nak mencuba, dan sebahagiannya pula curious sebab pernah menulis produk sebelum ni, tambahan pula Kak Zanaa ada bagi HerbLax untuk cuba – dan sebab kesannya mujarab (esok terus gi jamban kot) tu yang kita cam seronok nak check it out produk2 yang ada.
Tabiat testing produk ni dah lama bersarang dalam keturunan dan tempat favorite Shai, mama dan makcik adalah di..? KLIK SINI kalau nak tahu apa jawapannya.
Rasmi Sign-in dengan Shaklee
Selepas officially sign in, mula-mula agak blur juga sebab masih hendak membiasakan diri dengan pelbagai rutin (dan dengan Naz yang dah pandai nak demand macam-macam) dan bertatih dalam kehidupan sendiri; jadi sekadar di angin lalu dengan group wassap yang Shai join (group besar dan mereka sangat supportive, cuma kita je segan terlebih nak berkenalan). -.-“
Mula Aktif Untuk Ber-Shaklee
Sampailah menghadiri Ketuk-Ketuk Raya yang dianjurkan nanny Master Lyna dengan Master Zainul tu yang kita dah mula bersungguh sedikit untuk aktif dengan Shaklee, dalam Julai.
Bersungguh bukan kerana apa, selepas melihat keakraban yang hadir, semua dok pakat-pakat salam tanya anak sapa (sebab tiada istilah downline sideline upline, lebih kepada omak, nenek, nanny,cucu. Hehe)
Teringat lagi masa tu punyalah takut nak berdepan dengan orang, lagi-lagi yang selama ni berhubung mesra melalui whatsapp, tetibe pulak nak bercakap dengan orang.
Agak cuak lah juga. Apatah lagi nanny kita Master Lyna datang kat meja bersalaman, nanny dok tanya kita nama then tanya kenapa tak pernah nampak Shai dalam group.
Hehe..sharp pulak moyang aku nih.
Selepas Event, Semangat Pula Hadir
Seperti yang diceritakan tadi, Shai mula bersungguh jugalah selepas event tersebut, seperti aktif dalam grup, berkongsi ilmu dan berkenalan.
Alang-alang mendapat free gift Lecithin, gabung pula dengan Alfalfa complex, dah jadi set kurus asas. Kebetulan masa tu tengah mencari jalan nak kurangkan berat lebihan selepas bersalinkan Naz mucuk.
Baca pengalaman Shai menggunakannya, gabung dengan senaman yang sesuai dan diet Atkins fasa 4 (sebab masih bf Naz lagi), dan lihat berapa kg Shai berjaya turunkan.
Apa Yang Shai Dapat Selepas Itu?
Sokongan dan ilmu yang berpanjangan.
Setelah lama dalam group, Shai seronok untuk membina perniagaan Shaklee ini kerana ia adalah sesuatu yang Shai telah biasa buat, dengan pengalaman menulis artikel dalam bidang kesihatan dan kecantikan selama beberapa tahun, maka insya Allah, Shai akan kongsikan ilmu dari pengalaman menulis ini, kepada kawan-kawan.
Pengetahuan Tinggi dalam Produk dan Nilai kepada Anda
Pengetahuan dalam produk, bahan, serta prinsip yang digunakan dalam Shaklee adalah amat ditekankan dulu tau, bukan cari orang. Malah, kawan-kawan pula yang akan turut serta untuk bersama dalam perniagaan ini tanpa dipinta.
Ia penting sebab benda-benda gini, melibatkan nyawa juga tau. Kalau tak, siapa nanti nak tanggung.
Ilmu perniagaan dan perkongsian ilmu juga diperhalusi agar Shai dapat bantu orang seramai mungkin untuk sihat. Macam pengalaman Shai coach orang kurus kan, tak dapat dibayangkan betapa puasnya hati bila mentee coaching seronok dapat mencapai target berat idaman.

Slim sampai pushup dengan 3 anak dekat belakang pun steady. power kan?
Shaklee Ni, Sama Cam MLM Lain Je Tu
Nak dikatakan sama seperti perniagaan MLM lain, takda pula Shai rasa. Tak disuruh pun cari orang, tak dipaksa pun buat loan untuk beli modal banyak (keahlian pun RM70 masa tu Shai bayar, sekali seumur hidup) di mana ia dipanggil sebagai loading inventory, apa lagi untuk kena keluar jumpa orang sampai lewat tengah malam.
Hanya omak nenek malah dari Master Lyna sendiri, yang dok kongsi panduan dan guide pada Shai dan kawan-kawan lain, cara terbaik untuk berkongsi dan membantu orang – takda unsur upline goyang kaki seperti yang sinonim dengan MLM.
Takda pun. Sambil belek Naz pun, ada ja orang bertanya Shai untuk konsultasi produk yang sesuai untuk mereka, sambil-sambil Shai berkongsi apa yang Shai dapat, hasil penggunaan produk Shaklee sendiri, contohnya, penggunaan ESP yang Shai review secara mingguan.
Seperti mana dengan bisnes lain, ia wujud hasil daya untuk membantu orang. Begitu juga dengan bisnes yang Shai ceburi.
Tolak tepi jenama Shaklee itu sendiri, produk nya pula setiap yang Shai guna menjadi seperti yang dijanjikan, dan ia tak mahal pun; takat beberapa sen ja untuk setiap kali penggunaan. Apatah lagi benda ni dah orang guna dekat lebih 50 tahun, takkan tak berkesan?
Dan of course, bab kerohanian kena dijaga melalui senarai yang dipanggil masterchecklist, sebab perniagaan ini cam berjihad juga, untuk membantu orang. Syukur, ia memberikan manfaat bukan sahaja untuk Shai, tapi untuk perniagaan en.somi juga.
Nak cerita panjang-panjang kan meleret pula entri ini. Insya Allah, ada kesempatan (lepas IMKK ni?) Shai akan berkongsi Shaklee dari sudut perniagaan ya.
Update 27/5/2015 Dah pergi IMKK, alhamdulillah. KLIK sini untuk baca ya. 😀
Terus terang Shai katakan, bisnes Shaklee ni, awalnya sekadar terjun dalam bidang ini semata-mata; masa tu sign on the spot, out of curiousity. Namun lepas mengenali teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) Shai pratikkan teknik tersebut serta istikharah dan alhamdulillah,ia positif belaka. Mungkin anda juga begitu?
Mungkin ini hikmahnya ia jatuh pada hari Guru, sebagai kuatkan point untuk push diri Shai untuk berkongsi apa yang Shai tahu, melalui blog ini untuk kawan-kawan agar sentiasa sihat, selain membantu kawan-kawan untuk pendapatan extra
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang peluang perniagaan dengan Shaklee,boleh ja whatsapp kita terus ya di 017-915 3260. Atau tunggu perkongsian lanjut dalam entri berikutnya.
Semoga sama2 sukses dalam bidang yg diceburi
terima kasih banyak-banyak kak. akak juga didoakan agar berjaya dengan hidup. 😀