Nak mula berjinak-jinak pakai mekap? Nasib baik, korang terjumpa entri ni, senang kerja, tak payah pening-pening. Penting untuk kita mengetahui aturan yang betul dalam mekap sebab selain untuk kita layer sesuatu produk dengan betul, ia juga akan bagi hasil kemas. Kira flawless la.. takdo bercapuk je muka nanti. Jadi macam mana nak mula?
Untuk mudahkan korang nak bermula, follow sahaja step-step di bawah.
Perlu sediakan semua alat-alat mekap?
Secara ideal, ya. (kopaklah duit aku..nak flawless punya pasal). Namun suka saya nak kongsikan, hanya pilih yang menjadi keutamaan dan keperluan dan bajet anda.
Klik sini kalau nak tahu cara dapatkan kulit yang truly flawless, gebu dan licin dengan lama.
Kelengkapan alat penjagaan muka
Contohnya, pencuci muka/cleanser tu haruslah kot kalau korang tak nak kulit berlengas melekit. eww..
Pelembab/moisturizer juga penting kerana fungsinya ialah melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan (dia juga isi ruang-ruang kosong dalam wajah, biar nampak full and plump gitu).
Serum tu, terpulang – sebab serum ialah serupa macam moisturizer cuma ia sangat2 pekat (cm downy ngn soflan, mana lagi pekat?) dan ia bersifat untuk meresap ke dalam kulit untuk pemulihan dari dalam (tak seperti pelembap, sebahagian masanya di luar kulit).
kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum ye.. anti-aging gitew.
Kelengkapan alat mekap
Okay, bab mekap ni agak tricky sikit sebab kombinasi setiap orang tak sama. Jadi akan dipecahkan ke alat mekap asas dan komplimentari.
Alat mekap asas
Bedak asas/foundation ni cam nama dia. Benda yang asas. Hehe.. Pemakaian bedak asas ni penting seab ia seperti moisturizer untuk menutup cela asas dan lompong di kulit, cuma ia bewarna sama tona dengan kulit. Banyak jenis dalam bedak asas (cecair ka, mousse, atau yang solid) dan ada juga tahap coverage dia (cam ikut korang nak light2 je ke atau nak all-out coverage mengalahkan pengantin).
Ni baru basic tau, belum kira teknik nak buat contour dan shading yang ni tricky sket untuk foundation (akan dikongsi dalam entri lain, insyAllah).
Powder/loose powder/bedak debu ni adalah untuk set mekap kita, biar dia dok setempat. tekstur yang ringan dan berdebu cam pasir. Boleh kata takda coverage pun (bererti kalau ditepek bedak ni semata, 5 minit jap lagi hilanglah tu) dan tujuannya untuk bagi kulit mulus, selain mengurangkan kesan lekit2 selepas foundation (especially yang jenis liquid).
Blusher/pemerah pipi yang ni haruslah kalau nak pipi yang kemerahan.. cam comel je. hehe.. Macam foundation, dia ada pelbagai warna, jenis, dan tesktur jadi kena pilih yang sesuai dengan warna kulit. Nak apply, hanya senyum (jangan lah senyum psiko) dan pipi yang jelas kelihatan, itulah area yang perlu disapu dan di-blend.
dan pastikan, jangan setepek kt pipi tu cam badut. haha..
Alat mekap tambahan
Primer ni dipakai sebelum foundation. kerjanya adalah untuk bagi mekap (dari eye shadow ke blusher) duduk setempat dan tahan lama. dia lagi power dari pakai pelembap semata.
Concealer ni tak wajib kot kalau kulit korang cantik elok je.. tapi kalau dah penuh dengan segala macam bekas parut jerawat, luka kucing cakar, mata panda, bawak-bawak lah pakai. Biar semengah sket dalam mekap. hehe..
Concealer ni pekat berbanding foundation, jadi guna sedikit aja pada tempat yang bermasalah, dan blend sehingga tak kelihatan.
Bronzer ni extra lah kalau nak glowing2 sket. Boleh menggantikan blusher atau digunakan sebagai kontur.
Highlight, terbalik dengan bronzer, fungsinya adalah untuk pamerkan ciri-ciri muka kita dengan jelas. Dan ya, highlight digunakan untuk kontur.
Okeh, harap korang jelas ya, minta maaf kalau ada yang terkonfius. Apa-apa pun, jadikan mekap2 ni sebagai tanda kita appreciate and happy dengan ciri-ciri unik kita.
Saya nak tanya. Primer dengan sunblock kena pakai yang mana dulu ya?
Kena tgk jenis sunblock juga. Kalau jenis chemical (sunscreen namanya) kena pakai dulu sebelum primer. Kalau jenis fizikal (sunblock), pakai selepas moisturizer. Lepas tu primer dan seterusnya