Kerapkali kita dengar dalam banyak-banyak produk, ESP lah yang biasa disebut-sebut kan? Tapi apakah sebenarnya ESP tu dan apa kegunaannya? Secara mudah, saya story-mory serba sedikit tentang serbuk protein pekat ni dan bagaimana ia boleh memberikan kesan yang segera.
Apa Itu ESP
ESP ni, adalah nama pendek bagi ENERGIZING SOY PROTEIN, yang mengandungi protein soya yang telah diasingkan (soy protein isolate) untuk pelbagai kegunaan dan fungsi tubuh.
Soy protein isolate ni berbeza dengan serbuk/tepung soya (contohnya, macam air soya yang dijual di pasar malam kan) sebab hanya rantaian protein sahaja yang ada dalam serbuk ESP dan semestinya ia dibuat dari soya asli yang tidak diolah genetiknya (non-GMO product)
Tapi of course lah, kalau dibancuh, masih lagi berperisa soya. Hihi..
Kandungan ESP
Selain protein soya, ya juga mengandungi pelbagai nutrisi lain dan sembilan asid amino lengkap yang diperlukan tubuh kerana kita tidak menghasilkannya, contohnya trytophan (biasa ada dalam susu), phenylalanine, dan lysine. Dan juga BCAA untuk kesan protein yang segera (penting untuk yang kerap bersenam/melakukan aktiviti berat).

Manfaat ESP
ESP membekalkan sumber protein pure yang diperlukan oleh tubuh dan ia bermanfaat untuk digunakan untuk pelbagai tujuan, dan yang paling asas adalah untuk topup sumber protein yang terkurang dalam makanan harian.
Kerana setiap sel kita dibuat dari protein, maka perlunya kita jaga jumlah protein yang diambil agar cukup untuk pelbagai fungsi tubuh.
Yalah, jumlah protein yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza mengikut umur dan gaya hidup namun boleh dikatakan kebanyakan diantara kita kurang mendapat sumber protein yang cukup dalam pengambilan harian, malah, sumber karbohidrat pula yang diambil terlebih-lebih.
Buktinya, sepinggan hidangan kita pun jumlah nasi dah melebihi lauknya kan? Hehe..
Apatah lagi rantaian protein akan musnah jika dimasak pada suhu tinggi, jadi cerai-berai lah jadinya dan tidak dapat digunakan oleh tubuh dengan sempurna.
Sebab itu, jika hendak membancuh ESP adalah amat-amat-amat disuruh untuk bancuh dengan air suam-suam ja. Sama seperti ketika membancuh susu tepung.
Tujuan ESP Digunakan
Secara ringkas, ESP membekalkan sumber protein pekat dengan mudah – hanya perlu bancuh dan minum aja.
Selain menambah jumlah pengambilan protein dalam diet harian, ia juga digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya:
- Menambah jisim otot jika anda kerap bersenam berat
- Menambah tenaga dengan segera
- Berguna jika anda adalah seorang vegetarian dan memerlukan protein dari sumber lain
- Untuk memulihkan cela-cela kulit seperti jerawat dan parut kerana protein diperlukan untuk penghasilan sel, serta mengebukan kulit (dah dibuktikan oleh saya sendiri. ehem..)
- Untuk diet, kerana sumber protein ini bernilai glisemik yang rendah, seterusnya memberikan kesan kenyang yang berpanjangan (juga berkesan untuk penghidap kencing manis)
- Menambahkan dan memekatkan susu ibu
- Meningkatkan ketahanan badan dan sistem imunisasi
Klik sini, untuk baca lanjut review saya menggunakan ESP, yang saya update secara mingguan, sampailah satu tin ni habis. 😀
Keburukan ESP
Keburukan ESP tiada setakat ni, melainkan sedikit risiko jika protein yang diambil tidak digunakan oleh tubuh sepenuhnya, akan membebankan pada buah pinggang.
Maka anda hanya perlu ambil 3 sudu penuh sehari (bersamaan 28g, atau ikut seperi jadual pengambilan protein di atas) sebagai makanan tambahan untuk protein anda, dan bancuhlah ikut suka, asalkan bukan dengan air panas ya!
Selain ESP, ada juga protein shakes lain yang dikeluarkan Shaklee, untuk tujuan yang tertentu. KLIK SINI untuk ketahui perbandingan dan kesesuaiannya dengan keperluan diri kita.
Jika anda berminat untuk dapatkan ESP ini untuk mencuba, boleh pm saya di facebook (ada icon fb di atas bawah page ni) atau hubungi/whatsapp saya di 017-915 3260 untuk harga yang berbaloi.
Adakah anda risau? Klik sini untuk ketahui jaminan yang anda akan dapat, jika membuat pembelian dari pihak kami.