Bila Perempuan Datang Bulan..

Benda ni bukan boleh buat lawak wei.. Kalau perempuan dah datang bulan memang kena tatang lah sebaik mungkin. Sebab sekejap aja moody akan berbolak-balik dan yang jadi mangsa adalah orang yang disebelahnya. Bunyinya kejam kan?

Bukanlah kerana period tu sendiri, tapi kerana simptom yang berada bersama-sama ketika didatangi darah tu yang boleh buat hidup sedikit terseksa, dan hanya yang melaluinya tahu akan azabnya, iaitu premenstrual syndrome (PMS).

Apakah Itu PMS?

PMS tak semestinya sengugut ya, tapi ia adalah kumpulan simptom yang berkait dengan kitaran haid kita. Bergantung kepada individu, ada yang mengalami simptom seminggu dua sebelum hari didantangi haid, ada pula yang betul-betul ketika haid.

Tahap azab tu juga berbeza ikut orang dan masa – ada yang sikit-sikit je terasa sakitnya, ada yang sampai terpaksa masuk kerja lambat/ponteng sekolah, ada yang sampai pengsan!

Tanda Anda Mengalami PMS

Dulu di sekolah gini lah, kalau ada jerawat yang timbul konfom kawan akan tanya ‘ko period ek?’. Ergh.. yang tak boleh blah, jerawat tu punyalah beso sampai letak Oxy Cover pun tak boleh cover dengan secukupnya – kat tengah-tengah hidung!

Nasib baik jugaklah cuma jerawat dan senggugut yang menjadi simptom PMS kita, kerana tanda lain adalah seperti:

  • Keletihan yang amat sangat, lebih kurang cam adrenal fatigue (baca tentang keletihan adrenal di sini)
  • Sukar untuk tidur
  • Kepala pening
  • Sembelit (oh no!)
  • Asyik nak mengunyah je atau mengidam makanan yang tertentu (salah satu punca kita mengidam, ada di sini)
  • Mood swing (ni haruslah kot. Hehe)
  • Kesukaran untuk fokus pada suatu perkara
grils in period
betul lah simptom ni kan?

Tak berapa elok pun kalau dibiarkan masalah sengugut ni berlarutan. Yelah, sampai kena poteng sekolah/minta MC tipa-tiap bulan hanya kerana sengugut, lama-lama bos pun boleh kasi warning kat kita.

Belum kira rasa nak menyinga kat semua orang yang dok dekat-dekat. Kesian pula pada anak suami sampai kerja-kerja rumah satu apa tak jalan.

Kisah Admin Sendiri Dengan PMS

Dulu tengok member meraung kena sengugut rasa kesian gitu-gitu je, sebab tak boleh bayangkan macam mana azabnya sakit ni. Heh heh.. Kalau orang lain boleh pantang makan ketika haid, kita boleh je bedal air coke kat kantin sekolah pukul 730 pagi. Ada bran?

Sampai lah satu ketika, masa di U, baru ku tahu azabnya sengugut. Samapi 1 hari kerja bertangguh (dah lah tengok sibuk utk siapkan 3 projek/assignment) memang haru gak lah. Tak ambil panadol ke apa pun (dah stop sejak masuk matrix) jadi tahan sakit dengan tuam-tuam dengan botol air panas, seperti tip di bawah.

Punca-Punca PMS

Setakat artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan lagi punca sebenar mengapa PMS ni boleh terjadi – hanya beberapa faktor yang mungkin menjadi puncanya:

  • Perubahan jumlah hormon dalam tubuh
  • Tekanan psikologi (kemurungan, kesedihan, stress)
  • Kekurangan vitamin dan mineral
  • Pengambilan kafein yang banyak sehingga menganggu mood dan tenaga
green tea
teh hijau, berkesan untuk memulihkan simptom sengugut ni

 

Penyelesaian PMS Ni

Adalah elok sekiranya anda jumpa doktor, kalau simptom yang anda alami agak teruk sehingga mengganggu sebahagian besar hidup anda. Sebab doktor akan diagnos dulu simptom-simptom leceh ni, dan pastikan ia bukan disebabkan oleh punca lain (contohnya hormon atau masalah di sistem endokrin).

Tips saya sendiri: isikan sebotol dengan air suam panas (janganlah panas sampai melecur ha) dan tuam-tuam di sekitar perut – tenaga panas ni sangat bermanfaat, untuk kendurkan otot-otot yang kejang ketika sengugut. Penggunaan minyak panas/mandi air panas juga memberikan kesan yang sama.

Kalsium Untuk PMS

Terdapat kajian menunjukkan nutrisi kalsium juga memainkan peranan dalam PMS, kerana orang yang mengalami PMS ni, kurang sket kalsium dalam diet harian dia, berbanding orang lain (secara tak langsung berisiko untuk osteoporosis – tulang rapuh).

Maka dicadangkan adalah meningkatkan pengalmbilan kalsium secukupnya (lebih-lebih kalau nak dekat-dekat period tu, untuk elak sengugut) sebanyak 1,200mg sehari.

Contoh makanan seperti susu penuh krim , keju, bayam, dan tofu sangat membantu. Serta zink – daging merah (lebih-lebih lagi yang organ), seafood, sayuran hijau (lagi hijau lagi baik).

top calcium foods

Makanan tambahan yang tinggi kalsium juga membantu (tip: dapatkan yang ada sekali dengan mineral Magnesium, Boron, dan vitamin D untuk pastikan 100% kalsium diserap sempurna).

Jika tak mampu nak cukupkan kalsium melalui diet, klik sini untuk tahu cara terbaik untuk pastikan ubuh anda cukup kalsium, dan elak PMS nih.

Contohnya seperti akak ni, dia dulu pun tak pernah kena sengugut, sekali lepas tu ya Rabbi.. diabandingkannya umpama sakit nak bersalin!

En.somi, please take note kalau bini tu dah berselubung tak cakap apa pun dalam selimut (mana mungkin selimut tertanggal?) XD

Zikir Pun Perlu Tau!

Tambahan pula, ketika haid ni kan darah kotor, banyak lah entiti-entiti cenderung nak hinggap dan hasut benda bukan-bukan (prinsip yang sama ketika perempuan dalam nifas) – sebab tu, talak tak sah masa perempuan tu tengah haid.

en.somi take note ye.. Bukan suka-suki bini nak meroyan mengamuk.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge