Awak Kat Mana, Awak Awak Kat Mana?

Lama Shai menghilang ke mana? Hehe..gara-gara kesibukan beberapa hari kebelakangan ni, lebih-lebih lagi sejak menderu-deru komen dan pertanyaan di blog, yang terus whatsapp kita, dan juga di fb sedikit sebanyak kita kalut ralit sekejap. Hehe.. tapi tak komplen ya! Lagi seronok sebab pembaca sudi nak baca dan terjah di blog yang humble dan tak seberapa ni (merendah diri sekejap. hehe).

Nanti kita cerita update terkini dengan lebih detail tapi sekadar nak bagi info seimbas lalu, tempoh hari kita uruskan order freelance writing yang bertalu tanpa henti kebelakangan ini dan juga menghadiri seminar Hidup Luar Biasa dari Dr.Azizan Osman. Masa tu yelah, fikir takda fulus sangat nak pergi IMKK dan fikir ada anak berkepit kat tepi ni lagi.

Syukur alhamdulillah, tercapai juga hajat nak pergi IMKK 21hb Mei ini!!!

Apa-apa pun, ada major revamp nak buat untuk blog ini, terfikir nak tukar theme baru, jadi boleh Shai mohon pendapat pembaca apakah theme yang sesuai untuk blog ini? Kalau ada idea, mohon di komen ya (letak pic sekali).

dr.azizan dao afdlin shauki

Afdlin kata, kalau nak salam peluk Dr.Azizan, kena laga perut dulu baru pipi. hehehehehe……

Untuk makluman juga, mommylotte ini adalah website Shai yang personal (ala-ala diary lah kan, free2 je untuk korang baca. hihi) selain berkongsi tips dan info dalam pelbagai aspek seperti kecantikan/kesihatan, rumah, kehidupan, cam biasa je lah. Cuma bezanya, skop akan lain sedikit, dari aspek kehidupan kita.

Jangan risau, entri lama masih ada, lagi-lagi yang tentang Atkins yang korang suka baca tu sentiasa ada. 😉

Tunggu kita update info/promosi baru ya.

signature mommylotte

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge