Gambar ini Shai jumpa masa tengah surf-surf projek DIY simple yang boleh dibuat. Hehe.. Hobi baru nih, sebab rasa puas bila apa yang kita pasang menjadi, walaupun sesimple mana sekalipun. Funny, masa projek pertukangan dalam KH macam tak semenggah je hasilnya, walau setakat rak bekas dan bekas pensil kayu dengna muzik LED. Korang buat projek camni tak?
Tapi serius, gambar-gambar yang kita jumpa ni, serius tak tercapai akal macam mana diaorang boleh pasang benda sampai camni jadinya. Cam tak guna pembaris ke apa langsung.
Amboi, sejak nak pindah rumah baru, asyik nak ber-DIY ye? Hehe.. Alang-alang ada kesempatan belajar ilmu baru, apa salahnya kan,lebih-lebih lagi kalau kita boleh jimatkan belanja sedikit dengan buat sendiri. Baru ja ‘menuntut ilmu’ dari en.somi untuk wiring lampu yang simple, bukan main lagi, pasang lampu macam-macam pada lokasi yang sesuai.
Yelah, inspired dengan ambience, warm glow dengan lampu separa malap, dan kebetulan mata Shai ni agak silau sebenarnya. Jadi agak perit mata kalau menghadap lampu fluorescent lama-lama.
Yang pasti, Shai takda nak but silap pasang DIT macam gambar di bawah ini. haha..
Yang ni konfom tak ukur sebelum pasang laci, kalau sampai bertindan macam tu sekali. Hahahahaha… Nak buka pun kena satu-persatu je.
Ni bukan sinki basuh tangan ni. Basuh hujung jari je.
Minimalist tahap tertinggi ni. Siapa yang ada ni, elok dinding rumah dia lutsinar juga. Hehehe…
Tak tau nak mula dari mana. Harapnya gambar ini sekadar photoshop sahaja.
Enjoy!
Hahahaha.. memang Epik!
Yeenbaru je tulis sukaNYA bagaimana aku pulih dari kecederaan dalam 2 minggu..part II
hahahah..cemana nak di buka laci tu..kesian la tuan punya lagi..nak buka balik dah satu kerja pulak..