Syukur alhamdulillah dipanjatkan. Akhirnya tercapai hajat nak berpindah rumah, yang lebih baik, lebih selesa, dan semestinya lebih selamat (takdalah en.somi nak risau ye dok). Malah, tuan rumah yang kami sewa ni bagitau, kami ni yang paling laju bila nak berpindah. Hehehe…
Hajat nak berpindah sebenarnya dah lama pun, dengan suami yang sering sibuk dengan pelbagai urusan bisnes, risau dekat anak bini tu dah pasti, apa lagi rumah tingkat 5 (kununnya penthouse lah kan. Ahaks!) jenuh juga nak memanjat.
Sekian lama survey2 di mudah.my, mengumpul duit, akhirnya suami putuskan untuk keluar bulan ini juga. Kebetulan, rumah baru tu pun, di bawah tuan rumah yang sama juga jadi takda masalah apa sangat (kira boleh kawtim lagilah kan).
Semalam, in fact, kami datang tengok2 rumah dulu, en.somi dok discuss dengan tuan rumah, Shai pulak ligat memikirkan susun atur dan deco rumah (hobi baru, suka nak deco minimalist, dengan diy), lebih2 lagi di bahagian dapur, domain seorang isteri.
Yang kelakarnya, ada pula mak kucing dengan 3 ekor anaknya. Naz apa lagi, sukalah dia, belek belai anak kucing tu.
Free gift ek? Hahaha..
En.somi puas hati, terus bayar deposit yang diperlukan, serta deposit sewa sebelum ini dipindahkan ke rumah sewa yang baru. Yelah, rumah baru ni pun, tuan rumah yang sama juga.
Malam itu juga, mencari kotak berdikit2 menyusun barang untuk proses pemindahan. Alhamdulillah mudah dan lega, rumah sewa baru dah secure, hanya perlu pindah barang berdikit2 ala-ala beberapa fasa. Hehe..
Mana taknya, 21hb mei ni Shai menghadiri IMKK, dan beberapa hari sebelumnya akan balik rumah mama untuk menjaga Naz di sana. Alang2, nak belikan hadiah untuk adik bongsu sebab dapat dekan, dan buat kek untuk birthday en.somi, 21hb mei ini juga.
Mama suruh balik, nak ajar kita buat kek. Hehe.. Ni lah anak perempuan sorang yang tak boleh diharap. 😂
Nanti update baru ya. Insya Allah pada yang komen nak Ebook atkins untuk ibu menyusu, Shai akan emelkan. Agak sibuk sedikit. 🙂
Oh ya, boleh korang cadangkan, kek apa yang sesuai untuk lelaki macho? Heheh. Yang simple dah la, tak nyempat nak uli fondant ke apa wehh..
dah buat dah, kek coklat, complete ngn coklat ganache, 5cm ketebalan. hehehe… nak upload gambar malu. tak cantik
Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir.
Ebook ini bermanfaat jika anda a) seorang ibu yang mencari cara terbaik, sihat dan selamat untuk kurus, b) yang baru nak berjinak2 dengan diet Atkins tanpa rasa pressure, sebelum progress ke Fasa 1 kemudiannya, atau c) yang sekadar mahu ia sebagai langkah awal untuk elak terkena kencing manis dan sakit jantung, yang datang dari pemakanan tidak sihat/keturunan genetik.
Ebook ini agak tebal, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup.
Sementara dalam pembikinan, Shai amat alu-alukan feedback dan idea dari anda. Kalau ada cadangan boleh utarakan di komen (sila letakkan email yang biasa anda guna) dan yang bagi feedback tersebut akan dapat ebook ini secara percuma saja, sebagai menghargai jasa baik anda. Komen tersebut tidak akan dipublish demi menjaga privasi maklumat anda, jadi anda boleh share apa yang anda nak sangat2 ada dalam ebook ini, demi nak kurus.
Nota: Feedback yang betul2 dan ikhlas nak share lerr..kalau sekadar tangkap muat Shai bolayan