Sakit Gastrik? 5 Makanan Yang Perlu Diambil Untuk Elak Anda Sakit Lagi

Sakit gastrik bukan boleh dibuat main-main tau sebab sangat lah, sakit. Dan jika anda berpotensi mengalaminya (lebih-lebih bila nak puasa ni kan) elok jika anda jadikan senarai makanan ini dalam kehidupan seharian dan makanan-makanan ini tidaklah setawar yang anda sangka!

Kerana sakit gastrik ini berada di perut, adalah wajar bagi anda untuk memastikan makanan yang diambil tidak akan menyebabkan perut terganggu lebih dari sepatutnya (perut orang gastrik ini agak sensitif sket), di mana ia disebabkan oleh kandungan asid hidroklorik dalam perut.

Oleh itu, makanan yang sesuai adalah yang jenis wholesome gitu, bersifat alkali dan bagus untuk kurangkan sket keasidan dalam perut.

Asid perut orang gastrik ni special betul!

Jenis Makanan Yang Sesuai Untuk Sakit Gastrik

Karbohidrat

Karbohidrat diperlukan untuk tubuh kerana ia membekalkan tenaga segera (cuma masalahnya, kita ambil terlebih-lebih ni ha..seperti yang dibuktikan dalam diet Atkins). Namun untuk sakit gastrik, sangat elok untuk mengamalkan makanan berkarbo yang bersifat kompleks (roti gandum, beras perang..) kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan.

roti gandum wholemeal bread

Protein

Sumber protein sangat bagus untuk diamalkan (malah nisbahnya elok melebihi sumber karbo jika anda mengambil sumber karbo simple yang banyak cam nasi putih, roti putih..hehe) dan protein yang bagus adalah yang bersumberkan tumbuhan yang lebih mudah dihadam, diserap, dan tidak akan menyebabkan simptom gastrik anda bertambah teruk.

Protein yang bersumberkan ikan juga bagus kerana selain protein yang lembut untuk gastrik, ia juga bersifat anti-inflammasi, membantu untuk redakan kesakitan gastrik itu.

Khas bagi yang mengalami gastrik, eloklah elakkan terus sumber protein daripada susu/produk tenusu kerana ia dikuhatiri menyebabkan gastrik lagi teruk (azab gastrik ni wehh)

Sayuran Dan Buah-Buahan

Ini wajib kot, kerana sayuran dan buahan ni bersifat alkali dan penuh dengan vitamin dan mineral. Pastikan jangan ambil yang peberet je – pelbagaikan untuk cukupkan spektrum nutrisi vitamin dan mineral.

healthy food

Contoh makanan yang sesuai

Air

Air ni haruslah kan dan anda perlu dapatkan jumlah air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg) supaya dapat buang toksin, cuci darah, serta memperkemaskan aliran tubuh.

Untuk sakit gastrik ni, air kelapa pula sangat membantu untuk redakan sakitnya.

  • Mengandungi elektrolit untuk keperluan aliran dalam tubuh
  • Meneutralkan inflamasi tubuh
  • Mengurangkan rasa sakit gastrik nih

Probiotik

Biasanya orang yang sakit gastrik ni, disebabkan bakteria H.pylori jadi amalkan makanan yang mengandungi probiotik cam vitagen, tempe, yogurt, dan kimchi untuk neutralkan bakteria tersebut dari menganggu perut anda

Makanan Yang Elok Dielakkan Untuk Sakit Gastrik

Secara ringkas, apa-apa makanan yang memberikan kesan inflamasi (kecederaan) pada dinding perut tu elakkanlah – ia termasuk:

  • Makanan yang bersifat asid
  • Minuman yang mengandungi kafein dan bergas
  • Makanan yang diproses, fast food tu no-no

good foods bad foods

Tabiat Bagus Untuk Sakit Gastrik

Orang sakit gastrik ni ada sedikit songehnya dalam makanan harian, maka elok langkah-langkah ni diamalkan agar perut tak mudah nak meragam je.

gastrik

Percayalah, sekali anda terkena gastrik, anda mungkin akan mengalaminya sehingga bertahun-tahun, disebabkan lining usus di perut yang dah tercedera akibat asid dan bakteria penyebab gastrik.

Macam akak ni, SEPULUH tahun dia menderita gastrik. Ikuti kisahnya.

Jika anda atau mengenali sesiapa sahaja yang mengalami sakit gastrik, cer tunjukkan entri ni kepada mereka. mana tahu, lepas ni takda lagi sakit-sakit gastrik tu dah. 😀

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

4 Comments

  1. Saya ada gastrikk jgk. Berat badan dari60kg now dh 53kg . Makn apa pun muntah sangatlh perit. Jrang merasa kepuaasan mkan skrang ni. Buah pissag amat membantu saya bila lapar. Buah yg beerasid xsesuai ntuk saya. Mcm lemon atau oren. Mkann berminyak atau pedas lagi xboleh mkn. Mcm mana saya nk pulihkn gastriik? Ianya boleh kena cancer ke? Tak berbhaya ke kalau ngadung

    • Maaf atas kelewatan membalas komen sis ya. Hati2 tau, gastrik berulang kali boleh berisiko untuk cancer (stomach cancer biasanya). Setahu saya, kalau yang keturunan biasa kena, hanya perlu pantang makan tertentu dan berhati2 agar tak terkena gastrik. nak pulih 100% tu saya tak pasti, sebaiknya minta doktor tengokkan. Mana tahu, ada peluang sembuh sepenuhnya. insya Allah.

    • Ada di sini tuan. semoga membantu.

      http://lovingcarehealthylife.blogspot.my/2014/08/senarai-makanan-berangin-yang-patut.html

Leave a Reply to Rushdan Mohd Amin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge