Tanda Hati Anda Perlu Dirawat SEGERA

Baru sahaja kawan baik memaklumkan kepada saya, pakciknya baru sahaja meninggal duani akibat komplikasi hati. Bayangkan, takda angin takda ribut, tiba-tiba dah sampai ajal. Mengapa? Kerana simptomnya terlalu biasa dialami kita – adakah kita juga mengalaminya?

Kajian dari Loyola University Health System mendapati tak ramai menyedari hati mereka dah berada di tahap yang kronik, iaitu dah menghidap penyakit hati sirosis. Janganlah buat main-main kerana penyakit ni boleh membawa maut tau. Lebih baik kita hafal tanda dan simptom hati yang perlu dirawat agar dapat dicegah dengan segera.

Apakah Tanda Penyakit Hati Yang Perlu Dirawat Segera?

Perubahan Warna Kulit

Takda berubahnya kepada kulit putih gebu gebas ke apa, sebaliknya warna kulit akan ada tint kekuningan dari kulit hinggalah ke kuku, akibat hati kita dah tak mampu nak kumuhkan toksin, menyebabkan komponen beracun terkumpul dalam tubuh, hingga terjadinya bilirubin.

Cam baby kena jaundis tu, sebab hati mereka belum matang sepenuhnya. Mengapa hati kita yang matang pun perlu derita lagi sekali?

naz baru lahir
Nak baca tak macam mana anak kita Naz kena kuning sampai 3 bulan? KLIK SINI. sampai kena bebel dengan nurse

Lenguh Dan Sakit-Sakit Badan

Salah satu fungsi utama hati adalah untuk mencuci dan menghasilkan darah baru. Jika ia berada dalam kerja overtime dan tak sempat, darah yang cukup tidak dapat dialirkan ke sendi, otot, dan tulang dengan berkesan.

Menyebabkan tubuh anda tidak fleksibel, mudah lelah dan lesu, serta mata anda mudah kering yang akan seterusnya menyebabkan anda keletihan dan berisiko untuk terseliuh terkehel lutut. sakit woo..

Keletihan Yang Melampau

Bukan letih biasa-biasa tau, ni keletihan yang melampau (lebih kurang seperti keletihan adrenal) yang bermaksud hati anda sangat stress untuk bekerja.

stressed-out-woman

Mood Swing Dan Terabur

Cepat moody dan rasa nak jerkah je? Mungkin hati anda stress, jadi anda pun stress. Kemurungan, marah-marah, rasa tak sabar, dan meluat tu salah satu simptom hati yang lemah.

Sehingga menggangu kestabilan dan keupayaan minda serta konsentrasi, akibat pengumpulan toksin yang tak sempat dikumuhkan keluar.

Nerve-Cell-4 brain otak
toksin ni yang akan menganggu otak untuk berfungsi pula. Kacau satu benda dah

Sistem Penghadaman Yang Tak Betul

Perut kembung, makanan yang tak tercerna dengan baik, serta sentiasa menghasilkan gas metana yang mencemarkan datang daripada penghasilan hempedu yang tidak cerna makanan dengan sepenuhnya, serta menyaluti lapisan usus agar pembuangan dapat dilakukan dengan sempurna.

Menyebabkan keladak dan sisa terkumpul di celah usus, macam dalam paip sinki. Eee..mintak jauhlah.

Bagaimana hati kita berfungsi? KLIK SINI

Air Kencing Warna Kuning Gelap

Warna air kencing dikaitkan dengan kandungan air dalam tubuh, dan bila dah babitkan hati yang tidak sihat, akan menyebabkan warnanya bertambah gelap. Bau? Tak payah ceritalah…

tanda penyakit hati

Simptom Lebih Teruk

Yang ni pun akan berlaku pada anda jika hati anda dah betul-betul tak larat nak bekerja..contohnya penglihatan kabur, susah tidur, hormon tak stabil, takda nafsu, malah boleh jadi samada berat naik atau turun mendadak.

Kesimpulan

Dah baca ni mesti rasa cuak kan? Jika anda ada beberapa tanda yang disebutkan di atas, ada rupa hati anda mula stress dah ni. Shai harap sangat2 agar anda boleh check dulu tahap kesihatan hati anda, dan seterusnya mengamalkan makanan dan herba yang terbukti untuk bantu hati (ala-ala tonik lah kan, special untuk hati kita).

kandungan dtx complex
antara senarai herba yang femes di luar negara untuk cuci hati

Ada produk/tonik hati yang boleh Shai cadangkan? Ada di sini ja; lengkap dan pekat, KLIK SINI ya.

Kalau dah serius, syukur juga dapat detect. Kerana mengikut statistik, tak ramai menyedari hati mereka berada di tahap yang tenat tau.

Semoga bermanfaat!

UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.

 

*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya. 

 

Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge