Seminar Hidup Luar Biasa Dr. Azizan Osman, Setia City Convention Center

26/4/12015 adalah hari yang tak dapat dijangka, umpama rezeki datang bertandang, untuk pergi ke seminar Hidup Luar Biasa di SCCC Ahad tu. Nak pergi sebab curious tengok testimoni orang yang pernah pergi ke IMKK sebelum ini, yang rata-ratanya selamat untuk Shai describe sebagai magical.

Hehe, harga kursus walau seat belakang pun padan dengan magicalnya juga. Hihi.. Namun, sebab ada tawaran dan tempat seminar yang dekat, pergi juga dengan suami dan team business dia sekali a.k.a my friends also! 😀

Sebelum ni pernah pergi ke SACC, jadi tak kalut sangat nak pergi ke seminar, yang eventnya berlangsung bersebelahan ja. Dan memandangkan event tersebut akan berlangsung dari 8am sehingga 1pm, tambahan pula hari Ahad, kenalah negotiate dengan pengasuh Kak Izan untuk jagakan Naz hari tersebut.

bengkel nutrisi shaklee

kalau dapat macam ni ke seminar kan bahagia. siap anak guling2 lagi.

Aduhai, kena hantar dalam 6:30 am juga tu, memang haru sekejap sebab Naz pelik tengok langit gelap pun kena pergi (dia nak berkepit dengan ummi dia ja.. huhu..). Tapi terpaksalah juga sebab kena daftar sebelum lapan pagi, tambahan pula tak boleh bawa anak kecil masuk dalam.

Lain lah ke event Shaklee, bawak anak jiran pun takda masalah. Ahaks!

Sebagai seorang ‘supermom’ (ehem), malam sebelumnya dah prepare segala macam makanan dan minuman ala-ala piknik (roti tuna, air teh o panas) dan juga sedikit gula-gula untuk dalam perjalanan. Kemudian terus ke SCCC (ambil kawan on the way), selepas menghantar Naz.

Tiba Di Seminar Hidup Luar Biasa

Tiba sudah di event, orang ramai dah menunggu dan sibuk mendaftar. Kami diberikan borang untuk diisi, dan juga perlu menunjukkan message yang diterima tempoh hari sebagai bukti pembayaran. Lepas diberikan stiker untuk dilekatkan, dapat pula buku 21 Formula Hidup Luar Biasa.

buku 21 formula hidup luar biasa

Harga buku RM49.90 bayar kursus tu pula, RM30. Konsep freemium. 😉

Review Seminar Hidup Luar Biasa

Happening.

Itu yang cukup untuk disimpulkan. Ia bukan lah happening dalam erti kata berparti cam nak gi clubbing (walaupun awal-awal nak masuk dah serupa cam nak masuk Zouk, siap dengan bunyi bass dan audio, belum kira kena bersesak masuk – jangan risau, tempat asing lelaki dan perempuan), tapi happening dalam erti kata kita aware apa yang berlaku secara dalaman, untuk kenali mana silap kita, mana baggage kita (kalau ada) untuk diperbetulkan.

dr.azizan dao afdlin shauki

tetamu jemputan, Afdlin Shauki. kelakar seperti yang sedia jangka lah kan. hehe

Ada part yang perlu kita berdiri dan mengikut arahan, dengar dan tulis apa yang disampaikan, serta memahami apa yang diajarkan. Pulang dari seminar, banyak perkara perlu diperbaiki dan diperincikan, kerana ia bukan sahaja berkait dengan bisnes je tau, berkait dengan kehidupan kita juga.

Nak cerita terperinci, sukar sedikit bagi Shai sebab ia melibatkan sesuatu yang intangible (berkaitan emosi dan kerohanian kita) namun secara jujurnya, kalau perlukan wake-up call, sini lah jawapannya.

Pergantungan pada Allah swt, walau apa terjadi sekalipun. 🙂

Update 27/5/2015: Shai dapat tahu lama dah tapi baru link ke sini. Shai dapat pergi ke seminar IMKK akhirnya.

signature mommylotte

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

3 Comments

  1. hebat dr azizan, banyak ilmu bisnes dan kehidupan yang beliau kongsikan.
    Dr Fattahbaru je tulis Sistem Untung Pasif Untuk Bisnes AndaMy Profile

  2. Yes.. have don’t it! Memang marvellous! Pembuka minda miskinku!
    Yeenbaru je tulis Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian IVMy Profile

    • Yeen pergi seminar HLB yang Shah Alam punya ya? 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge