Ibu, Anak, Dan Renyah Bersalin – Testimoni Video PART 1/3

Tak mainlah takat screenshot status fb atau wassap untuk testimoni, kita main video HD terus ye. Yang bestnya, personaliti yang ada dalam setiap video ini dengan rela hati berkongsi pengalaman mereka, straight dari hati. Tanpa dipaksa, diugut, apa lagi dibayar. Ikhlas. Noktah.

Ini dia, bahagian pertama testimoni yang saya kumpulkan khas yang membabitkan aspek ibu, anak, dan waktu bersalin

Seksa Pantang Selepas Bersalin

Yang ni paling renyah, sampai ada ja ibu-ibu yang cakap, sakit pantang tu lagi sakit dari masa bersalin. Macam disiat-siat. Normal ke ceaser ke, sama ja sakitnya walaupun ia beza bentuknya.

Para suami, take note ya dan kasihankan kami..huk huk..

Anemia, HB Rendah? Oh No

Masalah standard bila mengandung namun tidak pernah dipandang enteng oleh misi-misi kita.

Siapa yang kena tahulah; cemburu tengok kawan yang kata HB dia cantik je lah, tak kena pelekat hijau kat buku merah lah, even sampai kena bebel dengan nurse bila warna bahan buangan tak warna gelap (kerana makan ferum pil coklat bau pelik tu). Saya dah kena, saya tahulah derita bila jantung berdebar2 tak pepasal.

Lembik Lesu Letih Masa Bersalin

yang ni, saya juga ada pengalaman sendiri. Letih lesu yang amat. Dan agak sedih gak masa tu, sebab orang fikir ia cuma masalah yang remeh ja. Sampailah saya tengok rancangan memasak, barulah saya kembali cergas masa hamil. Pelik kan?

Kalau tahu cam akak ni..dah lama saya buat..

Redha jelah, maybe next time, saya buat serupa cam akak ni. *sob

Hilang Buncit Dan Kurus Lepas Bersalin

ni haruslah kot. Siapalah yang nak usung berat tambahan yang dikumpul selama 9 bulan tu? Jangan jadi cam saya, pantang tak betul sampai berat terkumpul kat buncit, selama dua tahun, dengan corak petir ungu mewarnainya.. huk huk…sadis weh.

Tadi Ibu Nak Kurus, Ni Anak Pula Yang Keding

alahai anak.. kalau kelihatan macam papan plywood mestilah kita susah hati kan.. Kalau boleh nak chubby tangan berketak-ketak je. Namun secara realiti, janji anak kita cukup makan, dan aktif takpa lagi.

Masalahnya, kalau dia tak mahu makan LANGSUNG?

Tengok macam akak dua orang ni buat untuk anaknya. Sebijik cam pengalaman saya juga.

 Pengalaman yang menjadikan kita dewasa. kan? ^^v

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge